sempat berweekend di Ampang dan sempat jugak membuat puding karamel....sebab? bahan2 sume ade kat rumah, tak perlu nak p beli teruk2 hahahah
Bahan-bahan:
Karamel:
5 sudu besar gula halus
2 sudu besar air
Puding:
3 1/2 sudu besar gula halus
400g/400ml susu sejat/cair
3 biji telur
2-3 titik esen vanilla.
Cara-cara:
1. Campurkan susu sejat/cair bersama esen vanilla dan panaskan diatas api kecil dan kacau sehingga panas. jangan smpi mendidih
2. Didalam bekas lain, kacau telur dan masukkan sedikit demi sedikit gula halus. kacau sehingga sebati dan masukkan campuran susu dan esen vanilla.
3. Panaskan gula halus bersama 1 sudu besar air di atas dapur sehingga gula bertukar keperangan untuk menjadi gula karamel, kemudian tambah lagi 1 sudu air. Masukkan ke dalam loyang.
4. Campuran susu tadi masukkan ke dalam loyang diatas gula karamel.
5. Tutup loyang dengan aluminium foil.
6. Loyang kemudian di masukkan ke dalam pengukus dan dikukus selama 1 jam atau
7. Puding juga boleh dibakar di dalam oven denagn 150 degree selama 40-45 minit.
8. Setelah siap, sejukkan seketika puding sebelum di masukkan ke dalam peti sejuk.
9. Setelah sejuk, telangkupkan loyang kedalam pinggang bulat untuk mendapatkan bahagian atas puding bewarna coklat.
10. Siap untuk dihidang. Sedap dimakan ketika sejuk :)
notakaki: yeahhhh...akhirnye menjadi puding karamelku :)
No comments:
Post a Comment