nuffnang ad

WED

Daisypath Anniversary tickers

Thursday, August 25, 2011

IEEE

yeay! da dpt kad IEEE...malangnye graduate member.hahahaha, takpe la dpt student price. =)


ingatkan dpt la kad keras, THIS IS YOUR MEMBERSHIP CARD! hahaha, sekali membership sticker daaaaa...byor mahal2 dpt sticker je?...huhu

takpe, bak kata en. din, laminate je, jadi la kad....hahahaha...betul3x yang penting member no tu. after finished master baru nekad nak join IEEE as member. cayok khaira (bukan nama sebenar)! another 2 years to go....

notakaki: IEM pulak...thanx to en tunang tlg ambilkan document. another RM150. walawehhhh


Tuesday, August 23, 2011

raya dulu :)

ari ini mood terlebih baik...bile mood baik, kerja pulak takde. bosannnnnnnnnnnnn...so ape lagi merayau ke kangar melaksanakan tugasan yg diberi oleh mama iaitu mebeli gula-gula.hahahaha...of course rege borong la.

jalan punya jalan...tempat selalu membeli borong jajan di Taman Sena. situ je la, malas nak p tempat len. bersebelahan dengan pejabat pos laju Kangar. murah beb!

cume terkilan ade satu barang/jajan tak ada. stok da abs kata tokey kedai.hmmmm, takpe la takde rezeki ritu. esok2 mai lagi.hehehe

disebabkan mood pun baik, tetibe teringin pulak nak buat kuah kacang. of course la makan ngan nasi impit. bahan2 sume da ad, tinggal nak menjengah dapur je...jom buat kuah kacang :)


Bahan A:
cili kering
lengkuas
serai
bawang merah
bawang putih

Bahan B:
kacang tanah (digoreng tanpa minyak, dikupas kulit dan ditumbuk kasar2)
air asam jawa
nasi impit (selalu beli adabi 33 bungkus hak yg kecik-kecik2 tu)

Cara-cara:
Bahan A tadi dikisar dan kemudian ditumis sehingga minyak dan bau naik
masukkan air asam jawa dan biarkan hingga mendidih
masukkan kacang tanah yang telah ditumbuk
kacau sehingga pekat
jangan lupa garam dan gula secukup rasa.
nasi impit boleh rebus mcm biasa :)

berbuka puasa pada hari ini dan juga sahur nnt.hahaha...2 in 1

notakaki: tak larat nak buat kuah lodeh sebab tersgt leceh nak potong sayur. 


:-)

mood saya tgh baik...

sila jangan kacau!

sekian terima kasih


notakaki: teeeeeeeeeetttttttt



Monday, August 22, 2011

kenapa perempuan mudah menangis?


‘Mengapa wanita menangis?’ Ini adalah persoalan yang amat menarik bagi saya yang berjaya dirungkai kan oleh Dato’ Dr. Haji Fadzilah Kamsah dalam sebuah rancangan TV. Saya ingin berkongsi dan highlightkan beberapa informasi yang diperkatakan oleh beliau.

Wanita lebih cepat daripada lelaki dalam menangis dan dalam mengingatkan peristiwa yang menyababkan dia menangis dan tertawa bila ia mampu. Wanita juga adalah bintang dan pelita bagi lelaki. Tanpa pelita maka bermalamlah dalam kegelapan.

1. Punca wanita menangis.
  • Mencuci mata ( merupakan salah satu cara untuk meluahkan rasa stress-dalam masa yang sama, dapat membuang bahan kimia yang terdapat dalam mata)
  • Mengurangkan stress.
  • Tanda keinsafan/penyesalan.
  • Sebagai ugutan emosi.
Perempuan mempunyai 9 emosi dan 1 akal. Emosi yang terkumpul banyak ini, membentuk peribadi seseorang wanita yang ketara kelembutannya, kasih, bertimbang rasa dan menghargai orang disekeliling nya. Daya tumpuan akal seseorang wanita banyak dipengaruhi oleh emosi samada ia memberi kesan baik ataupun buruk.
Sekiranya seseorang wanita itu menangis 2-3 kali atas sebab rasa syukur dan redha; pahala buat dirinya, buat kali ke 2 dan ke 3.
2. Kesan tangisan.
  • Dapat perhatian
  • Suasana rumah tangga tergugat.
  • Lelaki jadi bingung.
  • Orang lain dapat mesej.
  • Mata bersih dan sihat.
The world stops at the moment when women cry.
Orang bahagia dan gembira, tidak semestinya dia tersenyum dan orang senyum, sudah semestinya dia gembira.
Penyelesaian untuk mengurangkan rasa sedih:
1. Senyum dulu + Mengimbau perkara yang membuatkan anda rasa sedih = Perlahan2 melatih diri supaya tidak sedih dan menangis lagi.
2. Selalu berdoa kepada Allah.
3. Belajar untuk redha ( Baik atau buruk adalah untuk kebaikan hamba-NYA)
4. Sentiasa tersenyum – Banyak hormon baik yang keluar dan membantu seseorang wanita untuk memulakan hari dengan penuh keyakinan dan gembira.
Tangisan seseorang wanita adalah untuk melaungkan suara hati – Minta dibelai, disayangi dan dipamerkan kasih sayang. (Ia terpendam dan terbuku dalam hati)
Ramai yang tidak tahu bahawa apabila seorang suami menaikkan suara samada sedar atau tidak, ia menjadi antara punca mengapa seorang isteri mudah menangis. So, control your voice projection!
Tangisan boleh membawa kesan yang positif, sekiranya dilakukan dengan tindakan yang positif juga.
Source: Mujahidah Muslimah

notakaki:hmmm....jadi senyum la selalu.hahahaha


Sunday, August 21, 2011

menu

menu ari ni?...sup sayur SAHAJA! hahaha...malas nak masak lebih2 tak larat nak berdiri lama2. kalau la boleh masak duduk...huhu

Bahan-bahan:
sawi
bunga kobis
kacang pis
fish ball
tomato
carrot
cendawan
(segalam mcm sayur yang ada la)
2 biji cili padi
rempah sup sayur adabi
3 cawan air

Cara-cara:
1. sayur2 tersebut direbus dahulu dengan sedikit garam dan minyak untuk mengekalkan warna dan nampak berkilat. ditoskan.
2. tumis rempah sup sayur adabi
3. masukkan 3 cawan air
4. biarkan mendidih
5. masukkan sayur2 yang direbus tadi
6. masukkan cili padi yang dititik (ditumbuk sedikit)
7. kacau dan siap! sedia untuk dihidang :)

jadinye buka puasa for today adalah sup sayur. i am vegeterian today. yeah!

notakaki: ya Allah, sembuhkanlah kesakitan ini...amin


Saturday, August 20, 2011

rindu terubat

rindu akhirnya terubat pabila mengambil kesempatan cuti nuzul quran untuk balik bercuti di kg (KL) plus dengan memohon cuti tahunan selama 2 hari dengan niat hendak terus bercuti sehingga ahad....huhu, lama tak hengat cuti. dari rabu hingga ahad!



akhirnya jumaat pagi suda tergedik-gedik hendak membeli tiket balik perlis! ape suda jadi?

1. kerja yg masih tidak diselesaikan.
2. teringat kain baju yang masih tidak basuh dan tidak berlipat (tersidai dari hari selasa, sempat basuh sedikit sebelum balik)
3. ape kabar baby putihku?
4. tak sanggup berjauhan sebenarnye....ye ke? hmmmm, ntah susah la mcm ni. tak sms tak kol takpe, janji dekat. tapi kalau tak sms tak kol dlm ms yg sama jauh...huhu rase mcm nak meletup je....teruk sungguh la khaira (bukan nama sebenar) ni!

oh ya, kalau la ditakdirkan en. tunang membace entry ni...tolong jgn kembang semangkuk yea =P

jadinye, sabtu suda balik ke perlis. ahad pula merancang untuk membuat kerja2 di opis jika tiada perancangan lain.

walaubagaimanapun....wow, lama tak guna perkataan tu...hahaha, anyway, balik KL sempat berbuka dan bersahur bersama mama dan ayah itu sudah cukup bagi ku. dan juga berkesempatan membawa mama pergi ke nilai 3 meninjau barang2 untuk persediaan nanti.

puas?...yes sy mmg puas! sebab tu tak ralit sgt la nak balik awal sehari. eh, betul ke penggunaan perkataan tu? hahahha...next week akan pulang semula ke KL untuk berhari raya. ketika itu nnt, terpaksa la membawa pulang baby putih sebagai pengangkutan barang2 untuk bulan 11 nnt. jadinye baby putih kene sihat tau!

notakaki: bile pulak nak p tukaq plak ni? adoiiii...






Tuesday, August 16, 2011

Kueh Tiaw Goreng Kerang & Tepung Pelita

ok, yesterday doin some cooking: kueh tiaw goreng kerang....tetiba teringat masa odw balik perlis dari penang. so ape lagi, ajk housemate merangkap opismate singgah kat tesco xtra dekat dengan tol keluar alor setar selatan. hmmmm, not bad tesco ni. tesco ni baru je bukak so, instead goin to tesco mergong, we went to this tesco, saje merasa tempat baru...

nasib baik ade jual isi kerang...good. tak perlu nak susah payah kopek kerang.hahahah...punya la pemalas.

gambar hiasan dr en.google...

Bahan A untuk dikisar:
cili kering 5-10 biji direbus dahulu
bawang kecik 2 ulas
bawang putih seulas
halia seinci

Bahan B untuk digoreng:
basuh isi kerang dengan air dan air asam jawa
tumis bawang kecik sebiji bersama bawang putih
goreng isi kerang tadi 1/2 cook

tumis bahan A dengan sedikit minyak
pastikan mendidih dan cukup masak (minyak naik)
masukkan air asam jawa
masukkan batang sawi
masukkan bahan B
masukkan garam dan gula secukup rase
kacau dan biar sehingga mendidih/kering
masukkan kueh tiaw (telah siap dibasuh)
masukkan daun sawi
gaul dgn berhati-hati sehingga kering
sedia untuk dihidang

tips: ketika menumis masukkan kicap pekat untuk kelihatan lebih gelap dan menyelerakan dan gantikan sawi dengan daun bawang. owh ya jgn lupe taugeh

menu ke-2 adalah tepung pelita...

juga gambar hiasan dr en.google...

bahan A:
kisar 4 helai daun pandan dengan sedikit air
masukkan dlm mangkuk bersama-sama:
5 cawan air
4 cawan tepung beras
1 cawan gula pasir
secubit air kapur (jangan banyak nnt pahit!)
gaul sehingga sebati
masak atas dapur dan kacau sehingga pekat dan berkilat diatas api yang sangat kecil
masukkan adunan daun pandan ke dalam acuan
biarkan sejuk

bahan B:
4 cawan santan + garam secukup rasa + 1/2 cawan tepung beras
gaul sehingga sebati
masak adunan santan sehingga pekat dan berkilat
masukkan adunan tadi diatas adunan pandan didalam acuan
biar sejuk
sedia untuk dihidang 

tip: jika ingin warna menarik, letak sedikit pewarna hijau/pandan.

notakaki: hp sy tak canggih nak upload gambar dr phone. so, kidnap gambar dr en google je la yea...tunggu sehingga boleh upload gambar dr tepon canggih bakal hubby :)


Sunday, August 14, 2011

Some Project

Assalammualaikum dan Salam 1 Malaysia,

MERDEKA! Selamat Menyambut Ulangtahun Kemerdekaan yang ke-54 Tahun. Selamat juga Menyambut Ulangtahun Malaysia yang ke-48 Tahun. Moga kemerdekaan kita akan berkekalan.

ade projek yang perlu diselesaikan. check it out soon! sayonara. adios. tata. titi. tutu.

notakaki: bagi mengelakkan segala fikiran negative yang membelenggu. 


Nothing but Him...


Cinta yang agung hanyalah cinta kepada Dia. Ya Allah, aku jatuh cinta dan labuhkanlah cintaku kepada insan yang mencintaiku keranaMu dan aku juga mencintainya keranaMu.

Manusia yang mengejar cinta selain cinta Allah,
Umpama mengejar fatamorgana diwaktu terik mentari,
Jiwanya lemah. Akalnya lesu, ibadahnya tawar dan jihadnya pudar . .

petikan dari : Aku Insan Lemah

notakaki: ...




Saturday, August 13, 2011

150 juta _ for the 2nd time

ok, ini kali ke2 sy post lagu ni. kali pertama kat sini: fynn jamal...the real fynn jamal yg nyanyi. this time sy upload cartoon yg comel.hehehe...so enjoy :)


notakaki: sgt suke lagu ini...:) dan lagu ini:



Thursday, August 11, 2011

Surah Al-Ikhlas

bulan pose nie la byk sungguh keje yang perlu diselesaikan...budak2 punye final soalan pun tak buat lagi. ishhh, ap nak jadi kerul ni?....hmmm minggu ni plak outstation terpaksa la start buat next week. jgn mare nak kak yana :-)

entry kali ni adalah berkaitan dengan surah Al-Ikhlas:



Ketika Memulakan Kerja

Bacalah ayat ini sebelum anda memulakan apa-apa saja kerja kerana dengan bacaan ini akan keluarlah iblis dan syaitan yang berada didalam tubuh kita dan juga di sekeliling kita, mereka akan berlari keluar umpama cacing kepanasan.

Sebelum Masuk Ke Rumah

Sebelum anda masuk rumah, bacalah surah Al-Ikhlas (sebanyak 3 kali. Masuklah rumah dengan kaki kanan dan dengan membaca bismillah. Berilah salam kepada anggota rumah dan sekiranya tiada orang di rumah berilah salam kerana malaikat rumah akan menyahut.
Amalkanlah bersolat kerana salam pertama (ianya wajib) yang diucapkan pada akhir solat akan membantu kita menjawab persoalan kubur. Apabila malaikat memberi salam, seorang yang jarang bersolat akan sukar menjawab salam tersebut. Tetapi bagi mereka yang kerap bersolat, amalan daripada salam yang diucap di akhir solat akan menolongnya menjawab salam malaikat itu.
Ketika Sakit

Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud: Barangsiapa membaca surah Al-Ikhlas sewaktu
sakit sehingga dia meninggal dunia, maka dia tidak akan membusuk di dalam kuburnya,
akan selamat dia dari kesempitan kuburnya dan para malaikat akan membawanya dengan
sayap mereka melintasi titian siratul mustaqim lalu menuju ke syurga. Demikian diterangkan
dalam Tadzikaratul Qurthuby).

Khatam al-Quran

Rasulullah SAW pernah bertanya sebuah teka-teki kepada umatnya: Siapakah antara
kamu yang dapat khatam Qur'an dalam jangka masa dua-tiga minit? Tiada seorang dari
sahabatnya yang menjawab. Malah Saiyidina Ummar telah mengatakan bahawa ianya
mustahil untuk mengatam Qur'an dalam begitu cepat.
Kemudiannya Saiyyidina Ali mengangkat tangannya. Saiyidina Ummar bersuara kepada
Saiyidina Ali bahawa Saiyidina Ali (yang sedang kecil pada waktu itu) tidak tahu apa
yang dikatakannya itu. Lantas Saiyidina Ali membaca surah Al-Ikhlas tiga kali.
Rasulullah SAW menjawab dengan mengatakan bahawa Saiyidina Ali betul.
Membaca surah Al-Ikhlas sekali ganjarannya sama dengan membaca 10 jus kitab Al-Quran.
Lalu dengan membaca surah Al-Ikhlas sebanyak tiga kali qatamlah Quran kerana ianya
sama dengan membaca 30 jus Al-Quran.

Pahala Membacanya

Berkata Ibnu Abbas r.a. bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: Ketika saya (Rasulullah SAW) israk ke langit, maka saya telah melihat Arasy di atas 360,000 sendi dan jarak jauh antara satu sendi ke satu sendi ialah 300,000 tahun perjalanan. Pada tiap-tiap sendi itu terdapat padang sahara sebanyak 12,000 dan luasnya setiap satu padang Sahara itu seluas dari timur hingga ke barat.

Pada setiap padang sahara itu terdapat 80,000 malaikat yang mana kesemuanya membaca surah Al-Ikhlas. Setelah mereka selesai membaca surah tersebut maka berkata mereka:
Wahai Tuhan kami, sesungguhnya pahala dari bacaan kami ini kami berikan kepada orang yang membaca surah Al-Ikhlas baik ianya lelaki mahupun perempuan.

Sabda Rasulullah SAW lagi: Demi Allah yang jiwaku ditanganNya, sesungguhnya Qul Huwallahu Ahadu itu tertulis di sayap malaikat Jibrail a.s, Allahhus Somad itu tertulis di sayap malaikat Mikail a.s, Lamyalid walam yuulad tertulis pada sayap malaikat Izrail a.s, Walam yakullahu kufuwan ahadu tertulis pada sayap malaikat Israfil a..s.
info diatas saya perolehi daripada emel salah seorang rakan yang rajin menyebarkan ilmu Allah. sedikit demi sedikit saya akan menyebarkan juga kepada umum melalui blog. juga untuk rujukan sendiri di masa hadapan insyaAllah.


Jika sekiranya kawan-kawan ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah ilmu ini kepada kawan2 yang lain. Sepertimana sabda Rasulullah SAW: 'Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat'. Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama:
      (1) Sedekah/amal jariahnya, 
            (2) Doa anak-anaknya yang soleh dan
                  (3) Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.



notakaki: amin...



Sunday, August 7, 2011

Murtabak Maggi

hahha...sahur kali nie ape mimpi nak try buat murtabak maggi pun tak tau...bgn jam 0430 semata-mata nak buat this kind of dishes.

gambar ihsan dari google (terlupe nak snap gambar)

Bahan-bahan:
1. maggi mee kari sebungkus
2. 1 x bawang merah
3. 1 x bawang putih
4. cili padi - ikut suke
5. garam
6. 2-3 x telur ayam

Cara-cara:
1. rebus mee maggi hingga kembang dan ditoskan
2. pukul telur ayam sehingga sebati putih dan kuning telur
3. hiris bawang merah dan gaul sekali dengan telur tadi
4. tumbuk lumat bawang putih dan cili padi (depend la, kalau boleh makan cili padi seketul2 x perlu tumbuk)
5. gaul sekali didalam campuran telur ayam dan bawang merah tadi bersama-sama perencah kari maggi
6. last sekali campurkan mee yang dah ditoskan
7. siap untuk digoreng!
8. oh ya jgn lupe garam ye sebelum goreng =)

mula-mula blurrrr mcm mane la murtabak maggi ni  nak buat...then opismate kata 

"mcm ko buat telur dadar la tapi ade tambahan rencah kari maggi dan mee maggi"

owhhhh....ok =) akhirnye dpt jugak bersahur dengan murtabak maggi. tapi kan, dishes ni walaupun sebungkus je mee maggi, tapi sgt kenyang! sekali masak, seeloknya 2 org makan...

notakaki: rendang...rendang...


Saturday, August 6, 2011

Kisah Dongeng by Stacy



Ku sedar ku tak seberapa
Jika dibanding mereka
Yang jauh lebih megah dari diri ini

Apa yang mampu ku berhias
Hanyalah hati yang ikhlas
Terpendam simpan untuk dia yang sudi

Mencintai aku dengan seadanya
Mencintai aku bukan kerana rupa
Dalam waktu sedu
Dalam waktu hiba
Ku harapkan dia rela

Mencintai aku dengan seadanya
Sanggup menerima insan tak sempurna
Atau mungkin cinta sebegitu hanya
Kisah dongeng saja

Belum pernah ku merasakan
Dipeluk dalam dakapan
Eratnya melindungi jiwa rapuh ini

Sanubariku memerlukan
Kehadiran seorang teman
Tulus mencurah kasih sepenuh hati

Mencintai aku dengan seadanya
Mencintai aku bukan kerana rupa
Dalam waktu sedu
Dalam waktu hiba
Ku harapkan dia rela

Mencintai aku dengan seadanya
Sanggup menerima insan tak sempurna
Atau mungkin cinta sebegitu hanya
Kisah dongeng saja

notakaki: fairytales... 





Friday, August 5, 2011

Formula Mencari Muka Surat Juzuk dalam Al-Quran

ok, info terbaru yang saya jumpe...

alkisahnya, tengah nak tadarus la kan. kumpulan saya akan bermula juzuk 26-30. dalam fikiran mane nak carik juzuk 26 nie? alquran yang dipakai adalah alquran yang dibeli di makkah ketika umrah dulu. jadinye, sume bahasa arab...haaaah, jenuh!

oleh yang demikian, terjumpe la thread ini. ditunjuk ajar bagaimana cara mencari muka surat juzuk dalam alquran.


besarnya kekuasaan Allah

Berikut adalah formulanya:
Contoh 1:
Untuk mencari Juzuk 14:

14 - 1 = 13
13 x 2 = 26
Kemudian,tambah angka 2 di hujung nombor 26 tadi, menjadi 262. Jadi, permulaan Juzuk 14 adalah pada muka surat 262.




Luasnya ilmu Allah

Contoh 2:
Untuk mencari Juzuk 19:

19 - 1 = 18
18 x 2 = 36
Kemudian,tambah angka 2 di hujung nombor 36 tadi, menjadi 362. Jadi, permulaan Juzuk 19 adalah pada muka surat 362.


notakaki: wallahualam



Rindu nak balik Kg

kg?...hahaha, rumah sendiri di KL telah pun secara rasminya menjadi kampungku. selama ni tak ngaku kampung kan...huhu

yea...saya rindu nak balik kampung! setelah 5 hari berpuasa tetibe terasa mahu pulang ke kampung. bersahur dan berbuka bersama-sama kedua mama dan ayah dan kedua-dua orang kakak.


tapi, kerja masih lagi menimbun di pejabat. lagi2 dengan kedatangan EAC, MQA, soalan final nak kene buat, paper untuk proceeding lagi...kawen..huhu

tapi alhamdulillah kerja kawen yang perlu diselesaikan pada minggu lepas telah pun selesai minggu lepas. terima kasih kepada en tunang kerana meluangkan masa walaupun si dia sibuk. moga niat kita untuk mendirikan masjid diterima olehNya.

penin kepala memikirkan kerja yang saban hari makin banyak. tetibe smalam dapat msg dari coordinator sem lepas mengenai sorang student yang memohon untuk recheck markah final die. aduiiiii....baru teringat hal tu padahal fail2 kat bilik fail tak settle lagi. penin-penin....hmmmm, tak pueh ati la tu saya bagi markah banyak tu....tapi takpe, atas permintaan, akan jugak disemak semula dan terpaksa pulak buat report berkenaan hal tersebut. kerja...kerja...dasyat la depa la ni, saya dulu tak berani nak apply untuk disemak semula. terima sahaja markah yang diberi seadanya....ini lah pelajar-pelajar zaman sekarang. pandai demand!

ok, tu je sebenarnye nak berceloteh...pagi2 buta yang sunyi senyap dan aman. housemate pulak pergi ke kampung maisng-masing meninggalkan diri ini keseorangan =( sampai hati angpa....hahahaha

notakaki: sebenarnye tak tau nak update pasal ap da....hehehe


Tuesday, August 2, 2011

Terawikh

3 tips penting ketika berterawikh:

1. Kurangkan makan ketika berbuka
amalan rasulullah dengan hanya memakan kurma ketika berbuka.

2. Mandi sebelum pergi ke masjid
terawikh lebih afdhal jika dilakukan secara berjemaah. dan secara tak langsung dapat mengimarahkan masjid/surau. tapi jika tak pergi pun takpe. solat sj di rumah masing-masing. dan solat terawikh yang elok adalah disepertiga malam. boleh terus buat solat tahajjud =)

3. memakai bau bauan yang harum
ok, becareful pada yang perempuan! rasenye jika nak pakai pun tidaklah semerbak sehingga semeter da boleh bau. so apa kata yang perempuan, tak pakai minyak wangi sebaliknya hanya pakai pabila berada didalam masjid. beli la minyak wangi jenis roll. senang untuk dibawa ke mana-mana.

4. bertukar-tukar tempat berterawikh
hak ni sy suke. tak salah jika kite ingin mencuba berterawikh di pelbagai tempat.

itu, adalah diantara tips bagi mengelakkan rasa mengantuk dan mudah untuk berterawikh. hehehe...kenape? sebab sy sentiasa mengantuk jika hendak berterawikh.ish ish ish....nak kata syaitan telah dikurung. semuanya terletak pada diri sendiri. mungkin jugak kerana berbuka yang mengenyangkan...

notakaki: serius sy sgt mengantuk! 


Monday, August 1, 2011

KEPALSUAN HADIS KELEBIHAN TARAWIH

fuhhh! baru terfikir nak buat entry kelebihan solat terawah by hari....sekali terbace article kepalsuan hadis kelebihan terawih mengenai kelebihan solat terawih by hari yang acap kali di penuhkan dalam fikiran otak kita mengenainya. 


teringat waktu kecik2, solat terawih di masjid mengikut hari kelebihan teruatam sekali solat malam pertama : Keluar dosa-dosa orang mukmin pada malam pertama seperti mana dia baru dilahirkan (mendapat keampunan dari Allah Taala). 


hahaha...boleh plak pilih kelebihan nak buat solat sunat ni. lain la kita solat sunat mengikut tujuan contoh solat sunat taubat untuk bertaubat, solat sunat hajat bagi mereka yang berhajat sesuatu, solat sunat istikharah bagi mereka yang tak tau buat pilihan etc.


solat sunat terawih adalah solat sunat yang telah di'special'kan oleh Allah untuk dibuat pada bulan Ramadhan SAHAJA! jika inginkan kelebihan2 yang dinyatakan sebelum ini hendaklah berusaha mendapatkannya. Allah takkan bagi free without charging u something =)  


peringatan pada diri sendiri jugak. 


sepertimana mustajabnye doa di ruang tawaf (yakni berdekatan dengan kaabah) - mengambil kesempatan atas perkenan doa ahli-ahli agama, wali, segalan manusia yang Allah angkatkan darjatnya sewaktu tawaf.


begitu juga berdoa ketika solat berjemaah. samada solat terawih, solat jumaat, atau sebarang solat yang melibatkan solat jemaah. berdoa sekali dengan alim ulama moga2 doa kita juga diperkenankanNya.amin


sumber dari iluvislam.com


notakaki: dalam 30 hari kita bersembahyang terawih tu mesti ade sekali Allah angkatkan darjat kita dan makbulkan segala doa dan dosa kita pada waktu itu. 





1 Ramadhan 1432H

Alhamdulillah!
sampai juga kita ke Ramdhan kali ini.

SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN!

tak sabar sambut Ramadhan! ahaks...hehehe

anyway, sempena Ramadhan yang mulia ini, sya mintak ampun dan maaf jika ada tersalah kata, terkecik hati sesiapa dan terlebih perbuatan kepada sesiapa yang terasa tu. sesungguhnya sy hanya manusia biasa yang tidak lari dari kesilapan dan kesalahan serta naluri kemanusiaan.

yang baik itu datang dari Allah dan yang buruk itu datang dari syaitan. ambil yang baik dan buang yang keroh. jadikan masa silam sebagai tauladan untuk hari-hari mendatang.

moga amalan kita diterima olehNya. amin

oh ya, SELAMAT HARI PAHLAWAN juga....=)

notakaki: target tahun ni, full terawih 30 hari...huhu