nuffnang ad

WED

Daisypath Anniversary tickers

Wednesday, December 7, 2011

Selamat Pengantin Baru to Me!

tara!!!...ini la my lovely husband :) his name is Leftenan I***** I****** no tentera ******* hahahahah...mane leh gtau, rahsia terpelihara

picture taken from our TK...P.M Mejar Zaliman Bin Sauli

selamat suda majlis di kedua2 belah pihak....

26hb November 2011 - berlansungnya majlis akad nikah di Masjid Al-Ubudiah, Ampang dengan diwalikan sendiri oleh Hj Khalid A. Hamzah

27hb November 2011 - Reception di Dewan Serbaguna presint 11 di putrajaya

03 Disember 2011 - Reception di Kg Telok Cengai, Alor Setar, Kedah. Special majlis bertandang dengan adat istiadat ketenteraan. tak pernah terlintas di fikiran akan melansungkan hari bahagia dengan diiringi sword barrel. it is just a dream comes true...thank you en suami :)

kepada rakan2 yang hadir, terima kasih banyak2 kerana memeriahkan lagi majlis kami yang tak seberapa ini. insyaAllah berkat doa kalian akan kami pertahankan pertalian ini sehingga ke syurga hendaknya...amin

notakaki: tgh tunggu pictures from photographers from both side 

Wednesday, November 30, 2011

My Wedding Guest Book

utamakan tetamu...jadi ini lah yang sy akan buat untuk first entry about my wedding.

tara! ini la guest book saya :) ingat tak saya pernah mention dulu di sini, walaupun tidak secanggih dan semeriah buku org lain tapi, kehadiran dan kata2 didalamnya sgt2 bermakna buat saya dan suami...suami????...hahaha, yeaaaaaaaaaaa sy da kawen!!! rindu pada en suami la...huhu


sebenarnye gambar ni pun saya kidnap dari adik sepupu (anak pada mak lang, adik kepada ayah saya). da die rajin upload gambar dlm fb sy pun malas nak transfer gambar so, amik je la die punye...hahahah, pemalas sungguh pengantin ni :p

owh ya, en suami sekarang ni da ade gelaran baru buat family di mersing: SRK aka Shah Rukh Khan! hehehehe, dasat la suami sy ni, ade iras2 SRK ke? hmmmmm....

notakaki: kepada en suami, tlg ingatkan saya..........

Wednesday, November 16, 2011

makan

perlu ke diet jika ngin melangsungkan hari bahagia bahgia...diet yang sihat akan membawa kepada kesihatan tubuh badan yang berpanjangan...tapi perlu ke makan nasi sekali sehari? pastu just makan bodo2 je untuk tidak bagi perut tu lapar.

masalahnye, sy ni pantang nampak nasi! kemarin je 3 kali sehari makan nasi...pagi nasi lemak, tgh hari pulak nasi campur then tetibe teringat pulak ikan bilis goreng, balik je keje terus ngadap dapur so, dinner pun nasi jugak! adoiiiii....sgt2 berdoa berat badan tidak mencapat standed yg tidak ditetapkan. amin

dan tetibe tgh hari ni teringat daging kat dlm peti sejuk...hmmmm, daging masak asam pun ok jugak kan :) bahan sume da ad tinggal nak campak je dlm kuali...hehehe

actually nak cite psl diet...hmmm, org kata nasi punca pertambahan lemak dlm badan. untuk menurunkan berat badan aka men'slim'kan diri tu elakkan dari makan nasi! mampu ke yang oiiiii...cek tak mampu coz nasi is the most favourite food. nasib baik pun en tunang suke nasi. alhamdulillah....

so mcm mane ek?...senang je, ikut sunnah Rasulullah SAW:

1) makan sebelum malam
2) jangan makan berulamkan air...phm? meaning that jangan makan diselangselikan dengan air. kecuali la da pedas sgt ke, atau tersedak.
3) makan hanya bile lapar
4) berhenti makan sebelum kenyang
5) dan yang penting JGN TAMAK!
6) puasa...paling bagus untuk diet. tapi niat tu kene betul la. kalau puasa sebab nak diet, mmg diet la yg dapat.hehe

so, perlu ke diet? yang penting niat. diet untuk kesihatan tubuh badan sgt2 diperlukan. tapi kalau diet untuk kurus? hmmmm, depend jugak pada pakej diet yang diambil.

rata2 statistik kematian disebabkan heart attack dikalangan dewasa berumur awal 30-an makin meningkat sekarang ni. salah satu faktor adalah pemakan. kalau da ad input kene jugak ad output...meaning that, bukan tak boleh makan nasi, tapi kene la exercise so that it balance. why is that kite makan tapi tak naik2 badan? mungkin salah satu penyebab adalah stress keje...itu pun boleh menyebabkan heart attack!

so the conclusion is if you eat something u need to balance it with exercise.

notakaki: sgt risau dengan cara pemakanan org zaman sekarang...huhu


Tuesday, November 15, 2011

butterfly

wharever it is....
there is butterfly flying freely in my stomach! 

notakaki: just a metaphore

Thursday, November 10, 2011

Just a few weeks away...

Assalammualaikum wbt and Salam 1 Malaysia!

sebenarnye takde ape pun nak update just....THE STATUS CHANGING IS JUST AROUND THE CORNER!!!

really2 hope the event went smooth as plan. amin

tik tok tik tok tik tok tik tok tik tok.....

oh yes, my wedding guest book already siap :) will have it next week insyaAllah. sgt gumbira berkerjasama dengan org yang cepat dan update. the guest book can be search here : http://sweetdesigncreative.blogspot.com/

it is something for our old day memoir :)


Monday, November 7, 2011

SALAM AIDIL-ADHA 9 ZULHIJJAH 1432H


SALAM EID ADHA!

semoga pengorbanan yang dibuat membuahkan hasil...
semoga duit yang disedekahkan untuk membuat korban diberkatiNya...
semoga jemaah haji dapat menunaikan fardhu haji dengan sempurna...
semoga jemaah haji mendapat haji yang mabrur....

dan yang penting sekali, semoga kami dapat menyahut seruanMu dikala sihat...
amin

notakaki: rindu pulak nak ke sana lagi...

Sunday, October 30, 2011

AL-FATIHAH

semoga rohnya dicucuri rahmat.
.
.
.
.
.
maaf nek, tak dpt sampai tepat waktunya.
maaf nek tak dpt sembahyangkan nenek seperti dlm wasiat. tapi sekurang-kurangnya anak-anak nenek menyempurnakan wasiat itu.
maaf nek kerana tak smepat untuk memandikan nenek.
maaf nek sebab tak tahu perkembangan nenek.
maaf nek, sebab terlalu jauh untuk berada disamping/disaat pemergianmu
maaf nek sebab tak sempat untuk cucunda meminta maaf
maaf
maaf
maaf
.
.
.

hanya mampu surah al-fatihah disedekahkan
hanya mampu berdoa agar rohmu tenang menghadapi ujian Tuhan
hanya mampu menyedekahkan bacaan al-quran
hanya mampu berdoa dan terus berdoa
.
.
.
sunyi keadaan rumah tanpa suara nenek
terngiang-ngiang jerit pekik nenek menyuruh kami makan
terdengar-dengar suara nenek mengalunkan bacaan al-quran mengajar anak-anak kampung
tapi nenek sudah tiada, tanda Allah lebih menyayangimu
.
.
.
26 Oktober 1941 - 26 Oktober 2011
genap umurmu 70 tahun ketika nyawamu ditarik
tenangla nenek disana.
amin

notakaki: terkilan nenek tak dpt ke KL menghadiri majlis kebesaranku :(

Sunday, October 23, 2011

Samsung Galaxy Tab 10.1 3G


isn't that handsome! smart! beautiful! and ummmppphhhhh....:D

well, some people are crazy about their motocycle while i am crazy about gadgets! it is just a matter of $$$$$$$$....

my lappy has many years in it's service. just a thaught, i need to buy a new one more up to date....but please don't dear as your mommy doesn't have enough money to replace you....probably won't as you are the only thing i had for so many years without any difficulties! pleaseeeeeeeeeeeeeee....if u behave, i won't ever replace you but getting you a sibling! hahaha...would like a sister or borther?....of course you do. i bet your sister is much more handy than you (the samsung galaxy tab 10.1) but don't worry dear, she's only useful as i go for travelling....

the hobby of collecting movies and animes are gone! as the internet are not as fast as it use to be. so, ext hdd won;t be in mind yet. enough with my 80GB for photo album and my 500GB for my works, study, paper, etc...

ok what else? haaaaaa, smart phone! I LOVE NOKIA! yes i do...i love to have N8 but since my fiancee bought one, it a litle bit destroy my attention to have one....so i move to the new one which is


yes.....X7. already looked at it...so good looking. its video is superb...its screen is biggggggg and its spec is wonderful. but the only thing why i didn't buy it yet is because it doesn't have a secondary camera which is a front camera....how am i suppose to make a video call?.........adoiiiiii...but, since i am a very patience person, i will wait till they release the more up grade version of nokia. when?...dunno....haha

notakaki: today was my dreaming day....

Saturday, October 22, 2011

look into the future...

perjalanan masih jauh
tempuhi ranjau-ranjau kehidupan dengan penuh kesabaran dan keimanan
teruskan perjuangan
jangan alpa dan leka
toleh kebelakang hanya untuk menambil iktibar dari sejarah yang tidak mungkin akan berulang

terlalu banyak ilmu yang masih boleh didalami
terlalu banyak kata-kata yang masih ingin diucapkan
terlalu banyak perlara yang ingin dilakukan
terlalu banyak
terlalu banyak
tetapi, kehidupan masih perlu teruskan

kehidupan masa akan datang tidak ketahuan
yang pasti berimanlah dengan qada' dan qadar
rukun iman yang ke-6
insyaAllah Allah menjanjikan yang terbaik buat umatNya

"jagalah Allah maka Allah akan menjaga keseluruhan kehidupan kita"

notakaki: hati ooooo hati...boleh tak dok senyap2


Friday, October 21, 2011

me...me...and me

wassup yooooooooooooo!

baru lepas tgk TRON....hmmmm, wujud ke dunia cm gitu? makin merepek2 la cite sekarang. ade pulak dunia digital, a program in human form! before this cartoon dijadikan reality....then a movie from another life...pastu pulak dari dunia/galaxy yg lain....dasat la pemikiran manusia ni...

ape yg bestnye TRON ni?...........................hehehe, sila scroll bawah:

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


notakaki: the tron legacy cmne plak ek cite die...negh3x :)




Monday, October 17, 2011

Sticker

haha, kali ni entry betul2 mine :)


tara! terbongkar suda rahsia nama en tunang...hehehe. terbongkar juga tarikh majlis kami. hak ni mmg tak dapek nak highlight sebab byk sgt nak kene highlightnye nnt. so biaq p la...bukan org len pun :)

tempahan khas from me to you (the guests). sticker transparent ala2 thank you tag la untuk dilekatkan pada doorgift. so, where can u guys/girls can order this sticker? singgah lah https://www.facebook.com/profile.php?id=1747703477&sk=info (hanya untuk mereka yg ada akaun fb)

service top! cepat sampai asalkan full payment. biasa la beli online, u will get untill full payment :) rege plak RM0.10 sekeping...jadi, harapnye pandaila matematik untuk mengira bapa byk u all nak. takpun pakai je calculator.hehehe....

ade satu lagi service sticker yg mmg BEST! http://kekotakku.blogspot.com/....antara contoh depa, taken from my friend yang kebetulan meraikan majlis die pada hari yg sama


this is she got promo price for RM0.10/pc.........waaaaaahhhhhhhhhhhhhh! sama rege ngan sy punyeeeee..but the exact price u all terpakse la ty tuan punye kedai. :)


notakaki: teringin nak beli sticker lagi besar :D dlm proses memujuk kakak...hahaha


Sunday, October 16, 2011

Doorgift

ok, now sy nak update a few website mengenai wedding gift (normally the goods are rare and cun plus unique). sy nak share the websites since sy tak pakai service mereka. hahahaha...why? coz, over budget! teeeetttt...

first is : http://ohmaiwedding.blogspot.com/

yang menarik mengenai service di sini is jar mereka....jar? yessssss jar :) a very rare wedding gift to give your guest. sekarang ni da terikut cara barat dalam meberi hadiah pada tetamu. takpe la asalkan tidak terpesong dari ajaran bahkan digalakkan memberi hadiah sebenarnya janji ikhlas....ok, the lastest news is bottle water! mmg creative la depa ni :)


another website yang mmg sgt menarik lagi dabom, adalah http://www.weddingcottageonline.com. for those who are do not really care about the budget, this pit stop is really something! check this out:


kepada mereka yg inginkan design more tradisional atau kearah kemelayuan, rasenye this service is not bad. they got calender buluh! hahaha...mcm mane tu kalender buluh? jgn malu jgn segan boleh la kunjungi http://www.reemdoorgift.com/. at first for my last minute doorgift wanna book for this gift unfortunely, this gift must be booked at least 3 months before wedding date! huhu, melepas!


terkilannye tak dpt tempah calender ni....ok, dalam proses memujuk kakak pulak.wakakaka...

itu sahaja buat mase sekarang...daaa

notakaki:ngantuk!


'SITI IMPIAN'

9 Siti patut dijadikan contoh

1) Siti Khadijah


- Beliau merupakan isteri Rasulullah s.a.w yg melahirkan anak2 Rasulullah, setia dan 

menyokong Rasulullah walaupun ditentang hebat oleh org2 kafir dan musyrik, menghantarkan 
makanan kpd Baginda ketika Baginda beribadat di Gua Hira'.


2) Siti Fatimah


- Anak Rasulullah yg tinggi budi pekertinya. Sangat kasih dan setia kpd suaminya Ali 

karamallahu wajhah walaupun Ali miskin. Tidur berkongsikan 1 bantal dan kdg2 berbantalkan 
lengan Ali. Rasulullah pernah b'kata aku takkan maafkan kamu wahai Fatimah sehinggalah Ali 
maafkan kamu.


3) Siti Aishah

- Beliau isteri Rasulullah yg paling romantik. Sanggup berkongsi bekas makanan dan minuman 
dgn Rasulullah. Di mana Nabi s.a.w minum di situ beliau akan minum menggunakan bekas yg 
sama.


4) Siti Hajar

- Isteri Nabi Ibrahim yg patuh kpd suami dan suruhan Allah. Sanggup ditinggalkan oleh Nabi 
Ibrahim atas suruhan Allah demi kebaikan. Berjuang mencari air utk anaknya Nabi Ismail 
(Pengorbanan seorg ibu mithali).


5) Siti Mariam

- Wanita suci yg mmg pandai menjaga kehormatan diri dan mempunyai maruah yg tinggi 
sehingga rahimnya dipilih oh Allah s.w.t utk mengandungkan Nabi Isa.


6) Siti Asiah

- Isteri Firaun yg tinggi imannya dan tidak gentar dgn ujian yg dihadapinya drpd Firaun 
Laknatullah.


7) Siti Aminah

- Wanita mulia yg menjadi ibu kandung Rasullullah. Mendidik baginda menjadi insan mulia.


8) Siti Muti'ah

- Isteri yg patut dicontohi dan dijanjikan Allah syurga untuknya kerana setianya kpd suami, 
menjaga makan minum, menyediakan tongkat utk dipukul oleh suaminya sekiranya layanannya 
tidak memuaskan hati, berhias dgn cantik utk tatapan suaminya sahaja.


9 ) Siti Zubaidah

- Wanita kaya dermawan yg menjadi isteri Khalifah Harun Al-Rashid. Sanggup membelanjakan 
semua hartanya utk membina terusan utk kegunaan org ramai hanya niat kerana Allah s.w.t.

* 9 Siti ini adalah petikan drpd kata2 Ustazah Siti Norbahyah Mahmood dlm rancangan Halaqah TV9 bertajuk 'SITI IMPIAN'. Adakah wanita kita tergolong antara Siti2 ini?





notakaki: untuk menjadi terbaik kenalah berkawan dengan yang terbaik. tetapi jgn lupe mereka yang dibelakang kerana tanpa mereka tiadalah kita sekarang


Tuesday, October 11, 2011

my 26th birthday present

agak lama juga entry kali ni kan? this is because, i don't find my usb port for my phone! only today baru terjumpe dalam laci dalam kabinet tv di rumah....hahaha, terus je update blog as promise :)

so, as promise my entry is about my birthday gift! yeayyyyy....thank you a lot my dear fiancee :)


first time dpt bunga from org tersayang.... surprise at office and home! :) pandai en tunang pilih kaler :) teringatkan hadiah this one senyum sepanjang hari....ilang kejap teh feeling that en tunang not here right now! he's outstation...ceih, kalau die ade pun bukan jumpe...hahhaha...sj je ngada2, the feeling is not the same with he is here and he is not here.

another gift from him is for me to kept until our wedding day :) hahhaa, surprise again! :) :) :) :) :)

u don't have any idea how many pic i snap of this flower....maklumla fresh flowers are not stay fresh all the time. tetibe jadi pelik coz i am not the one really like the flower but getting one from him actually can make my day! hmmmm...mmg la bunga dengan perempuan tak dpt dipisahkan...hahahaha....

instead of going to tell the world about this gift...i wanna share to you guys/girls out there about my preaparation. but without a pic or sample of my own it won;t be interesting right?....so, just wait until after my wedding la to see the pic of my hantaran, my cakes, and my card....and also where i bought them.

notakaki: :)


Wednesday, September 28, 2011

HAPPY BIRTHDAY TO ME

SELAMAT ULANGTAHUN KELAHIRAN TO ME!

hahaha, tak malu wish diri sendiri
bia la ;p

hadiah birthday untuk diri sendiri pulak....hmmmmmm
will update later on my next entry :)


Friday, September 23, 2011

my job

kerja jadi penat bile kene handle makmal 2 subjek dari 4 program:

diploma kejuruteraan elektrik-dkt225
ijazah sarjana muda kejuruteraan sistem elektrik-eet108
ijazah sarjana muda kejuruteraan sistem tenaga-eet108
ijazah sarjana muda kejuruteraan elektronik industri-eet108

tapi terus terang saya beritau tahu yg I LOVE MY JOB! beri ilmu pada mereka yang memerlukan ilmu terasa diri ini betapa hebatnya di mata mereka :) adik-adik yang dikasihi walaupun mereka hanya mengingati kita sewaktu dalam proses pengajaran shj.

love your job, and the job will love you...

pernah teringat sewaktu kecil, beria taknak mengikut jejak langkah family untuk menjadi guru. akhirnya, profesion guru jugak yang memberi rezeki pada diri ini, dan profesion guru jugak membuatkan diri ini bertemu jodoh.



notakaki: dgn hati yg ikhlas saya maafkan awak. 


Sunday, September 18, 2011

Konvokesyen UniMAP kali ke-6

CONGRATULATIONS dear fiancee!

17 September 2011 was his convocation for his postgraduate in UniMAP. the only thing i gave him was a wish card ;)

Flowers below is actually from his friends who take an advantage of me in given him these pink flowers...thank you guys...(sambil mata tgk atas tangan kat bahu) hahahahah

anyway, really... thanks to you guys. i wasn't have enough courage to buy him one :D sorry dear....only wishing card from me :)


why highlighted his name? hahahah....as i said before, for now, let me keep him to myself...until the day will come where i will announce who exactly he is :)...the mysterious guy from the northern of Malaysia....tungggguuuuuuu

forget to snap my wishing card for him...the outside only of course...the inside is for him to read not yours! :p maybe next time....

notakaki: mine is in 2013 (insyaAllah)...wish me luck! all the best to me


Thursday, September 15, 2011

fuh...fuh...fuh...

Ya Allah, permudahkan lah urusan hambaMU ini 

amin

notakaki: jauhkan fikiran negative yang mula berswang di kepala otak ni...huhu


Friday, September 9, 2011

list 2

list tambahan from this week punye list:


1) confirmation from school of bahan
2) confirmation from pembangunan
3) hiv test
4) test2 dkt225
5) final exam dkt225
6) mqa - filing (sy ni muka file kot)
7) bem,iem,ieee etc - again filing
7a) update softcopy
8) reben
9) printer
10) sabun 
11) preparation for lab eet108 - with foreigner student!


this list is from previous...


11) speech
12) meja
13) song


aiyooo tambah lagi 10 ka? confirm tak dpt abs this week since this week hanya ari ni je tinggal...will do at my best! chaiyokkkkk


notakaki: nothing to say, just work to do...



Wednesday, September 7, 2011

OH MY GUCCI!

Assalammualaikum wbt...first of all:




probably some already know this but some still WHAT! hahaha...really, i am getting married...i cannot believe myself either that i am somebody's fiancee! because at sometimes dahulu kala, pernah terpikir i cannot be married with anybody else...i am not perfect, i can do anything but not good in anything...ad paham?hahaha...senang cite, i can cook but not that good...i can saw, but not perfect, i can do some decoration but as simple as abc (perumpamaan), i am good a driving but still driving above 140km/h would scare me off...hahaha...

i have been his fiancee for almost 3 months now and we will getting married in 3 months time. ade jugak member2 bertanya, siapakah gerangan diri yg bertuah itu?...hmmm, for the time being, i think i will keep the person to myself until he is confirmed to my husband :) sorry dear...kalau ikutkan hati kepala otak ni, nak aje bagi tau satu dunia but for some reason i think better not...sooner or later u guys/gurls will know jugak...

to this blog, i just wanna share with u all about my BIG day! my babbling and my journey to become his wife also a little bit about my preparation. since probably, i need to save all the websites and shops address and all the goods in here so that i can review back from the future where my kids and my grandkids can also read (waaahhhh...berangan lagi) and for my sis's wed...mane la tau kan...also for all the b2b out there yg mane tersinggah, terlekat dan terbace blog ni...this is an open blog no need invitation :)

this is where i can show off my excited and my dream instead of fb where byk sgt parasit, kuman-kuman dan virus yang bertandang...at least di sini, hanya mereka yg menjadi ahli ahj boleh comment.heheheh....the others just can read....

I LOVE MY BLOG! boleh tak?...i started this blog since 2009 where i first started my career as a 'teacher'. and now is 2011...2 years already and i am still here waiting to explore more about this world. ok then, hopefully my next entry would help others in searching or ideas in decoration and whateverrrr...daaa

notakaki: i am b2b! yeahhhhhh....


Monday, September 5, 2011

Kegilaan J-Pop

teringat zaman belajar where gile j-pop! salah satu lagu fevret is sakura mankai dr morning musume.

sakura mankai bermaksud cherry blossom:

The color of cherry blossoms, the person who doesn't return my love
The color of cherry blossoms, when our eyes meet, my cheeks color

Little by little, I'm becoming an adult
But it's no good, we won't have a conversation
In the hall he seems so energetic
He's smiling, in his eyes
Ah, the cherry blossoms are in full bloom
Hey, the cherry blossoms are in full bloom, in my heart
The words just won't come
The flowers of love are in full bloom
Well, when I say what's on my mind
Ah, my small heart seems to burst
So then, then I tell him, I'll hold him
Gently...
The color of cherry blossoms, the color of first love
The color of cherry blossoms, for the first time like this
Can I really be in a good relationship little by little?
I want to, even if it takes hundreds of years
I wonder if his box lunch would be large enough
Even if it were made by me...
Ah, the cherry blossoms are in full bloom
Hey, the cherry blossoms are in full bloom, I love you too much
It's as though no one else but you
Is reflected in my eyes
Well, you're here
Ah, you are standing before my eyes
My determination is firm for this love
Come with me...
Ah, the cherry blossoms are in full bloom
Hey, the cherry blossoms are in full bloom, in my heart
The words just won't come
The flowers of love are in full bloom
Well, when I say what's on my mind
Ah, my small heart seems to burst
So then, then I tell him, I'll hold him
Gently..
My determination is firm for this love
Come with me...

the translation from romaji lyric



notakaki: berangan ngeti ckp jepun...wakaka



works that never done!

hi!


nak kata byk kerja tak la sgt tapi non-stop works!


this is my checklist:


1. jadual waktu degree including kuliah dan makmal
2. confirm with school komputer
3. test 2 dkt225
4. lab test dkt225 
5. final exam dkt225
6. cake
7. muffins
8. guest book
9. kasut kawan
10. peti ais
11. baju
12. dulang
13. jubah
14. claim
15. deal ngan school komputer about final exam dkt225
16. hadiah
17. kad
18. speech
19. meja
20. songs
21. buku


mesti ade someone yg kata: "itu pun nak letak dlm blog"...then i will say: "suka ati aku la, aku nak kata aku da bertunang ke, da kawen ke, masih single ke, da ade anak ke, keje belambak ke, dok lepak sj kat opis smbil boleh update blog ke...ade aku kesah?"...at least aku tak menangis soran2 mcm kerang busuk...kerang pun x nangis...


perempuan mmg mcm ni, mesti ade tempat untuk diluahkan segala terpendam. so, telan je la...takmo telan jgn bace! tutup mulut...shushhhhhh...zippppppp...


this week punye kerja is to do all the works above so that i will come out with my new list next week. another 20 lists to do...Ya Allah permudahkan urusan hambaMu ini


notakaki: subhanallah, aku mencintainya...subhanallah, aku menyayanginya



Friday, September 2, 2011

Syawal 1432

3rd Syawal 1432H...

Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir & Batin. Ditujukan buat semua pembaca juga rakan-rakan, kaum keluarga dan en. tunang :)

selamat tiba di kg halaman, tempat dilahirkan dan dibesarkan. walaupun kg, ianya adalah bandar sebenarnye. malamnya pulak, sempat jugak sy menyiapkan sekotak lagi 'assignment' bulan 11 nnt. hehehehe...ok, another 12 kotak to go tau! rumah kakak jadi mangsa.

cian pulak nak tinggal pada mama ngan kakak2 untuk buat kerja tu...jadinya, insyaAllah another 1 kotak akan disiapkan pada 4th Syawal before balik semula ke Perlis pada 5th Syawal nnt.

1st Syawal 1432H

Tahun ke-2 beraya 1 Syawal di Kuala Lumpur dan tahun ke-2 juga balik ke kampung selepas solat sunat aidilfitri. Alhamdulillah akhirnya, 1 family dapat berkumpul dan beraya 1 Syawal bersama :)

2nd Syawal 1432H

Kesihatan nenek tidak membenarkan untuk bersendirian dirumah apatah lagi berjalan-jalan berjumpa sanak saudara. Akhirnya kami mendahulukan mereka yang sepatutnya berkunjung menziarahi kubur arwah maksu, arwah pakteh dan arwah moyang. nenek duduk dirumah ditemani kami adik beradik...cian nenek, asik2 nak kene diurut kurus jadinya.

apa pun, syukur, nenek masih mampu untuk berjalan dan bercakap mcm biasa malah makin galak pulak. ishhhh...seriau pulak tgk nenek ni, lagak mcm tak sakit...hmmmmm

notakaki: ape en tunang tgh buat ek?...



Thursday, August 25, 2011

IEEE

yeay! da dpt kad IEEE...malangnye graduate member.hahahaha, takpe la dpt student price. =)


ingatkan dpt la kad keras, THIS IS YOUR MEMBERSHIP CARD! hahaha, sekali membership sticker daaaaa...byor mahal2 dpt sticker je?...huhu

takpe, bak kata en. din, laminate je, jadi la kad....hahahaha...betul3x yang penting member no tu. after finished master baru nekad nak join IEEE as member. cayok khaira (bukan nama sebenar)! another 2 years to go....

notakaki: IEM pulak...thanx to en tunang tlg ambilkan document. another RM150. walawehhhh


Tuesday, August 23, 2011

raya dulu :)

ari ini mood terlebih baik...bile mood baik, kerja pulak takde. bosannnnnnnnnnnnn...so ape lagi merayau ke kangar melaksanakan tugasan yg diberi oleh mama iaitu mebeli gula-gula.hahahaha...of course rege borong la.

jalan punya jalan...tempat selalu membeli borong jajan di Taman Sena. situ je la, malas nak p tempat len. bersebelahan dengan pejabat pos laju Kangar. murah beb!

cume terkilan ade satu barang/jajan tak ada. stok da abs kata tokey kedai.hmmmm, takpe la takde rezeki ritu. esok2 mai lagi.hehehe

disebabkan mood pun baik, tetibe teringin pulak nak buat kuah kacang. of course la makan ngan nasi impit. bahan2 sume da ad, tinggal nak menjengah dapur je...jom buat kuah kacang :)


Bahan A:
cili kering
lengkuas
serai
bawang merah
bawang putih

Bahan B:
kacang tanah (digoreng tanpa minyak, dikupas kulit dan ditumbuk kasar2)
air asam jawa
nasi impit (selalu beli adabi 33 bungkus hak yg kecik-kecik2 tu)

Cara-cara:
Bahan A tadi dikisar dan kemudian ditumis sehingga minyak dan bau naik
masukkan air asam jawa dan biarkan hingga mendidih
masukkan kacang tanah yang telah ditumbuk
kacau sehingga pekat
jangan lupa garam dan gula secukup rasa.
nasi impit boleh rebus mcm biasa :)

berbuka puasa pada hari ini dan juga sahur nnt.hahaha...2 in 1

notakaki: tak larat nak buat kuah lodeh sebab tersgt leceh nak potong sayur. 


:-)

mood saya tgh baik...

sila jangan kacau!

sekian terima kasih


notakaki: teeeeeeeeeetttttttt



Monday, August 22, 2011

kenapa perempuan mudah menangis?


‘Mengapa wanita menangis?’ Ini adalah persoalan yang amat menarik bagi saya yang berjaya dirungkai kan oleh Dato’ Dr. Haji Fadzilah Kamsah dalam sebuah rancangan TV. Saya ingin berkongsi dan highlightkan beberapa informasi yang diperkatakan oleh beliau.

Wanita lebih cepat daripada lelaki dalam menangis dan dalam mengingatkan peristiwa yang menyababkan dia menangis dan tertawa bila ia mampu. Wanita juga adalah bintang dan pelita bagi lelaki. Tanpa pelita maka bermalamlah dalam kegelapan.

1. Punca wanita menangis.
  • Mencuci mata ( merupakan salah satu cara untuk meluahkan rasa stress-dalam masa yang sama, dapat membuang bahan kimia yang terdapat dalam mata)
  • Mengurangkan stress.
  • Tanda keinsafan/penyesalan.
  • Sebagai ugutan emosi.
Perempuan mempunyai 9 emosi dan 1 akal. Emosi yang terkumpul banyak ini, membentuk peribadi seseorang wanita yang ketara kelembutannya, kasih, bertimbang rasa dan menghargai orang disekeliling nya. Daya tumpuan akal seseorang wanita banyak dipengaruhi oleh emosi samada ia memberi kesan baik ataupun buruk.
Sekiranya seseorang wanita itu menangis 2-3 kali atas sebab rasa syukur dan redha; pahala buat dirinya, buat kali ke 2 dan ke 3.
2. Kesan tangisan.
  • Dapat perhatian
  • Suasana rumah tangga tergugat.
  • Lelaki jadi bingung.
  • Orang lain dapat mesej.
  • Mata bersih dan sihat.
The world stops at the moment when women cry.
Orang bahagia dan gembira, tidak semestinya dia tersenyum dan orang senyum, sudah semestinya dia gembira.
Penyelesaian untuk mengurangkan rasa sedih:
1. Senyum dulu + Mengimbau perkara yang membuatkan anda rasa sedih = Perlahan2 melatih diri supaya tidak sedih dan menangis lagi.
2. Selalu berdoa kepada Allah.
3. Belajar untuk redha ( Baik atau buruk adalah untuk kebaikan hamba-NYA)
4. Sentiasa tersenyum – Banyak hormon baik yang keluar dan membantu seseorang wanita untuk memulakan hari dengan penuh keyakinan dan gembira.
Tangisan seseorang wanita adalah untuk melaungkan suara hati – Minta dibelai, disayangi dan dipamerkan kasih sayang. (Ia terpendam dan terbuku dalam hati)
Ramai yang tidak tahu bahawa apabila seorang suami menaikkan suara samada sedar atau tidak, ia menjadi antara punca mengapa seorang isteri mudah menangis. So, control your voice projection!
Tangisan boleh membawa kesan yang positif, sekiranya dilakukan dengan tindakan yang positif juga.
Source: Mujahidah Muslimah

notakaki:hmmm....jadi senyum la selalu.hahahaha


Sunday, August 21, 2011

menu

menu ari ni?...sup sayur SAHAJA! hahaha...malas nak masak lebih2 tak larat nak berdiri lama2. kalau la boleh masak duduk...huhu

Bahan-bahan:
sawi
bunga kobis
kacang pis
fish ball
tomato
carrot
cendawan
(segalam mcm sayur yang ada la)
2 biji cili padi
rempah sup sayur adabi
3 cawan air

Cara-cara:
1. sayur2 tersebut direbus dahulu dengan sedikit garam dan minyak untuk mengekalkan warna dan nampak berkilat. ditoskan.
2. tumis rempah sup sayur adabi
3. masukkan 3 cawan air
4. biarkan mendidih
5. masukkan sayur2 yang direbus tadi
6. masukkan cili padi yang dititik (ditumbuk sedikit)
7. kacau dan siap! sedia untuk dihidang :)

jadinye buka puasa for today adalah sup sayur. i am vegeterian today. yeah!

notakaki: ya Allah, sembuhkanlah kesakitan ini...amin


Saturday, August 20, 2011

rindu terubat

rindu akhirnya terubat pabila mengambil kesempatan cuti nuzul quran untuk balik bercuti di kg (KL) plus dengan memohon cuti tahunan selama 2 hari dengan niat hendak terus bercuti sehingga ahad....huhu, lama tak hengat cuti. dari rabu hingga ahad!



akhirnya jumaat pagi suda tergedik-gedik hendak membeli tiket balik perlis! ape suda jadi?

1. kerja yg masih tidak diselesaikan.
2. teringat kain baju yang masih tidak basuh dan tidak berlipat (tersidai dari hari selasa, sempat basuh sedikit sebelum balik)
3. ape kabar baby putihku?
4. tak sanggup berjauhan sebenarnye....ye ke? hmmmm, ntah susah la mcm ni. tak sms tak kol takpe, janji dekat. tapi kalau tak sms tak kol dlm ms yg sama jauh...huhu rase mcm nak meletup je....teruk sungguh la khaira (bukan nama sebenar) ni!

oh ya, kalau la ditakdirkan en. tunang membace entry ni...tolong jgn kembang semangkuk yea =P

jadinye, sabtu suda balik ke perlis. ahad pula merancang untuk membuat kerja2 di opis jika tiada perancangan lain.

walaubagaimanapun....wow, lama tak guna perkataan tu...hahaha, anyway, balik KL sempat berbuka dan bersahur bersama mama dan ayah itu sudah cukup bagi ku. dan juga berkesempatan membawa mama pergi ke nilai 3 meninjau barang2 untuk persediaan nanti.

puas?...yes sy mmg puas! sebab tu tak ralit sgt la nak balik awal sehari. eh, betul ke penggunaan perkataan tu? hahahha...next week akan pulang semula ke KL untuk berhari raya. ketika itu nnt, terpaksa la membawa pulang baby putih sebagai pengangkutan barang2 untuk bulan 11 nnt. jadinye baby putih kene sihat tau!

notakaki: bile pulak nak p tukaq plak ni? adoiiii...






Tuesday, August 16, 2011

Kueh Tiaw Goreng Kerang & Tepung Pelita

ok, yesterday doin some cooking: kueh tiaw goreng kerang....tetiba teringat masa odw balik perlis dari penang. so ape lagi, ajk housemate merangkap opismate singgah kat tesco xtra dekat dengan tol keluar alor setar selatan. hmmmm, not bad tesco ni. tesco ni baru je bukak so, instead goin to tesco mergong, we went to this tesco, saje merasa tempat baru...

nasib baik ade jual isi kerang...good. tak perlu nak susah payah kopek kerang.hahahah...punya la pemalas.

gambar hiasan dr en.google...

Bahan A untuk dikisar:
cili kering 5-10 biji direbus dahulu
bawang kecik 2 ulas
bawang putih seulas
halia seinci

Bahan B untuk digoreng:
basuh isi kerang dengan air dan air asam jawa
tumis bawang kecik sebiji bersama bawang putih
goreng isi kerang tadi 1/2 cook

tumis bahan A dengan sedikit minyak
pastikan mendidih dan cukup masak (minyak naik)
masukkan air asam jawa
masukkan batang sawi
masukkan bahan B
masukkan garam dan gula secukup rase
kacau dan biar sehingga mendidih/kering
masukkan kueh tiaw (telah siap dibasuh)
masukkan daun sawi
gaul dgn berhati-hati sehingga kering
sedia untuk dihidang

tips: ketika menumis masukkan kicap pekat untuk kelihatan lebih gelap dan menyelerakan dan gantikan sawi dengan daun bawang. owh ya jgn lupe taugeh

menu ke-2 adalah tepung pelita...

juga gambar hiasan dr en.google...

bahan A:
kisar 4 helai daun pandan dengan sedikit air
masukkan dlm mangkuk bersama-sama:
5 cawan air
4 cawan tepung beras
1 cawan gula pasir
secubit air kapur (jangan banyak nnt pahit!)
gaul sehingga sebati
masak atas dapur dan kacau sehingga pekat dan berkilat diatas api yang sangat kecil
masukkan adunan daun pandan ke dalam acuan
biarkan sejuk

bahan B:
4 cawan santan + garam secukup rasa + 1/2 cawan tepung beras
gaul sehingga sebati
masak adunan santan sehingga pekat dan berkilat
masukkan adunan tadi diatas adunan pandan didalam acuan
biar sejuk
sedia untuk dihidang 

tip: jika ingin warna menarik, letak sedikit pewarna hijau/pandan.

notakaki: hp sy tak canggih nak upload gambar dr phone. so, kidnap gambar dr en google je la yea...tunggu sehingga boleh upload gambar dr tepon canggih bakal hubby :)