nuffnang ad

WED

Daisypath Anniversary tickers
Showing posts with label tazkirah. Show all posts
Showing posts with label tazkirah. Show all posts

Friday, January 25, 2013

SALAM MAULIDUR RASUL

SALAM MAULIDUR RASUL
HAPPY BIRTHDAY TO OUR BELOVED PROPHET 
NABI MUHAMMAD SAW BIN ABDULLAH
12 RABIULAWAL 1433H
24 JANUARI 2013

notakaki: sungguh gembira dengan perkembangan sambutan maulud di malaysia... :)


Thursday, February 9, 2012

DOA'

Ya Allah 

Ampunkan dosaku, dosa suamiku, dosa kedua ibu bapaku, dosa kedua ibu bapa suamiku, adik beradikku, adik beradik suamiku, seluruh keluargaku, seluruh keluarga suamiku, rakan-rakanku, rakan-rakan suamiku dan seluruh umat Nabi Muhammad SAW.

Berilah kami cahaya keterangan,
berilah kami cahaya kehidupan,
berilah kami cahaya keimanan,

Limpahilah kami rezeki yang mencurah-curah,

Permudahkanlah urusan kami,

Semoga kami sentiasa berada di bawah naunganNya.

amin...


notakaki: “Kadang-kadang Allah sembunyikan matahari, DIA datangkan petir dan kilat. Kita menangis dan tertanya-tanya ke mana hilangnya matahari, rupa-rupanya Allah hendak memberi kita pelangi yang cantik”


Sunday, October 30, 2011

AL-FATIHAH

semoga rohnya dicucuri rahmat.
.
.
.
.
.
maaf nek, tak dpt sampai tepat waktunya.
maaf nek tak dpt sembahyangkan nenek seperti dlm wasiat. tapi sekurang-kurangnya anak-anak nenek menyempurnakan wasiat itu.
maaf nek kerana tak smepat untuk memandikan nenek.
maaf nek sebab tak tahu perkembangan nenek.
maaf nek, sebab terlalu jauh untuk berada disamping/disaat pemergianmu
maaf nek sebab tak sempat untuk cucunda meminta maaf
maaf
maaf
maaf
.
.
.

hanya mampu surah al-fatihah disedekahkan
hanya mampu berdoa agar rohmu tenang menghadapi ujian Tuhan
hanya mampu menyedekahkan bacaan al-quran
hanya mampu berdoa dan terus berdoa
.
.
.
sunyi keadaan rumah tanpa suara nenek
terngiang-ngiang jerit pekik nenek menyuruh kami makan
terdengar-dengar suara nenek mengalunkan bacaan al-quran mengajar anak-anak kampung
tapi nenek sudah tiada, tanda Allah lebih menyayangimu
.
.
.
26 Oktober 1941 - 26 Oktober 2011
genap umurmu 70 tahun ketika nyawamu ditarik
tenangla nenek disana.
amin

notakaki: terkilan nenek tak dpt ke KL menghadiri majlis kebesaranku :(

Sunday, October 16, 2011

'SITI IMPIAN'

9 Siti patut dijadikan contoh

1) Siti Khadijah


- Beliau merupakan isteri Rasulullah s.a.w yg melahirkan anak2 Rasulullah, setia dan 

menyokong Rasulullah walaupun ditentang hebat oleh org2 kafir dan musyrik, menghantarkan 
makanan kpd Baginda ketika Baginda beribadat di Gua Hira'.


2) Siti Fatimah


- Anak Rasulullah yg tinggi budi pekertinya. Sangat kasih dan setia kpd suaminya Ali 

karamallahu wajhah walaupun Ali miskin. Tidur berkongsikan 1 bantal dan kdg2 berbantalkan 
lengan Ali. Rasulullah pernah b'kata aku takkan maafkan kamu wahai Fatimah sehinggalah Ali 
maafkan kamu.


3) Siti Aishah

- Beliau isteri Rasulullah yg paling romantik. Sanggup berkongsi bekas makanan dan minuman 
dgn Rasulullah. Di mana Nabi s.a.w minum di situ beliau akan minum menggunakan bekas yg 
sama.


4) Siti Hajar

- Isteri Nabi Ibrahim yg patuh kpd suami dan suruhan Allah. Sanggup ditinggalkan oleh Nabi 
Ibrahim atas suruhan Allah demi kebaikan. Berjuang mencari air utk anaknya Nabi Ismail 
(Pengorbanan seorg ibu mithali).


5) Siti Mariam

- Wanita suci yg mmg pandai menjaga kehormatan diri dan mempunyai maruah yg tinggi 
sehingga rahimnya dipilih oh Allah s.w.t utk mengandungkan Nabi Isa.


6) Siti Asiah

- Isteri Firaun yg tinggi imannya dan tidak gentar dgn ujian yg dihadapinya drpd Firaun 
Laknatullah.


7) Siti Aminah

- Wanita mulia yg menjadi ibu kandung Rasullullah. Mendidik baginda menjadi insan mulia.


8) Siti Muti'ah

- Isteri yg patut dicontohi dan dijanjikan Allah syurga untuknya kerana setianya kpd suami, 
menjaga makan minum, menyediakan tongkat utk dipukul oleh suaminya sekiranya layanannya 
tidak memuaskan hati, berhias dgn cantik utk tatapan suaminya sahaja.


9 ) Siti Zubaidah

- Wanita kaya dermawan yg menjadi isteri Khalifah Harun Al-Rashid. Sanggup membelanjakan 
semua hartanya utk membina terusan utk kegunaan org ramai hanya niat kerana Allah s.w.t.

* 9 Siti ini adalah petikan drpd kata2 Ustazah Siti Norbahyah Mahmood dlm rancangan Halaqah TV9 bertajuk 'SITI IMPIAN'. Adakah wanita kita tergolong antara Siti2 ini?





notakaki: untuk menjadi terbaik kenalah berkawan dengan yang terbaik. tetapi jgn lupe mereka yang dibelakang kerana tanpa mereka tiadalah kita sekarang


Monday, August 22, 2011

kenapa perempuan mudah menangis?


‘Mengapa wanita menangis?’ Ini adalah persoalan yang amat menarik bagi saya yang berjaya dirungkai kan oleh Dato’ Dr. Haji Fadzilah Kamsah dalam sebuah rancangan TV. Saya ingin berkongsi dan highlightkan beberapa informasi yang diperkatakan oleh beliau.

Wanita lebih cepat daripada lelaki dalam menangis dan dalam mengingatkan peristiwa yang menyababkan dia menangis dan tertawa bila ia mampu. Wanita juga adalah bintang dan pelita bagi lelaki. Tanpa pelita maka bermalamlah dalam kegelapan.

1. Punca wanita menangis.
  • Mencuci mata ( merupakan salah satu cara untuk meluahkan rasa stress-dalam masa yang sama, dapat membuang bahan kimia yang terdapat dalam mata)
  • Mengurangkan stress.
  • Tanda keinsafan/penyesalan.
  • Sebagai ugutan emosi.
Perempuan mempunyai 9 emosi dan 1 akal. Emosi yang terkumpul banyak ini, membentuk peribadi seseorang wanita yang ketara kelembutannya, kasih, bertimbang rasa dan menghargai orang disekeliling nya. Daya tumpuan akal seseorang wanita banyak dipengaruhi oleh emosi samada ia memberi kesan baik ataupun buruk.
Sekiranya seseorang wanita itu menangis 2-3 kali atas sebab rasa syukur dan redha; pahala buat dirinya, buat kali ke 2 dan ke 3.
2. Kesan tangisan.
  • Dapat perhatian
  • Suasana rumah tangga tergugat.
  • Lelaki jadi bingung.
  • Orang lain dapat mesej.
  • Mata bersih dan sihat.
The world stops at the moment when women cry.
Orang bahagia dan gembira, tidak semestinya dia tersenyum dan orang senyum, sudah semestinya dia gembira.
Penyelesaian untuk mengurangkan rasa sedih:
1. Senyum dulu + Mengimbau perkara yang membuatkan anda rasa sedih = Perlahan2 melatih diri supaya tidak sedih dan menangis lagi.
2. Selalu berdoa kepada Allah.
3. Belajar untuk redha ( Baik atau buruk adalah untuk kebaikan hamba-NYA)
4. Sentiasa tersenyum – Banyak hormon baik yang keluar dan membantu seseorang wanita untuk memulakan hari dengan penuh keyakinan dan gembira.
Tangisan seseorang wanita adalah untuk melaungkan suara hati – Minta dibelai, disayangi dan dipamerkan kasih sayang. (Ia terpendam dan terbuku dalam hati)
Ramai yang tidak tahu bahawa apabila seorang suami menaikkan suara samada sedar atau tidak, ia menjadi antara punca mengapa seorang isteri mudah menangis. So, control your voice projection!
Tangisan boleh membawa kesan yang positif, sekiranya dilakukan dengan tindakan yang positif juga.
Source: Mujahidah Muslimah

notakaki:hmmm....jadi senyum la selalu.hahahaha


Sunday, August 14, 2011

Nothing but Him...


Cinta yang agung hanyalah cinta kepada Dia. Ya Allah, aku jatuh cinta dan labuhkanlah cintaku kepada insan yang mencintaiku keranaMu dan aku juga mencintainya keranaMu.

Manusia yang mengejar cinta selain cinta Allah,
Umpama mengejar fatamorgana diwaktu terik mentari,
Jiwanya lemah. Akalnya lesu, ibadahnya tawar dan jihadnya pudar . .

petikan dari : Aku Insan Lemah

notakaki: ...




Thursday, August 11, 2011

Surah Al-Ikhlas

bulan pose nie la byk sungguh keje yang perlu diselesaikan...budak2 punye final soalan pun tak buat lagi. ishhh, ap nak jadi kerul ni?....hmmm minggu ni plak outstation terpaksa la start buat next week. jgn mare nak kak yana :-)

entry kali ni adalah berkaitan dengan surah Al-Ikhlas:



Ketika Memulakan Kerja

Bacalah ayat ini sebelum anda memulakan apa-apa saja kerja kerana dengan bacaan ini akan keluarlah iblis dan syaitan yang berada didalam tubuh kita dan juga di sekeliling kita, mereka akan berlari keluar umpama cacing kepanasan.

Sebelum Masuk Ke Rumah

Sebelum anda masuk rumah, bacalah surah Al-Ikhlas (sebanyak 3 kali. Masuklah rumah dengan kaki kanan dan dengan membaca bismillah. Berilah salam kepada anggota rumah dan sekiranya tiada orang di rumah berilah salam kerana malaikat rumah akan menyahut.
Amalkanlah bersolat kerana salam pertama (ianya wajib) yang diucapkan pada akhir solat akan membantu kita menjawab persoalan kubur. Apabila malaikat memberi salam, seorang yang jarang bersolat akan sukar menjawab salam tersebut. Tetapi bagi mereka yang kerap bersolat, amalan daripada salam yang diucap di akhir solat akan menolongnya menjawab salam malaikat itu.
Ketika Sakit

Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud: Barangsiapa membaca surah Al-Ikhlas sewaktu
sakit sehingga dia meninggal dunia, maka dia tidak akan membusuk di dalam kuburnya,
akan selamat dia dari kesempitan kuburnya dan para malaikat akan membawanya dengan
sayap mereka melintasi titian siratul mustaqim lalu menuju ke syurga. Demikian diterangkan
dalam Tadzikaratul Qurthuby).

Khatam al-Quran

Rasulullah SAW pernah bertanya sebuah teka-teki kepada umatnya: Siapakah antara
kamu yang dapat khatam Qur'an dalam jangka masa dua-tiga minit? Tiada seorang dari
sahabatnya yang menjawab. Malah Saiyidina Ummar telah mengatakan bahawa ianya
mustahil untuk mengatam Qur'an dalam begitu cepat.
Kemudiannya Saiyyidina Ali mengangkat tangannya. Saiyidina Ummar bersuara kepada
Saiyidina Ali bahawa Saiyidina Ali (yang sedang kecil pada waktu itu) tidak tahu apa
yang dikatakannya itu. Lantas Saiyidina Ali membaca surah Al-Ikhlas tiga kali.
Rasulullah SAW menjawab dengan mengatakan bahawa Saiyidina Ali betul.
Membaca surah Al-Ikhlas sekali ganjarannya sama dengan membaca 10 jus kitab Al-Quran.
Lalu dengan membaca surah Al-Ikhlas sebanyak tiga kali qatamlah Quran kerana ianya
sama dengan membaca 30 jus Al-Quran.

Pahala Membacanya

Berkata Ibnu Abbas r.a. bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: Ketika saya (Rasulullah SAW) israk ke langit, maka saya telah melihat Arasy di atas 360,000 sendi dan jarak jauh antara satu sendi ke satu sendi ialah 300,000 tahun perjalanan. Pada tiap-tiap sendi itu terdapat padang sahara sebanyak 12,000 dan luasnya setiap satu padang Sahara itu seluas dari timur hingga ke barat.

Pada setiap padang sahara itu terdapat 80,000 malaikat yang mana kesemuanya membaca surah Al-Ikhlas. Setelah mereka selesai membaca surah tersebut maka berkata mereka:
Wahai Tuhan kami, sesungguhnya pahala dari bacaan kami ini kami berikan kepada orang yang membaca surah Al-Ikhlas baik ianya lelaki mahupun perempuan.

Sabda Rasulullah SAW lagi: Demi Allah yang jiwaku ditanganNya, sesungguhnya Qul Huwallahu Ahadu itu tertulis di sayap malaikat Jibrail a.s, Allahhus Somad itu tertulis di sayap malaikat Mikail a.s, Lamyalid walam yuulad tertulis pada sayap malaikat Izrail a.s, Walam yakullahu kufuwan ahadu tertulis pada sayap malaikat Israfil a..s.
info diatas saya perolehi daripada emel salah seorang rakan yang rajin menyebarkan ilmu Allah. sedikit demi sedikit saya akan menyebarkan juga kepada umum melalui blog. juga untuk rujukan sendiri di masa hadapan insyaAllah.


Jika sekiranya kawan-kawan ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah ilmu ini kepada kawan2 yang lain. Sepertimana sabda Rasulullah SAW: 'Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat'. Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama:
      (1) Sedekah/amal jariahnya, 
            (2) Doa anak-anaknya yang soleh dan
                  (3) Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.



notakaki: amin...



Tuesday, August 2, 2011

Terawikh

3 tips penting ketika berterawikh:

1. Kurangkan makan ketika berbuka
amalan rasulullah dengan hanya memakan kurma ketika berbuka.

2. Mandi sebelum pergi ke masjid
terawikh lebih afdhal jika dilakukan secara berjemaah. dan secara tak langsung dapat mengimarahkan masjid/surau. tapi jika tak pergi pun takpe. solat sj di rumah masing-masing. dan solat terawikh yang elok adalah disepertiga malam. boleh terus buat solat tahajjud =)

3. memakai bau bauan yang harum
ok, becareful pada yang perempuan! rasenye jika nak pakai pun tidaklah semerbak sehingga semeter da boleh bau. so apa kata yang perempuan, tak pakai minyak wangi sebaliknya hanya pakai pabila berada didalam masjid. beli la minyak wangi jenis roll. senang untuk dibawa ke mana-mana.

4. bertukar-tukar tempat berterawikh
hak ni sy suke. tak salah jika kite ingin mencuba berterawikh di pelbagai tempat.

itu, adalah diantara tips bagi mengelakkan rasa mengantuk dan mudah untuk berterawikh. hehehe...kenape? sebab sy sentiasa mengantuk jika hendak berterawikh.ish ish ish....nak kata syaitan telah dikurung. semuanya terletak pada diri sendiri. mungkin jugak kerana berbuka yang mengenyangkan...

notakaki: serius sy sgt mengantuk! 


Monday, August 1, 2011

KEPALSUAN HADIS KELEBIHAN TARAWIH

fuhhh! baru terfikir nak buat entry kelebihan solat terawah by hari....sekali terbace article kepalsuan hadis kelebihan terawih mengenai kelebihan solat terawih by hari yang acap kali di penuhkan dalam fikiran otak kita mengenainya. 


teringat waktu kecik2, solat terawih di masjid mengikut hari kelebihan teruatam sekali solat malam pertama : Keluar dosa-dosa orang mukmin pada malam pertama seperti mana dia baru dilahirkan (mendapat keampunan dari Allah Taala). 


hahaha...boleh plak pilih kelebihan nak buat solat sunat ni. lain la kita solat sunat mengikut tujuan contoh solat sunat taubat untuk bertaubat, solat sunat hajat bagi mereka yang berhajat sesuatu, solat sunat istikharah bagi mereka yang tak tau buat pilihan etc.


solat sunat terawih adalah solat sunat yang telah di'special'kan oleh Allah untuk dibuat pada bulan Ramadhan SAHAJA! jika inginkan kelebihan2 yang dinyatakan sebelum ini hendaklah berusaha mendapatkannya. Allah takkan bagi free without charging u something =)  


peringatan pada diri sendiri jugak. 


sepertimana mustajabnye doa di ruang tawaf (yakni berdekatan dengan kaabah) - mengambil kesempatan atas perkenan doa ahli-ahli agama, wali, segalan manusia yang Allah angkatkan darjatnya sewaktu tawaf.


begitu juga berdoa ketika solat berjemaah. samada solat terawih, solat jumaat, atau sebarang solat yang melibatkan solat jemaah. berdoa sekali dengan alim ulama moga2 doa kita juga diperkenankanNya.amin


sumber dari iluvislam.com


notakaki: dalam 30 hari kita bersembahyang terawih tu mesti ade sekali Allah angkatkan darjat kita dan makbulkan segala doa dan dosa kita pada waktu itu. 





1 Ramadhan 1432H

Alhamdulillah!
sampai juga kita ke Ramdhan kali ini.

SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN!

tak sabar sambut Ramadhan! ahaks...hehehe

anyway, sempena Ramadhan yang mulia ini, sya mintak ampun dan maaf jika ada tersalah kata, terkecik hati sesiapa dan terlebih perbuatan kepada sesiapa yang terasa tu. sesungguhnya sy hanya manusia biasa yang tidak lari dari kesilapan dan kesalahan serta naluri kemanusiaan.

yang baik itu datang dari Allah dan yang buruk itu datang dari syaitan. ambil yang baik dan buang yang keroh. jadikan masa silam sebagai tauladan untuk hari-hari mendatang.

moga amalan kita diterima olehNya. amin

oh ya, SELAMAT HARI PAHLAWAN juga....=)

notakaki: target tahun ni, full terawih 30 hari...huhu


Wednesday, July 13, 2011

5S

Solat : Solat 5 kali sehari semalam...bermula dengan subuh, zohor, asar, maghrib dan isyak. disamping solat yang wajib solat yang sunat juga boleh dibuat. solat sunat hajat, solat sunatu taubat etc


Syukur : buka mata di pagi hari juga adalah satu kesyukuran yang Allah beri kerana masih lagi memberikan kita peluang untuk bertaubat. setiap perkara dan perbuatan didahului dengan bismillah dan disudahi dengan alhamdulillah, alhamdulillah juga merupakan satu syukur.



Senyum : pernah dengar ungkapan senyum itu satu sedekah? yea...senyum la jika ianya mampu membangkit kehidupan seseorang. kita tidak tahu. senyum juga merupakan salah satu proses awet muda. jadi senyum lah sepanjang hari. tapi berwaspada, senyumlah dengan ikhlas insyaAllah akan memberi manfaat.



Sabar : Sabar separuh dari iman. orang yang banyak bersabar ketika mana Allah menberikan die ujian maka dengan janji Allah, die bakal mendapat ganjaran atau manfaat dariNya. percayalah. kita tidak tahu ape yg Allah hendak beri pada kita. hanya Dia shj yg tahu.


Sedekah : hidup ini hanya pinjaman. bukan semua milik kita adalah milik kita. gaji yang diterima setiap bulan hanya 10% shj mungkin milik kita. lain2 adalah kepada milik org lain dimana kita sebagai pengantara. oleh itu, bagi membersihkan harta, berzakatlah...bersedekahlah...sedekah juga biarlah di tempat yang betul. kita tidak tahu pemintah sedekah dijalanan itu adakah betul2 menggunakan duit yang disedekahkah kepada diri sendiri dan keluarga? mungkin juga mereka merupakan satu komplot untuk mengumpul dana bagi tujuan yang tidak betul....oleh itu, daripada bagi sedekah pada peminta jalanan, lebih baik bagi sedekah pada pelukis2 jalanan, pemain2 gitar jalanan, di masjid atau surau berdekatan dan yang boleh dipercayai adalah melalui maybank2u...transfer online to charity. ada banyak badan2 kebajikan di situ yang boleh kita buat amal jariah.



wallahualam



Tuesday, June 7, 2011

aku hanya wanita biasa

Kepadamu yang akan menjadi pendampingku kelak...Terima kasih kerana telah memilihku diantara ribuan bidadri diluar sana yang siap untuk kamu pilih...Padahal kamu begitu tahu, aku hanya wanita biasa, yang sangat jauh dari sempurna. Kerananya ku ingin kamu tahu, aku bukan wanita sempurna, aku begitu banyak kekurangan. Maka ketahuilah...



Kepadamu yang akan memilihku kelak...

Aku tidak sebijak Siti Khadijah, keranya ku ingin kamu tahu, aku akan saja berbuat salah dan begitu menyedihkan. Maka ku mohon padamu, bijaklah dalam menghadapiku, jangan marah padaku, nasihatiku dengan hikmah, kerana bagiku kamulah pemimpinku, takkan berani aku membangkang padamu...

Duhai dikau yang telah memilihku kelak...Ingatlah, tak selamanya aku akan cantik dimatamu, ada kalanya aku akan begitu kusam dan hodoh. Mungkin aku begitu sibuk di dapur, menyiapkan makanan untuk kamu dan anak-anak kita nanti - InsyaAllah. makan aku akan tampak kotor dan berbau asap. Atau kerana seharian ku harus menguruskan istana kecil kita, agar kamu dan ank-anak dapat tinggal dengan nyaman dan damai. maka mungkin aku tak sempat berdandan untuk menyambutmu sepulang bekerja...Ataukah kamu akan menemukanku tersengguk-sengguk saat mendengar keluhan dan ceritamu, bukan kerana aku tak suka menjadi tempatmu menumpahkan segala rasamu, tapi kerana semalaman saat kau tertidur nyenyak, aku tidak sedetik pun tertidur kerana harus menjaga anak kecil kita yang sedang sakit, dan aku ku tahu kamu letih mencari rezeki untuk kami maka tak ingin ku mengusik sedikit pun lelapmu...Jadi jika esok pagi kau mendapatiku begitu letih dan ada lingkaran hitam di mataku, makan tetaplah tersenyum padaku, kerana kau adalah kekuatanku...



Padamu yang menjadi nakhoda dalam hidupku kelak...

Ketahuilah, aku tak sesabar fatimah, ada kalanya kau akan menemukanku begitu marah, menangis, bukan kerana ku membangkang padamu, tapi aku hanya wanita biasa, aku juga perlu tempat untuk menumpahkan beban dihatiku, tempat untuk melepaskan penatku, dan mungkin saat itu aku tak menemukanmu, atau kau begitu sibuk dengan pekerjaanmu, maka bersabarlah, yang ku perlukan hanya pelukan dan belaianmu...Kerana bagiku kau adalah titisan embun yang mampu memadamkan resahku...

Ataukah ada kalanya tanganku akan mencubit dan memukul penuh kasih sayang si kecil kerana lelah dan penatku ditambah rengekannya yang tak habis-habisnya. Sungguh bukan kerana aku ingin menyakitinya, tapi kadang aku kehabisan cara untuk menenagkan hatinya. Maka jangan memarahiku kerana telah menyakiti buah hati kita, tapi cukup kau usap kepalaku, dan bisikkan kata sayang di telingaku, kerana dengan itu ku tahu kamu selalu menghargai semua yang ku lakukan untuk kalian, dan kamu akan menemukanku menangis menyesali perlakuanku pada anak kita, dan aku akan merasakan ribuan kali rasa sakit dari cubitan yang kuberikan padanya, dan aku akan berjanji tak akan mengulanginya lagi...

Padamu yang akan menjadi imam dalam hidupku kelak...

Ketahuilah, aku tak secerdas Aisyah...maka jangan pernah bosan mengajariku, membimbingku ke arahNya, walau kadang aku begitu bebal dan bodoh, tapi jangan pernah letih mengajriku...Jangan segan membangunkanku disepertiga malam untuk bersamamu bermunajat pada Kekasih yang Maha Kasih...jangan letih mengingatkanku untuk terus bersamamu mendulang pahala dalam amalan-amalan sunnah...Bimbing tanganku ke JannahNya, agar kamu dan aku tetap bersatu didalamnya...

Padamu yang menjadi kekasih hati dan teman dalam hidupku...

SEiring berjalannya waktu, kamu akan menemukan rambutku yang dulu hitam legam dan indah, akan menipis dan memutih. Kulitku yang bersih akan mulai kereput. Tanganku yang halus akan menjadi kasar...Dan kau tak akan menemukanku sebagai wanita cantik, yang kau khitbah puluhan tahun yang lalu...Bukan wanita muda yang selalu menyenangkan matamu...maka jangan pernah berpaling dariku...Kerana satu yang tak pernah berubah, bahkan sejak dulu akan terus bertambah dan kian bertambah, isitu rasa cintaku padamu...

Ketahuilah...Tiap harinya, tiap jam, minit dan detiknya, telah aku lewati dengan selalu jatuh cinta padamu...Maka cintailah aku dengan apa adanya aku...Jangan berharap aku menjadi wanita sempurna...Maafkan aku kerana aku bukan puteri...aku hanya wanita biasa...

(taken from somewhere....lupe da kat mane but this article not mine!)

notakaki: hahahah...lately rajin update blog. 

Tuesday, February 15, 2011

~Biodata Rasulullah SAW~

NAMA PENUH
Muhammad Bin Abdullah Bin Abdul Mutalib Bin Hashim

TARIKH LAHIR
12 Rabiulawal bersamaan 20 April 571 Masehi

NAMA IBU
 Aminah Binti Wahab bin Abdul Manaf

NAMA BAPA
Abdullah Bin Abdul Mutalib Bin Hashim

PENGASUH PERTAMA
Ummu Aiman

IBU SUSU PERTAMA
 Thuwaibah

IBU SUSU KEDUA
 Halimah As-Saadiah


USIA 5 TAHUN
Peristiwa pembelahan dada Rasulullah SAW yang dilakukan oleh dua malaikat untuk mengeluarkan bahagian syaitan yang wujud di dalam hatinya.

USIA 6 TAHUN
Ibunya Aminah binti Wahab ditimpa sakit dan meninggal dunia di Al-Abwa '(sebuah kampung yang terletak di antaraMakkah dan Madinah). Baginda dipelihara oleh Ummu Aiman (hamba perempuan bapa Rasulullah SAW) dan dibiayaioleh datuknya Abdul Muttalib.

USIA 8 TAHUN
Datuknya, Abdul Muttalib pula meninggal dunia. Baginda dipelihara pula oleh bapa saudaranya, Abu Talib.

USIA 9 TAHUN(Setengah riwayat mengatakan pada usia 12 tahun).

Bersama bapa saudaranya, Abu Talib bermusafir ke Syam atas urusan perniagaan. Di kota Busra, negeri Syam, seorang pendita Nasrani bernama Bahira (Buhaira) telah bertemu ketua-ketua rombongan untuk menceritakan tentang pengutusan seorang nabi di kalangan bangsa Arab yang akan lahir pada masa itu.


USIA 20 TAHUN
Terlibat dalam peperangan Fijar . Ibnu Hisyam di dalam kitab ' Sirah ' , jilid1, halaman 184-187 menyatakan pada ketika itu usia Muhammad SAW ialah 14 atau 15 tahun. Baginda menyertai peperangan itu beberapa hari dan berperanan mengumpulkan anak-anak panah sahaja. Menyaksikan ' perjanjian Al-Fudhul ' ; perjanjian damai untuk memberi pertolongan kepada orang yang dizalimi di Makkah.

USIA 25 TAHUN
Bermusafir kali kedua ke Syam atas urusan perniagaan barangan Khadijah binti Khuwailid Al-Asadiyah. Perjalanan keSyam ditemani oleh Maisarah; lelaki suruhan Khadijah. Baginda SAW bersama-sama Abu Talib dan beberapa orangbapa saudaranya yang lain pergi berjumpa Amru bin Asad (bapa saudara Khadijah) untuk meminang Khadijah yangberusia 40 tahun ketika itu. Mas kahwin baginda kepada Khadijah adalah sebanyak 500 dirham.

USIA 35 TAHUN
Banjir besar melanda Makkah dan meruntuhkan dinding Kaabah. Pembinaan semula Kaabah dilakukan oleh
pembesar-pembesar dan penduduk Makkah. Rasulullah SAW diberi kemuliaan untuk meletakkan ' Hajarul-Aswad ' ke tempat asal dan sekaligus meredakan pertelingkahan berhubung perletakan batu tersebut.

USIA 40 TAHUN
Menerima wahyu di gua Hira ' sebagai perlantikan menjadi Nabi dan Rasul akhir zaman.

USIA 53 TAHUN
Berhijrah ke Madinah Al-Munawwarah dengan ditemani oleh Saidina Abu Bakar Al-Siddiq. Sampai ke Madinah pada tanggal 12 Rabiulawal/ 24 September 622M.

USIA 63 TAHUN
Kewafatan Rasulullah SAW di Madinah Al-Munawwarah pada hari Isnin, 12 Rabiulawal tahun 11Hijrah/ 8 Jun 632 Masihi.

ISTERI-ISTERI RASULULLAH SAW
§ Khadijah Binti Khuwailid.

§ Saudah Binti Zam'ah.

§ Aisyah Binti Abu Bakar (anak Saidina Abu Bakar)

§ Hafsah binti ' Umar (anak Saidina ' Umar bin Al-Khattab).

§ Ummi Habibah Binti Abu Sufyan.

§ Hindun Binti Umaiyah (digelar Ummi Salamah).
§ Zainab Binti Jahsy.
§ Maimunah Binti Harith.
§ Safiyah Binti Huyai bin Akhtab.
§ Zainab Binti Khuzaimah (digelar ' Ummu Al-Masakin ' ; Ibu Orang Miskin).


ANAK-ANAK RASULULLAH SAW
1. Qasim
2. Abdullah
3.. Ibrahim
4. Zainab
5. Ruqaiyah

6. Ummi Kalthum

7. Fatimah Al-Zahra 

Friday, January 14, 2011

Saya Sayang Awak!


salah satu artikel yang menyentuh perasaan saya di kala ini....adalah artikel yg disebarkan oleh mr syed sulaiman. one of the facebooker yang menyebarkan artikel-artikel berunsur kesedaran/motivational islamik. rasenye this guy is motivator kot....nak bace? make sure u'll bace because artikel die for this time mmg sgt2 menyedarkan saya. dan sebagai hanbaNya yang tak sempurna dan sgt2 kerdil, i will do my best in everything i'll do samada dalam ibadat ataupun ibadah.

check this out!


Salam...dh lama sy x sharing kat note...hari nie hari jumaat..terasa tersentuh hati nie...moga ALLAH memberi hidayah utk kita semua... hope u all suka... tq utk "Mujahidah Islam" benarkan sy utk kongsikan dgn rakan2 sy ye...moga ALLAH merahmati anda...insyallah...

by Curahan Hati Mujahidah Islam on Friday, January 14, 2011 at 12:00am

Cuti sem baru bermula…Bulma dibenarkan keluar rumah oleh ibunya.

Setibanya di taman…

Goku : Hai sayang..maaf B lambat..
Bulma : Huhu..da janji pukul berapa..sekarang pukul berapa??
Goku : Alaaa..relaks la..lambat sikit je pun..
Bulma : Sikit apa 15 minit ni b?
[Goku membetulkan duduknya…]
Goku : Sayang..kadang-kadang kita sengaja melewatkan waktu solat. Sedangkan dulu kita dah pernah berjanji untuk ikut suruhan Dia..kan? Tapi mulianya Allah masih lagi sayang kita…
Bulma : Err..huhu~

Goku : Sayang kenapa pakai baju macam ni?
Bulma : Untuk B la..kita kan dah lama tak jumpa..
Goku : Eh..kalau B yang pakai baju fit mungkin r ada rasional sebab badan B 6 pack..hehe tapi tak nak la pakai ketat-ketat..sesak nafas..
Bulma : Orang pakai macam ni pun untuk dia laa..sayang masih pakai tudung tau..
[Goku membetulkan duduknya…]
Goku : Sayang, tutup aurat bukan semata-mata pakai tudung. Baju mesti longgar supaya tak nampak bentuknya. Stokin pakai. Aurat tu mahkota wanita khas untuk suami. Jangan lah nak tunjuk kat B. Belum masanya lagi sayang..
Bulma : Err..huhu~

Goku : B ingat nak bawa adik B tadi..dapat dia teman kita & jumpa bakal kak ipar dia ni..
Bulma : Alaaa..dah lama kita tak jumpa pun B masih nak bawa orang lain join kita kan?huhu
[Goku membetulkan duduknya…]
Goku : Sayang..tak manis kita berdua je..sedangkan orang tengok kita dah rasa tak sedap apatah lagi Allah yang Maha Melihat tu tengok kita..sayang tak segan ke?
Bulma : Err..huhu~

Goku : Family sayang tak marah ke sayang keluar jumpa B ni?
Bulma : Dorang kan dah lama tau kita bersama. Takkan nak marah kot..
Goku : Takkan tegur sikit pun takde? Yela..kita asyik jumpa je..
Bulma : Kalau B dah bosan dengan sayang, cakap je..tak perlu guna alasan family sayang k?!
[Goku membetulkan duduknya…]
Goku : B tak beri alasan. Kita dah lama bersama tapi nikahnya tak. Semakin lama semakin tak selesa B dibuatnya. Kalau setiap langkah kita ke masjid untuk menunaikan solat diberi pahala..agak-agaknya setiap langkah kita untuk berjumpa berdua kat taman ni diberi apa ye?huhu
Bulma : Err..huhu~

Bulma : B..cukup! B dah banyak berubah..kenapa ni? Dah tak sayang sayang ke? Dah ada perempuan lain ke? Jawablah!

[Goku membetulkan duduknya…menundukkan padangan ego lelakinya ke tanah…]

Goku : B memang dah banyak berubah…B sering lalai ingat pada Allah…Allah beri macam-macam nikmat pada B tapi B buat tak kisah je semua tu. Dulu kalau sayang tak balas mesej B sebab merajuk dengan B, B dah gelabah da..tapi bila B dapat rasa yang B jauh dari Allah, B buat biasa je…Allah masih lagi sayangkan B…Allah beri nikmat kasih & sayang dari sayang. B bersyukur dapat kenal sayang tapi malangnya B tak menjaga sayang sebaiknya. B tak sepatutnya mulakan semua ni dulu..huu B nak kembali kepada fitrah B sebab dah banyak berubah.

B memang ada perempuan lain. Dah lama B ada perempuan lain tapi B baru perasan kehadiran perempuan yang amat B sayangi tu. B amat sayang mereka.

Bulma : Mereka??? Sampai hati B! [Mula bergenang air mata Bulma…]

Goku : B memang ada perempuan lain. Ibu B yang lahirkan B. Sejak dalam perut lagi, dia amat sayang pada B. DIa jaga B dengan sebaiknya. Tapi bila B dah besar, B tak jaga dia pun. B sanggup melawan cakap dia semata-mata nak ikut kawan B & nak jumpa sayang. Ibu selalu pesan macam-macam tapi B xdengar pun. B dengar cakap sayang je. Bila sayang merajuk dengan B, B pujuk beriya-iya tapi bila ibu terasa hati dengan B, B cakap “entah pape la ibu ni”..huuhu kalau dengan adik & kakak B, lagi teruk B layan..huhu

B sayang sayang…B…

Bulma : Tak payah nak tipu! [Bulma terus memotong apa yang ingin dikatakan oleh Goku pada dirinya…]

Goku : B sayang sayang…disebabkan B sayang sayang, B nak lepaskan sayang. B tak nak sayang terus hanyut dengan B. Kita buat lah haluan masing-masing. Kenal diri kita. Kenal Allah. Ingatlah walau apa yang kita buat, Allah tak pernah lupa kita. Sentiasa kita dapat nikmatNya. B nak korbankan semua ni kerana Allah sebelum Allah betul-betul tak hiraukan kita & terus biar kita hanyut…

Bulma : B!! Kenapa sekarang??? [Air mata Bulma mula menitis di pipinya..]

Goku : Kerana Hidayat dari Allah tak datang selalu & hanya datang pada orang yang dipilihNya. B tak nak nanti Allah tarik balik hidayatNya ni…

Bulma : Sayang sayang sangat kat B.. [Bulma mula mengesat air matanya…]

Goku : Allah lebih sayangkan sayang…amat sayang pada kita…

Bulma : B..xkesian kat sayang ke? [Tidak dapat ditahan lagi air mata Bulma…]

Goku : B lebih kesian pada sayang jika sayang diseksa di akhirat nanti kerana B & B xmampu nak tolong sayang waktu itu..B minta maaf teramat sangat..B terpaksa lepaskan sayang kerana Allah…Biarpun sekarang sayang tak redha dengan perpisahan ni, tapi InsyaAllah berkat keredhaan Allah dengan usaha kita yang sakit keranaNya, sayang akan faham juga nanti…terima kasih untuk segalanya..jaga diri sayang sebaiknya untuk Allah…Assalamualaikum awak~

[Goku melangkah pergi…sepenuh kekuatan dipendam dalam diri agar tidak menoleh ke belakang untuk melihat Bulma yang pastinya sedang terseksa dengan perpisahan ini. Air mata lelaki Goku akhirnya jatuh jua kerana kesungguhannya melepaskan sesuatu yang disayangi kerana ingin mendapatkan keredhaan Allah SWT…]

Wallahu’alam~ 

footnote: many thanx to SMSulaiman for this article. and thank you for letting me sharing....