nuffnang ad

WED

Daisypath Anniversary tickers

Wednesday, July 13, 2011

5S

Solat : Solat 5 kali sehari semalam...bermula dengan subuh, zohor, asar, maghrib dan isyak. disamping solat yang wajib solat yang sunat juga boleh dibuat. solat sunat hajat, solat sunatu taubat etc


Syukur : buka mata di pagi hari juga adalah satu kesyukuran yang Allah beri kerana masih lagi memberikan kita peluang untuk bertaubat. setiap perkara dan perbuatan didahului dengan bismillah dan disudahi dengan alhamdulillah, alhamdulillah juga merupakan satu syukur.



Senyum : pernah dengar ungkapan senyum itu satu sedekah? yea...senyum la jika ianya mampu membangkit kehidupan seseorang. kita tidak tahu. senyum juga merupakan salah satu proses awet muda. jadi senyum lah sepanjang hari. tapi berwaspada, senyumlah dengan ikhlas insyaAllah akan memberi manfaat.



Sabar : Sabar separuh dari iman. orang yang banyak bersabar ketika mana Allah menberikan die ujian maka dengan janji Allah, die bakal mendapat ganjaran atau manfaat dariNya. percayalah. kita tidak tahu ape yg Allah hendak beri pada kita. hanya Dia shj yg tahu.


Sedekah : hidup ini hanya pinjaman. bukan semua milik kita adalah milik kita. gaji yang diterima setiap bulan hanya 10% shj mungkin milik kita. lain2 adalah kepada milik org lain dimana kita sebagai pengantara. oleh itu, bagi membersihkan harta, berzakatlah...bersedekahlah...sedekah juga biarlah di tempat yang betul. kita tidak tahu pemintah sedekah dijalanan itu adakah betul2 menggunakan duit yang disedekahkah kepada diri sendiri dan keluarga? mungkin juga mereka merupakan satu komplot untuk mengumpul dana bagi tujuan yang tidak betul....oleh itu, daripada bagi sedekah pada peminta jalanan, lebih baik bagi sedekah pada pelukis2 jalanan, pemain2 gitar jalanan, di masjid atau surau berdekatan dan yang boleh dipercayai adalah melalui maybank2u...transfer online to charity. ada banyak badan2 kebajikan di situ yang boleh kita buat amal jariah.



wallahualam



No comments:

Post a Comment