nuffnang ad

WED

Daisypath Anniversary tickers
Showing posts with label information. Show all posts
Showing posts with label information. Show all posts

Thursday, April 4, 2013

peplum dress...or kurung?

recently in this kurung fashion world there is a design which called peplum...for a start saya tak berapa nak suka this kind of design (i bet a this is the raya 2013 design) because it is actually the design from 70s or 80s mcm tuh...kind of design yg saloma selalu pakai....ye ke? ntah...ad dasas desus cmtuh la dan jugak design mmg tak menarik perhatian saya sungguh until....

-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-

i was amazed!!! suddenly wow....speechly lawa jugak peplum ni kan?...the combination of the colour and also the dress design and skirt...sure la lagi kain material yang agak mahal. already tgk regenye. RM220 perghhh..it is quite expensive for me....but i bet its worth kan? :) 

this is another one:


colour yang sweet...teringat tema kaler hantaran saya sewaktu bernikah....hehehe, kelabu+pink...rasenye klu time nikah dulu terjumpe peplum ni mau sambar sepasang hahahha, cume topup manik je...or lace

teringin la satu baju cmni, but of coz the price is too expensive for me, rase cm tak berbaloi beli...but anyway, mungkin akan letak dlm list of things wanna buy kan ngeh3x. oh ya jgn ty dimana boleh dpt these peplum yea...coz saya snap randomly so mmg da lupe kat mane. hehehehe

Friday, July 20, 2012

Perkara yang Tidak Membatalkan Puasa dalam Bidang Perubatan

Check this out!
for moms, mom-to-be, dad, dad-to-be and muslim....


so jangan ragu2 lagi...kalau ragu2 lagi, please do your advice from ur doctor or ustaz/ustazah.

notakaki: if amik darah tak batal puasa but kene minum air gula before ambik darah tu...hmmmm




Saturday, May 5, 2012

Clearance Stock!!!



Clearance stock!! 


Price  :  RM1.90/pc (including mug and paper bag)
Quantity  :  200  pcs  left
COD  only  area  Ampang
Postage  on  customer responsibility


For  detail  please  contact
Hj  Khalid  :  013-3932101
Hjh  Teh  Hamidah  :  019-2754840  


notakaki:ok  tak  jadi  bussiness  woman???...hikhikhik



Wednesday, November 16, 2011

makan

perlu ke diet jika ngin melangsungkan hari bahagia bahgia...diet yang sihat akan membawa kepada kesihatan tubuh badan yang berpanjangan...tapi perlu ke makan nasi sekali sehari? pastu just makan bodo2 je untuk tidak bagi perut tu lapar.

masalahnye, sy ni pantang nampak nasi! kemarin je 3 kali sehari makan nasi...pagi nasi lemak, tgh hari pulak nasi campur then tetibe teringat pulak ikan bilis goreng, balik je keje terus ngadap dapur so, dinner pun nasi jugak! adoiiiii....sgt2 berdoa berat badan tidak mencapat standed yg tidak ditetapkan. amin

dan tetibe tgh hari ni teringat daging kat dlm peti sejuk...hmmmm, daging masak asam pun ok jugak kan :) bahan sume da ad tinggal nak campak je dlm kuali...hehehe

actually nak cite psl diet...hmmm, org kata nasi punca pertambahan lemak dlm badan. untuk menurunkan berat badan aka men'slim'kan diri tu elakkan dari makan nasi! mampu ke yang oiiiii...cek tak mampu coz nasi is the most favourite food. nasib baik pun en tunang suke nasi. alhamdulillah....

so mcm mane ek?...senang je, ikut sunnah Rasulullah SAW:

1) makan sebelum malam
2) jangan makan berulamkan air...phm? meaning that jangan makan diselangselikan dengan air. kecuali la da pedas sgt ke, atau tersedak.
3) makan hanya bile lapar
4) berhenti makan sebelum kenyang
5) dan yang penting JGN TAMAK!
6) puasa...paling bagus untuk diet. tapi niat tu kene betul la. kalau puasa sebab nak diet, mmg diet la yg dapat.hehe

so, perlu ke diet? yang penting niat. diet untuk kesihatan tubuh badan sgt2 diperlukan. tapi kalau diet untuk kurus? hmmmm, depend jugak pada pakej diet yang diambil.

rata2 statistik kematian disebabkan heart attack dikalangan dewasa berumur awal 30-an makin meningkat sekarang ni. salah satu faktor adalah pemakan. kalau da ad input kene jugak ad output...meaning that, bukan tak boleh makan nasi, tapi kene la exercise so that it balance. why is that kite makan tapi tak naik2 badan? mungkin salah satu penyebab adalah stress keje...itu pun boleh menyebabkan heart attack!

so the conclusion is if you eat something u need to balance it with exercise.

notakaki: sgt risau dengan cara pemakanan org zaman sekarang...huhu


Sunday, October 23, 2011

Samsung Galaxy Tab 10.1 3G


isn't that handsome! smart! beautiful! and ummmppphhhhh....:D

well, some people are crazy about their motocycle while i am crazy about gadgets! it is just a matter of $$$$$$$$....

my lappy has many years in it's service. just a thaught, i need to buy a new one more up to date....but please don't dear as your mommy doesn't have enough money to replace you....probably won't as you are the only thing i had for so many years without any difficulties! pleaseeeeeeeeeeeeeee....if u behave, i won't ever replace you but getting you a sibling! hahaha...would like a sister or borther?....of course you do. i bet your sister is much more handy than you (the samsung galaxy tab 10.1) but don't worry dear, she's only useful as i go for travelling....

the hobby of collecting movies and animes are gone! as the internet are not as fast as it use to be. so, ext hdd won;t be in mind yet. enough with my 80GB for photo album and my 500GB for my works, study, paper, etc...

ok what else? haaaaaa, smart phone! I LOVE NOKIA! yes i do...i love to have N8 but since my fiancee bought one, it a litle bit destroy my attention to have one....so i move to the new one which is


yes.....X7. already looked at it...so good looking. its video is superb...its screen is biggggggg and its spec is wonderful. but the only thing why i didn't buy it yet is because it doesn't have a secondary camera which is a front camera....how am i suppose to make a video call?.........adoiiiiii...but, since i am a very patience person, i will wait till they release the more up grade version of nokia. when?...dunno....haha

notakaki: today was my dreaming day....

Monday, August 22, 2011

kenapa perempuan mudah menangis?


‘Mengapa wanita menangis?’ Ini adalah persoalan yang amat menarik bagi saya yang berjaya dirungkai kan oleh Dato’ Dr. Haji Fadzilah Kamsah dalam sebuah rancangan TV. Saya ingin berkongsi dan highlightkan beberapa informasi yang diperkatakan oleh beliau.

Wanita lebih cepat daripada lelaki dalam menangis dan dalam mengingatkan peristiwa yang menyababkan dia menangis dan tertawa bila ia mampu. Wanita juga adalah bintang dan pelita bagi lelaki. Tanpa pelita maka bermalamlah dalam kegelapan.

1. Punca wanita menangis.
  • Mencuci mata ( merupakan salah satu cara untuk meluahkan rasa stress-dalam masa yang sama, dapat membuang bahan kimia yang terdapat dalam mata)
  • Mengurangkan stress.
  • Tanda keinsafan/penyesalan.
  • Sebagai ugutan emosi.
Perempuan mempunyai 9 emosi dan 1 akal. Emosi yang terkumpul banyak ini, membentuk peribadi seseorang wanita yang ketara kelembutannya, kasih, bertimbang rasa dan menghargai orang disekeliling nya. Daya tumpuan akal seseorang wanita banyak dipengaruhi oleh emosi samada ia memberi kesan baik ataupun buruk.
Sekiranya seseorang wanita itu menangis 2-3 kali atas sebab rasa syukur dan redha; pahala buat dirinya, buat kali ke 2 dan ke 3.
2. Kesan tangisan.
  • Dapat perhatian
  • Suasana rumah tangga tergugat.
  • Lelaki jadi bingung.
  • Orang lain dapat mesej.
  • Mata bersih dan sihat.
The world stops at the moment when women cry.
Orang bahagia dan gembira, tidak semestinya dia tersenyum dan orang senyum, sudah semestinya dia gembira.
Penyelesaian untuk mengurangkan rasa sedih:
1. Senyum dulu + Mengimbau perkara yang membuatkan anda rasa sedih = Perlahan2 melatih diri supaya tidak sedih dan menangis lagi.
2. Selalu berdoa kepada Allah.
3. Belajar untuk redha ( Baik atau buruk adalah untuk kebaikan hamba-NYA)
4. Sentiasa tersenyum – Banyak hormon baik yang keluar dan membantu seseorang wanita untuk memulakan hari dengan penuh keyakinan dan gembira.
Tangisan seseorang wanita adalah untuk melaungkan suara hati – Minta dibelai, disayangi dan dipamerkan kasih sayang. (Ia terpendam dan terbuku dalam hati)
Ramai yang tidak tahu bahawa apabila seorang suami menaikkan suara samada sedar atau tidak, ia menjadi antara punca mengapa seorang isteri mudah menangis. So, control your voice projection!
Tangisan boleh membawa kesan yang positif, sekiranya dilakukan dengan tindakan yang positif juga.
Source: Mujahidah Muslimah

notakaki:hmmm....jadi senyum la selalu.hahahaha


Tuesday, August 16, 2011

Kueh Tiaw Goreng Kerang & Tepung Pelita

ok, yesterday doin some cooking: kueh tiaw goreng kerang....tetiba teringat masa odw balik perlis dari penang. so ape lagi, ajk housemate merangkap opismate singgah kat tesco xtra dekat dengan tol keluar alor setar selatan. hmmmm, not bad tesco ni. tesco ni baru je bukak so, instead goin to tesco mergong, we went to this tesco, saje merasa tempat baru...

nasib baik ade jual isi kerang...good. tak perlu nak susah payah kopek kerang.hahahah...punya la pemalas.

gambar hiasan dr en.google...

Bahan A untuk dikisar:
cili kering 5-10 biji direbus dahulu
bawang kecik 2 ulas
bawang putih seulas
halia seinci

Bahan B untuk digoreng:
basuh isi kerang dengan air dan air asam jawa
tumis bawang kecik sebiji bersama bawang putih
goreng isi kerang tadi 1/2 cook

tumis bahan A dengan sedikit minyak
pastikan mendidih dan cukup masak (minyak naik)
masukkan air asam jawa
masukkan batang sawi
masukkan bahan B
masukkan garam dan gula secukup rase
kacau dan biar sehingga mendidih/kering
masukkan kueh tiaw (telah siap dibasuh)
masukkan daun sawi
gaul dgn berhati-hati sehingga kering
sedia untuk dihidang

tips: ketika menumis masukkan kicap pekat untuk kelihatan lebih gelap dan menyelerakan dan gantikan sawi dengan daun bawang. owh ya jgn lupe taugeh

menu ke-2 adalah tepung pelita...

juga gambar hiasan dr en.google...

bahan A:
kisar 4 helai daun pandan dengan sedikit air
masukkan dlm mangkuk bersama-sama:
5 cawan air
4 cawan tepung beras
1 cawan gula pasir
secubit air kapur (jangan banyak nnt pahit!)
gaul sehingga sebati
masak atas dapur dan kacau sehingga pekat dan berkilat diatas api yang sangat kecil
masukkan adunan daun pandan ke dalam acuan
biarkan sejuk

bahan B:
4 cawan santan + garam secukup rasa + 1/2 cawan tepung beras
gaul sehingga sebati
masak adunan santan sehingga pekat dan berkilat
masukkan adunan tadi diatas adunan pandan didalam acuan
biar sejuk
sedia untuk dihidang 

tip: jika ingin warna menarik, letak sedikit pewarna hijau/pandan.

notakaki: hp sy tak canggih nak upload gambar dr phone. so, kidnap gambar dr en google je la yea...tunggu sehingga boleh upload gambar dr tepon canggih bakal hubby :)


Friday, August 5, 2011

Formula Mencari Muka Surat Juzuk dalam Al-Quran

ok, info terbaru yang saya jumpe...

alkisahnya, tengah nak tadarus la kan. kumpulan saya akan bermula juzuk 26-30. dalam fikiran mane nak carik juzuk 26 nie? alquran yang dipakai adalah alquran yang dibeli di makkah ketika umrah dulu. jadinye, sume bahasa arab...haaaah, jenuh!

oleh yang demikian, terjumpe la thread ini. ditunjuk ajar bagaimana cara mencari muka surat juzuk dalam alquran.


besarnya kekuasaan Allah

Berikut adalah formulanya:
Contoh 1:
Untuk mencari Juzuk 14:

14 - 1 = 13
13 x 2 = 26
Kemudian,tambah angka 2 di hujung nombor 26 tadi, menjadi 262. Jadi, permulaan Juzuk 14 adalah pada muka surat 262.




Luasnya ilmu Allah

Contoh 2:
Untuk mencari Juzuk 19:

19 - 1 = 18
18 x 2 = 36
Kemudian,tambah angka 2 di hujung nombor 36 tadi, menjadi 362. Jadi, permulaan Juzuk 19 adalah pada muka surat 362.


notakaki: wallahualam



Tuesday, August 2, 2011

Terawikh

3 tips penting ketika berterawikh:

1. Kurangkan makan ketika berbuka
amalan rasulullah dengan hanya memakan kurma ketika berbuka.

2. Mandi sebelum pergi ke masjid
terawikh lebih afdhal jika dilakukan secara berjemaah. dan secara tak langsung dapat mengimarahkan masjid/surau. tapi jika tak pergi pun takpe. solat sj di rumah masing-masing. dan solat terawikh yang elok adalah disepertiga malam. boleh terus buat solat tahajjud =)

3. memakai bau bauan yang harum
ok, becareful pada yang perempuan! rasenye jika nak pakai pun tidaklah semerbak sehingga semeter da boleh bau. so apa kata yang perempuan, tak pakai minyak wangi sebaliknya hanya pakai pabila berada didalam masjid. beli la minyak wangi jenis roll. senang untuk dibawa ke mana-mana.

4. bertukar-tukar tempat berterawikh
hak ni sy suke. tak salah jika kite ingin mencuba berterawikh di pelbagai tempat.

itu, adalah diantara tips bagi mengelakkan rasa mengantuk dan mudah untuk berterawikh. hehehe...kenape? sebab sy sentiasa mengantuk jika hendak berterawikh.ish ish ish....nak kata syaitan telah dikurung. semuanya terletak pada diri sendiri. mungkin jugak kerana berbuka yang mengenyangkan...

notakaki: serius sy sgt mengantuk! 


Friday, June 17, 2011

CILI boleh kurus???

petikan dari majalah RAPI bil 166 m/s 86:

cili, selain membangkitkan selera makan pasti ramai yg tak tahu akan kebaikkannya kan? =) i love this article since i love spicy food...hehehe


cili bersifat panas dan ia mempunyai kandungan kapsaisin, dihidrokapsaisin, vitamin A, vitamin C, zat warna kapsaisin dan karotena dan byk lagi.

kebaikkan cili:

1. meredakan kesakitan yang berkaitan dengan masalah kegemukan
2. baik untuk peredaran darah
3. dapat mengatasi masalah sakit tekak
4. cili merah dapat menghalang sel darah dari bergumpal dan sekaligus mengelakkan masalah darah beku yang dikenali sebagai trombosis
5. dapat meningkatkan kadar metabolisme badan dengan senaman
6. ianya juga adalah sebahagian daripada diet rendah lemak dan rendah gula tanpa dicampurkan dengan makanan berlemak!

CILI MERAH



Cili merah atau cili masak dengan nama sainstifiknya capsicum annuum  bersifat stimulan yang merangsang selera makan seseorang. Ianya juga berfungsi sebagai diaforetik atau peluruh keringat (makan pedas2 sure berpeluh kan?)

Cili merah juga sebagai perangsang kulit dan dimasukkan dalam ubat-ubatan teruatamanya ubat gosok. Mineralnya juga membantu sistem pengahdaman kita.

CILI PADI




Bagi cili padi atau capsicum frutescens, ianya adalah termasuk dalam keluarga solanaceae dan menjadi tanaman asli Amerika yang kaya dengan khasiat.

Cili padi mempunyai rangsangan yang kuat untuk fungsi jantung dan aliran darah. ianya juga membantu melancarkan sistem tubuh badan seperti pengeluaran air liur dan aktiviti perkumuhan secara tidak langsung dapat mengekalkan kecergasan tubuh.

Berita baik bagi mereka yang ingin menguruskan berat badan, cili padi mampu mengurangkan kadar kolestrol badan. Dan bagi wanita, cili padi juga mampu mengatasi masalah kesuburan, melambatkan penuaan dan kedutan di wajah! =) walaupun begitu jangan berlebihan mengambilnya.

LADA BENGGALA




Rasanya tidaklah sepedas cili merah dan cili padi. rasanya lebih kepada peads-pedas manis dan enak dimakan jika dibakar.

Lada ini mempunyai 3 jenis warna berlainan dan amat menarik untuk dimakan terutama bagi kanak2 yang tak makan pedas! =)

notakaki: lebih byk masakan pedas after this...hahahaha


Saturday, April 9, 2011

Why?

kenapakah website chedet (mantan PM kite) tak boleh bukak?

this site contain malware. this site id www.chedet.co.cc


the other site www.chedet.com also not his site. how come?...

notakaki: beli je buku beliau yang baru je dipasarkan RM100...=)




Tuesday, February 15, 2011

~Biodata Rasulullah SAW~

NAMA PENUH
Muhammad Bin Abdullah Bin Abdul Mutalib Bin Hashim

TARIKH LAHIR
12 Rabiulawal bersamaan 20 April 571 Masehi

NAMA IBU
 Aminah Binti Wahab bin Abdul Manaf

NAMA BAPA
Abdullah Bin Abdul Mutalib Bin Hashim

PENGASUH PERTAMA
Ummu Aiman

IBU SUSU PERTAMA
 Thuwaibah

IBU SUSU KEDUA
 Halimah As-Saadiah


USIA 5 TAHUN
Peristiwa pembelahan dada Rasulullah SAW yang dilakukan oleh dua malaikat untuk mengeluarkan bahagian syaitan yang wujud di dalam hatinya.

USIA 6 TAHUN
Ibunya Aminah binti Wahab ditimpa sakit dan meninggal dunia di Al-Abwa '(sebuah kampung yang terletak di antaraMakkah dan Madinah). Baginda dipelihara oleh Ummu Aiman (hamba perempuan bapa Rasulullah SAW) dan dibiayaioleh datuknya Abdul Muttalib.

USIA 8 TAHUN
Datuknya, Abdul Muttalib pula meninggal dunia. Baginda dipelihara pula oleh bapa saudaranya, Abu Talib.

USIA 9 TAHUN(Setengah riwayat mengatakan pada usia 12 tahun).

Bersama bapa saudaranya, Abu Talib bermusafir ke Syam atas urusan perniagaan. Di kota Busra, negeri Syam, seorang pendita Nasrani bernama Bahira (Buhaira) telah bertemu ketua-ketua rombongan untuk menceritakan tentang pengutusan seorang nabi di kalangan bangsa Arab yang akan lahir pada masa itu.


USIA 20 TAHUN
Terlibat dalam peperangan Fijar . Ibnu Hisyam di dalam kitab ' Sirah ' , jilid1, halaman 184-187 menyatakan pada ketika itu usia Muhammad SAW ialah 14 atau 15 tahun. Baginda menyertai peperangan itu beberapa hari dan berperanan mengumpulkan anak-anak panah sahaja. Menyaksikan ' perjanjian Al-Fudhul ' ; perjanjian damai untuk memberi pertolongan kepada orang yang dizalimi di Makkah.

USIA 25 TAHUN
Bermusafir kali kedua ke Syam atas urusan perniagaan barangan Khadijah binti Khuwailid Al-Asadiyah. Perjalanan keSyam ditemani oleh Maisarah; lelaki suruhan Khadijah. Baginda SAW bersama-sama Abu Talib dan beberapa orangbapa saudaranya yang lain pergi berjumpa Amru bin Asad (bapa saudara Khadijah) untuk meminang Khadijah yangberusia 40 tahun ketika itu. Mas kahwin baginda kepada Khadijah adalah sebanyak 500 dirham.

USIA 35 TAHUN
Banjir besar melanda Makkah dan meruntuhkan dinding Kaabah. Pembinaan semula Kaabah dilakukan oleh
pembesar-pembesar dan penduduk Makkah. Rasulullah SAW diberi kemuliaan untuk meletakkan ' Hajarul-Aswad ' ke tempat asal dan sekaligus meredakan pertelingkahan berhubung perletakan batu tersebut.

USIA 40 TAHUN
Menerima wahyu di gua Hira ' sebagai perlantikan menjadi Nabi dan Rasul akhir zaman.

USIA 53 TAHUN
Berhijrah ke Madinah Al-Munawwarah dengan ditemani oleh Saidina Abu Bakar Al-Siddiq. Sampai ke Madinah pada tanggal 12 Rabiulawal/ 24 September 622M.

USIA 63 TAHUN
Kewafatan Rasulullah SAW di Madinah Al-Munawwarah pada hari Isnin, 12 Rabiulawal tahun 11Hijrah/ 8 Jun 632 Masihi.

ISTERI-ISTERI RASULULLAH SAW
§ Khadijah Binti Khuwailid.

§ Saudah Binti Zam'ah.

§ Aisyah Binti Abu Bakar (anak Saidina Abu Bakar)

§ Hafsah binti ' Umar (anak Saidina ' Umar bin Al-Khattab).

§ Ummi Habibah Binti Abu Sufyan.

§ Hindun Binti Umaiyah (digelar Ummi Salamah).
§ Zainab Binti Jahsy.
§ Maimunah Binti Harith.
§ Safiyah Binti Huyai bin Akhtab.
§ Zainab Binti Khuzaimah (digelar ' Ummu Al-Masakin ' ; Ibu Orang Miskin).


ANAK-ANAK RASULULLAH SAW
1. Qasim
2. Abdullah
3.. Ibrahim
4. Zainab
5. Ruqaiyah

6. Ummi Kalthum

7. Fatimah Al-Zahra 

Wednesday, February 2, 2011

Berita Tergempar!

Once in a 5 years...BEWARE!

2005 mencatatkan pengalaman ngeri bagi penduduk di utara semenanjung teruatama perlis dan kedah akibat banjir yang melanda. once again, in 2010 banjir paling teruk dalam sejarah melanda 2 negeri ini.

now, 2011 keadaan berturutan sehingga ke johor, selatan tanah air.


sumber dari harian metro

ingatkan bahagian utara paling teruk, rupenye kat johor lagi teruk! semoga tiada kes yang melibatkan nyawa berlaku. amiiiiiinnnnnnnn

bagaimana keadaan rakan2 di sana?...semoga tiada perkara yang buruk terjadi...

sekarang any blogs, akan dipantau oleh pihak berkuasa. so, ayat tu kene la cover sikit =) tak reti nak mengarang so, ape yang terlintas kat kepala otak la yea....

dalam negara dikejutkan dengan kes banjir di selatan tanah air, luar negara pulak masih dibaluti kebimbingan atas nasib pelajar malaysia di mesir.

seorang pelajar malaysia di mesir yang telah selamat pulang ke tanah air, mumbuat satu inisiatif untuk membuka blog bagi memaklumkan berita terkini pelajar-pelajar malaysia yang masih terkandas di sana. bagus die nie!....bravo! segala info terkini mengenai pelajar malaysia di mesir boleh dilayari di sini: http://krisismesirnasibrakyatkita.blogspot.com/



teringat cerita opismate, bile die pun risau mengenai status adiknya yang sedang belajar di cairo...sewaktu talian telefon masih bersambung, sempat keluarga menelefon bertanya khabar....kita punya bimbang kat malaysia tiba2 die boleh kata die tak tau ape2 pasal rusuhan. pergi kuliah pun mcm biasa...tapi perasan ade bunyi pelik2 di luar hostel tapi masih tak terpikir ape2....adui! rajin sgt sampai perkara diluar tak ambil tahu...alkisahnya, tak lama selepas itu, die dan seluruh warga hostel telah dikuarantinkan dan tidak dibenarkan keluar pergi kemana2 walaupun kuliah!

hopefully kerajaan malaysia dapat menghantar pulang pelajar malaysia yang maish berada disana atas alasan keselamatan. biarla kedaaan politik disana reda dan stabil untuk menghantar mereka semula menyambung pelajaran masing2...

notakaki: mahu keluar! uwaaaaaaaaaaaaaaa

Friday, January 14, 2011

Saya Sayang Awak!


salah satu artikel yang menyentuh perasaan saya di kala ini....adalah artikel yg disebarkan oleh mr syed sulaiman. one of the facebooker yang menyebarkan artikel-artikel berunsur kesedaran/motivational islamik. rasenye this guy is motivator kot....nak bace? make sure u'll bace because artikel die for this time mmg sgt2 menyedarkan saya. dan sebagai hanbaNya yang tak sempurna dan sgt2 kerdil, i will do my best in everything i'll do samada dalam ibadat ataupun ibadah.

check this out!


Salam...dh lama sy x sharing kat note...hari nie hari jumaat..terasa tersentuh hati nie...moga ALLAH memberi hidayah utk kita semua... hope u all suka... tq utk "Mujahidah Islam" benarkan sy utk kongsikan dgn rakan2 sy ye...moga ALLAH merahmati anda...insyallah...

by Curahan Hati Mujahidah Islam on Friday, January 14, 2011 at 12:00am

Cuti sem baru bermula…Bulma dibenarkan keluar rumah oleh ibunya.

Setibanya di taman…

Goku : Hai sayang..maaf B lambat..
Bulma : Huhu..da janji pukul berapa..sekarang pukul berapa??
Goku : Alaaa..relaks la..lambat sikit je pun..
Bulma : Sikit apa 15 minit ni b?
[Goku membetulkan duduknya…]
Goku : Sayang..kadang-kadang kita sengaja melewatkan waktu solat. Sedangkan dulu kita dah pernah berjanji untuk ikut suruhan Dia..kan? Tapi mulianya Allah masih lagi sayang kita…
Bulma : Err..huhu~

Goku : Sayang kenapa pakai baju macam ni?
Bulma : Untuk B la..kita kan dah lama tak jumpa..
Goku : Eh..kalau B yang pakai baju fit mungkin r ada rasional sebab badan B 6 pack..hehe tapi tak nak la pakai ketat-ketat..sesak nafas..
Bulma : Orang pakai macam ni pun untuk dia laa..sayang masih pakai tudung tau..
[Goku membetulkan duduknya…]
Goku : Sayang, tutup aurat bukan semata-mata pakai tudung. Baju mesti longgar supaya tak nampak bentuknya. Stokin pakai. Aurat tu mahkota wanita khas untuk suami. Jangan lah nak tunjuk kat B. Belum masanya lagi sayang..
Bulma : Err..huhu~

Goku : B ingat nak bawa adik B tadi..dapat dia teman kita & jumpa bakal kak ipar dia ni..
Bulma : Alaaa..dah lama kita tak jumpa pun B masih nak bawa orang lain join kita kan?huhu
[Goku membetulkan duduknya…]
Goku : Sayang..tak manis kita berdua je..sedangkan orang tengok kita dah rasa tak sedap apatah lagi Allah yang Maha Melihat tu tengok kita..sayang tak segan ke?
Bulma : Err..huhu~

Goku : Family sayang tak marah ke sayang keluar jumpa B ni?
Bulma : Dorang kan dah lama tau kita bersama. Takkan nak marah kot..
Goku : Takkan tegur sikit pun takde? Yela..kita asyik jumpa je..
Bulma : Kalau B dah bosan dengan sayang, cakap je..tak perlu guna alasan family sayang k?!
[Goku membetulkan duduknya…]
Goku : B tak beri alasan. Kita dah lama bersama tapi nikahnya tak. Semakin lama semakin tak selesa B dibuatnya. Kalau setiap langkah kita ke masjid untuk menunaikan solat diberi pahala..agak-agaknya setiap langkah kita untuk berjumpa berdua kat taman ni diberi apa ye?huhu
Bulma : Err..huhu~

Bulma : B..cukup! B dah banyak berubah..kenapa ni? Dah tak sayang sayang ke? Dah ada perempuan lain ke? Jawablah!

[Goku membetulkan duduknya…menundukkan padangan ego lelakinya ke tanah…]

Goku : B memang dah banyak berubah…B sering lalai ingat pada Allah…Allah beri macam-macam nikmat pada B tapi B buat tak kisah je semua tu. Dulu kalau sayang tak balas mesej B sebab merajuk dengan B, B dah gelabah da..tapi bila B dapat rasa yang B jauh dari Allah, B buat biasa je…Allah masih lagi sayangkan B…Allah beri nikmat kasih & sayang dari sayang. B bersyukur dapat kenal sayang tapi malangnya B tak menjaga sayang sebaiknya. B tak sepatutnya mulakan semua ni dulu..huu B nak kembali kepada fitrah B sebab dah banyak berubah.

B memang ada perempuan lain. Dah lama B ada perempuan lain tapi B baru perasan kehadiran perempuan yang amat B sayangi tu. B amat sayang mereka.

Bulma : Mereka??? Sampai hati B! [Mula bergenang air mata Bulma…]

Goku : B memang ada perempuan lain. Ibu B yang lahirkan B. Sejak dalam perut lagi, dia amat sayang pada B. DIa jaga B dengan sebaiknya. Tapi bila B dah besar, B tak jaga dia pun. B sanggup melawan cakap dia semata-mata nak ikut kawan B & nak jumpa sayang. Ibu selalu pesan macam-macam tapi B xdengar pun. B dengar cakap sayang je. Bila sayang merajuk dengan B, B pujuk beriya-iya tapi bila ibu terasa hati dengan B, B cakap “entah pape la ibu ni”..huuhu kalau dengan adik & kakak B, lagi teruk B layan..huhu

B sayang sayang…B…

Bulma : Tak payah nak tipu! [Bulma terus memotong apa yang ingin dikatakan oleh Goku pada dirinya…]

Goku : B sayang sayang…disebabkan B sayang sayang, B nak lepaskan sayang. B tak nak sayang terus hanyut dengan B. Kita buat lah haluan masing-masing. Kenal diri kita. Kenal Allah. Ingatlah walau apa yang kita buat, Allah tak pernah lupa kita. Sentiasa kita dapat nikmatNya. B nak korbankan semua ni kerana Allah sebelum Allah betul-betul tak hiraukan kita & terus biar kita hanyut…

Bulma : B!! Kenapa sekarang??? [Air mata Bulma mula menitis di pipinya..]

Goku : Kerana Hidayat dari Allah tak datang selalu & hanya datang pada orang yang dipilihNya. B tak nak nanti Allah tarik balik hidayatNya ni…

Bulma : Sayang sayang sangat kat B.. [Bulma mula mengesat air matanya…]

Goku : Allah lebih sayangkan sayang…amat sayang pada kita…

Bulma : B..xkesian kat sayang ke? [Tidak dapat ditahan lagi air mata Bulma…]

Goku : B lebih kesian pada sayang jika sayang diseksa di akhirat nanti kerana B & B xmampu nak tolong sayang waktu itu..B minta maaf teramat sangat..B terpaksa lepaskan sayang kerana Allah…Biarpun sekarang sayang tak redha dengan perpisahan ni, tapi InsyaAllah berkat keredhaan Allah dengan usaha kita yang sakit keranaNya, sayang akan faham juga nanti…terima kasih untuk segalanya..jaga diri sayang sebaiknya untuk Allah…Assalamualaikum awak~

[Goku melangkah pergi…sepenuh kekuatan dipendam dalam diri agar tidak menoleh ke belakang untuk melihat Bulma yang pastinya sedang terseksa dengan perpisahan ini. Air mata lelaki Goku akhirnya jatuh jua kerana kesungguhannya melepaskan sesuatu yang disayangi kerana ingin mendapatkan keredhaan Allah SWT…]

Wallahu’alam~ 

footnote: many thanx to SMSulaiman for this article. and thank you for letting me sharing....


Monday, January 3, 2011

Boleh tak?

Adalah dimaklumkan bahawa, pihak Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis telah mengeluarkan hukum dan telah diperakukan dalam Mesyuarat Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) berkaitan perkara berikut :

i ) Pernikahan Ahli Sunnah Wal Jamaah Dengan Penganut Syiah



the whole letter

close up upper side

close up lower side

got this email this morning and would like to share in my blog..just for information mengenai perkahwinan antara sunnah dan syiah. agama sama tapi fahaman agak berbeza....

untuk pengetahuan Malaysia mengamalkan ahli sunnah wal jamaah yea....=)

footnote: ade ke penganut syiah di malaysia nie???

Saturday, January 1, 2011

merry go round...

ha. ingat tajuk sy nak bercerita pasal ni ka? picture below:



hahahaha...no la. anyway, HAPPY NEW YEAR! again wishing to all of Malaysian especially to whoever reading this entry. =)

3 days of holiday bring the best of holiday could be out of me...yea ka??? hahahahaha, just being a tourist guide for my mum and dad who visiting their daughter here in northern of Malaysia, Perlis. where to go? nowhere...hahahaha

nothing interesting though. just brought them went to Sg Batu Pahat (which i, myself tak pernah pergi pun) and visit Eagle Park Resort....wow, Perlis ade Resort! hahahahah....nice. situated in the middle of its forest with grape fram, golf club, taman herba and ekuin club nearby...http://www.eagleparkresort.com

if u want more relaxation environment, Timah Tasoh Lake Resort provide the peaceful mind with its Lake surrounded the resort itself. the wind breeze and a few people will bring the mind away from the hustle bustle of town, even Kangar have its own hustle bustle live.hahahahahha...by the way, the scenery is superb! (ignore the part where the photography is not very superb hahahaha)


pondok for rest



cafe di tepian...

search what's missing???

this is probably the best part...BBQ time! 

a day before went back to KL, i brought them to Bukit Kayu Hitam since i never went there before. nothing to share just an immigration post and welcome to Malaysia board pictures....meriah lagi padang besar. but the immigration post here is bigger than wang kelian and padang besar. probably according to type of vehicle entered. Bukit Kayu Hitam is the main entrance to Thailand.

Immigration post

proud to be Malaysian! =)

on the way back to Kangar, singgah sebentar di Masjid Al-Bukhary, Alor Setar....huhu, saje jejalan sekali sekala...this masjid situated beside Giant Alor Setar. u can find signboard Giant once u entered  Alor Setar Utara Toll PLUS.

front of Al-Bukhary Masjid

end of journey for 'celebrating new year' kot...hahahaha...tomorrow my mum and dad will continue their journey back home. have a nice and pleasant journey! =) and i will start my new day tomorrow as lecture begin this Monday! uwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.......................i need holiday just by my self. Langkawi??? teeeeeettttt dunno yet...hahahahah

that's all for me in this first day and month of 2011. there are a lot of places u can go here in Perlis....such a nice and interesting yet boring town.hahahahaa, jgn mare org perlis naaaaaa...tapi disini la rezekiku bertambah  dari hari ke hari...

bersyukur dengan apa yg ada...and u will get more. trust Allah will always be with u...insya-Allah...