nuffnang ad

WED

Daisypath Anniversary tickers

Friday, April 29, 2011

rama-rama beterbangan...lalalala...

"Seumpama rama-rama
terbang bebas di udara
tanpa ada halangan
aman damai suka-suka
riang ria tanpa ada
rasa duka sengketa
rama-rama"

ingat lagi lagu diatas? rama-rama from Ella...tetibe teringat lagu ni since i have butterfly in my stomach! ouchhhhh...tapi situasi sekarang tidak melambangkan lirik lagu tu kan?...i really hope i can be like one. melayari hidup ini dengan tenang dan gembira tanpa sebarang musibah dan sekangan yang melampau. moga hidup kalian juga diberkatiNya. amin.


"Ekspresi dirimu menawan hatiku
ingin aku terbang bersamamu

melihat kerenah melihat telatah
manusia yang sering telagah"

rangkap ke-2 lriik lagu Ella...no comment. siapa mu siapa ku...suda pasti ku bermaksud diri sendiri kan? mu?...hanya Allah yang tahu...

notakaki: i just love butterfly...=)


Thursday, April 28, 2011

Uhud

bile kata umrah dan ziarah, ziarah ke-3 adalah bukit uhud setelah Masjid Nabawi dan Masjid Quba'. siapa tahu psl sejarah bukit uhud? angkat tangan....hehehe sekali lagi http://abunuha.wordpress.com/2010/03/23/bukit-uhud/ tahu jawapannya =)

Bukit Uhud adalah saksi penting didalam kejadian perang kedua Islam bertempur kaum musyrikin selepas Perang Badar di Badar. Perang tersebut adalh Perang Uhud sempenan nama bukit uhud. iainya berlaku pada bulan Syawal tahun ke-3 Hijrah.


Setelah kekalahan musyrikin Makkah dalam Perang Badar, mereka merancang untuk membalas dendam dalam pertempuran berikutnya. Mereka menyediakan ketumbukan tentera yang besar. 3000 tentera, 3000 ekor unta, 200 ekor kuda dan 700 perisai pertahanan.
Pada asalnya, pasukan ketenteraan Islam bermula dengan 1000 tentera, 2 ekor unta dan 100 perisai pertahanan. Namun kemudiannya berkurangan kepada 700 orang sahaja apabila 300 orang yang terdiri daripada Yahudi dan munafik yang menjadi musuh dalam selimut menarik diri daripada kumpulan Islam.
Tentera Islam berkhemah di antara dua bukit. Bukit Uhud di belakang mereka, Bukit Rumah di sebelah kiri sementara Kota Madinah di hadapan mereka.
Rasullullah SAW keluar dari Kota Madinah selepas solat Jumaat di Masjid Nabawi.



PERTEMPURAN PERTAMA : KEMENANGAN
Pada hari sabtu, berlakunya pertempuran pertama di sebelah barat Bukit Uhud. Di sini tentera muslimin telah menunjukkan keberanian yang luar biasa sehingga mengalahkan tentera musyrikin yang lebih ramai jumlahnya.
Mereka berjaya mengawal keadaan dan mengejar tentera musyrikin keluar tidak jauh dari situ dan kembali semula ke kawasan perkhemahan mereka.

PERTEMPURAN KEDUA : KESILAPAN & KEKALAHAN
Apabila para pemanah melihat tentera musyrikin kalah dan lari meninggalkan medan, sebahagian tentera pemanah telah turun untuk mengumpul harta yang ditinggalkan musuh. Yang tinggal hanya Abdullah bin Jubair AS bersama 10 tentera yang lain.
Inilah kesilapan besar yang membawa kepada kekalahan mereka.
Dalam pada itu, Khalid bin al-Walid dan Ikrimah bin Abu Jahal yang merupakan pemimpin tentera berkuda Quraisy telah mengambil kesempatan untuk menyerang tentera pemanah Islam dari belakang. Mereka telah berjaya menggempur tentera Islam dengan membunuh kesemua baki pemanah di situ seorang demi seorang.
Mereka juga sempat memanggil semula tentera yang telah berundur dan mengepung tentera Islam dari segenap penjuru. Dalam keadaan genting, tentera musyrikin mengambil peluang menujukan serangan ke atas Rasulullah SAW.
Rasulullah SAW bertempur dengan berani dan memanah sehingga patah busur panahnya. Baginda mengalami kecederaan di kepala dan muka, di samping gigi depannya patah dan bibirnya luka. Darah membasahi wajah dan mengaburi pandangannya menyebabkan baginda terjatuh ke dalam lubang lalu rebah dan luka di lututnya.
Orang Ansar yang cuba melindungi dan membentengi baginda gugur satu demi satu. Seramai 11 orang telah gugur syahid, namun tidak menggoncangkan semangat dan fikiran baginda.
Baginda berteriak memanggil tentera Islam supaya datang kepadanya. Mereka baru  menyedari bahawa Rasulullah SAW masih hidup yang sebelum ini disangkakan sudah terbunuh. Mereka melingkungi baginda seperti tembok yang teguh yang kukuh.
Baginda mengarahkan mereka berundur sehingga sampai ke tenpat yang tinggi iaitu di atas Bukit Uhud. Di sini, tentera Islam bukan sahaja boleh mempertahankan diri daripada serangan musuh bahkan mampu memaksa mereka berundur.
Tentera musyrikin merasa marah dan kecewa kerana tidak dapat mengalahkan tentera Islam, dan mereka mula memotong dan merosakkan mayat para syuhada’ sambil berundur pulang ke Makkah.

Jabal Rumah (Bukit Pemanah).
Sebelum bermulanya pertempuran, Rasulullah SAW mengarahkan supaya 50 orang pemanah mengambil tempat di puncak bukit ini untuk melindungi bahagian belakang tentera Islam. Abdullah bin Jubair  al-Ansori dilantik sebagai ketua.
Rasulullah SAW mengeluarkan arahan : “Jika kamu melihat kami beroleh kemenangan jangan kamu sekali-kali turun kepada kami. Jika kamu melihat kami dibunuh sekalipun, jangan cuba turun untuk menolong kami. Jangan tinggalkan tempat kamu itu sekalipun kamu melihat tentera Islam dipatuk oleh burung-burung”.
Baginda juga mengarahkan mereka supaya memanah ke arah pasukan tentera berkuda musyrikin bagi menyekat kemaraan mereka.



perkuburan as-syuhadah

moral of the story is to obey ur leader and also, do not hope u r win when there are no sign of surrender from ur enemy! money can make we blind...so beware! Allah mmg menjadikan manusia itu lemah pada harta, duit, emas oleh itu berhati2 la ketika hidup di dunia ini....waaaahhhhhh, nasihat utk diri sendiri jugak =)


notakaki: next will be interesting, out of schedule, one of the miracle that Allah gave us...



Quba'

before continue my story pada hari ke-3, rase lebih elok jika sy masukkan sedikit pengetahuan sejarah Islam. samada yang da tau atau belum, ianya hanya untuk simpanan dan pengetahuan generasi akan datang samada drai pihak penulis sendiri atau orang lain...


Masjid Quba', Madinah




Sejarah
Pada hari isnin, 8 Rabiul Awwal bersamaan 23 Sept. 622M Rasulullah SAW tiba di perkampungan Quba’ dalam perjalanan hijrah dari Makkah. Baginda tinggal di kampung ini selama 4 hari bersama Bani Amru bin Auf di umah Kalthum bin al-Hadm.
Pada hari pertama itulah Rasulullah SAW terus membina Masjid Quba’, iaitu masjid yang pertama dibina dalam sejarah umat iniRasulullah SAW sendiri turut serta dalam pembinaan ini dengan mengangkut batu-bata dan pasir-pasir bersama para sahabatnya.
Setelah siap, Rasulullah SAW mengimami sendiri solat berjamaah secara terbuka bersama para sahabat di Masjid Quba’, berkiblatkan Masjid al-Aqsa pada waktu itu.
Kelebihan
Masjid ini adalah masjid pertama yang dibina dalam sejarah setelah baginda diangkat menjadi Rasulullah, dibina berasaskan taqwa dan iman. Allah SWT telah mengakuinya sebagaimana firmanNya :
“…sesungguhnya Masjid (Quba’ yang engkau bina wahai Muhammad), yang telah didirikan di atas dasar taqwa dari mula (wujudnya), sudah sepatutnya engkau sembahyang padanya. Di dalam masjid itu ada orang-orang lelaki yang suka (mengambil berat) membersihkan (mensucikan) dirinya; dan Allah Mengasihi orang-orang yang membersihkan diri mereka (zahir dan batin)”. (at-Taubah : 108)
Imam Bukhari meriwayatkan daripada Ibnu Umar bahawa Rasulullah SAW selalu datang ke Masjid Quba’ ini pada setiap hari sabtu sama ada menaiki unta atau berjalan kaki. Kadang-kadang Rasulullah SAW datang pada hari isnin dan khamis.
Tentang masjid ini, Rasulullah SAW ada bersabda :
“Sesiapa yang berwudhu’ di rumahnya kemudian pergi ke Masjid Quba’ untuk solat, akan diberi ganjaran pahala seperti pahla menunaikan umrah” (HR Ibnu Majah).
Selepas wafatnya Rasulullah SAW, para sahabat sentiasa menziarahi Masjid Quba’ dan bersolat di sana. Zaid bin Aslam berkata : “Segala puji bagi Allah yang telah mendekatkan kita dengan Masjid Quba’. Sekiranya ia berada jauh di hujung dunia, nescaya kami akan bermusafir kepadanya”.

sedikit mengenai sejarah masjid quba dan kelebihannya.

 bird's view

cantek kan? =)
oh ya, gambar2 diatas not from me yea...sumber dtg dr mr. google...


notakaki: kagum dengan bandar suci umat Islam ini....bersih je =) ziarah pertama selepas Masjid Nabawi adalah Masjid Quba'


Sunday, April 17, 2011

Hari ke 2.5...

hahahha, kenape 2.5? sebab last entry actually tak abs lagi =)

so, this entry will be writing about shopping and eating! hehehehe...maklum la 4 hari je kat madinah, hari pertama sampai (itupun dah nak masuk hari ke-2), hari ke dua pulak full day, hari ke-3 ziarah, hari ke-4 bertolak ke madinah...

hmmm...terdapat misscommunacation antara kami dengan mutawif...maklum la group kami 6 org je (1 van), no mobile masing2 pun tak bertukar2. jenuh la mencari masing2...hahahaha...tapi nasib baik on the 2nd day tu, full day ours...kononnye berehat la kan =) rehat la sgt...

so, after solat subuh, anbout 10am, seperti biasa aku ngan ina mane boleh dok diam...berjalan la kejap area masjid bersama kedua org tua (my mum and dad). sempat la tawaf satu masjid....perghhhh besar giler! so, my mum tunjuk where is raudhah, kubah hijau and also perkuburan baqi'...tourist guide bindan terjun...hahahha...ye la depa da p kan sebelum ni...cume untuk masuk ke raudhah rasenye belum mase lagi sebab org terlalu ramai dan pintu masuk bagi perempuan dan lelaki asing2...

sempat jugak kami menjenguk shopping complex berhadapan dengan masjid nabawi...berjalan sakan sehinggalah tiba waktu zohor. 

nak rase makanan arab?...singgah di abu zarr restaurant...hahahha...ayah mengajak kami untuk menikmati makanan arab. biasa la, die da pegi dulu la tuh...tu yang boleh bwk kami =) dinner pulak selepas selesai solat isya'...

makanan die?.......perghhhhhhhh, tak sedap! =) so, next time pergi, jangan lupe bawak sos cili dan kicap sendiri yea....hehehehehe...harga die pulak MasyaAllah! sepinggan nasi ala2 beriani RS25 (approx RM23)! kabbab sj SR15 dan air softdrink SR10 kot....mmg giler la depa nih! da la tak sedap, mahal pulak tuh!...ha ha ha...kutuk lagi! wakakakka...nak buat cmne, inilah makan org disana, tekak sana..kite nih, sekadar merasa je boleh la. nak makan hari2....sanggup makan roti cicah sambal tumis kot =))

 ala2 nasi beriani.....

kabbab

balik dari makan pulak kami singgah la menjenguk souvenir ape yg patut untuk warga di Malaysia...yang banyak dijual adalah tasbih...so, kepada kawan2 yang dpt tasbih tu, use it well! aku pulak dok kehulu kehilir mencari souvenir untuk si dia. ape nak bagi nih?....of course special then any other friends yg terima souvenir =))...brg special untuk org yg special tul tak? akhirnye dpt jugak, puas nego ngan tuan kedai ngeh3x....satu kepentingan org Malaysia di madinah adalah kite akan diberi harga special berbanding org negara lain...pasai ap? don't ask me....anggap je anugerah Tuhan =) sgt puas malam tu! dapat jugak ap yang dicari dan beli ap yang diidamkan...

hampir jam 11pm baru pulang ke bilik hotel untuk tido sebab jam 4am dah kene bangun untuk solat subuh...

to be continued...

Sunday, April 10, 2011

Hari Ke-2

23 Mac 2011

Disebabkan sampai di hotel Mawaddah hampir subuh (subuh di sana pada jam 0515) jadinya, check in hotel dan terus sahaja bersiap-siap untuk bersolat jemaah di masjid nabawi...depan hotel je kot...takkan miss this peluang. bergerak ke masjid pada jam lebih kurang 0415, iaitu sejam awal...sebabnye, nak cop tempat! hahahha...maklumla orang ramai walaupun ianya antara masjid paling besar di dunia jangan mimpi la dapat la solat didalam masjid jika lambat...klu tak, bersolat saja di perkarangan masjid....(dibawah bumbung yg boleh on off tu).

Ingatkan dpt la solat di dalam...hahahha...jauh panggang dari api! solat di tepi pintu masuk pun jadik la =)...sejadah jgn lupe beserta stoking! di sini, apa yg dipakai itulah yang dibuat sembahyang. Sebab itu salah satu sebab kenapa org2 arab berpakaian jubah ataupun abaya. Ambil wudhuk, terus solat tanpa tukar kepada pakaian solat. masuk kandang harimau mengaum, masuk kandang kambing mengembek! mcm tu la aku di sana...heheheh....(insaf la wahai kerul...wakakaka...serius aku ikhlas, senang nak solat!) walaupun pakai seluar, tetap pakai stoking dan baju tu ingat2 sikit la yea, bawah punggung (fadhilatnye, untuk rukuk dan sujud....bayangkan klu pakai t-shirt pendek then bile sujud! terus batal solat! hahahaha) nak lagi senang, pakaila jubah diluar (perkara biasa disini, luar jubah/abaya dalam pakai jeans). satu lagi, sarung tangan pun tak pernah tinggal...fadhilatnye, untuk mengangkat takbir mengelakkan diri dari batal solat juga. (dalam hati, harap2 boleh la mengamalkan perkara nie bile sampai Malaysia....amin)

Ketenangan yang dicari, ketengangan yang dapat! laungan azan sama seperti di Malaysia, tak jauh banyak berbeza....sejuk yang serba sejuk pagi itu, ditambah pula bersolat bersejadahkan tile marmar putih masjid nabawi dan berbumbungkan langit (bumbung on off tu hanya buka pada waktu bermula matahari naik hingga terbenam sahaja)...sejuk tak terkata, menggigil...

bumbung ni la dikala buka

ketika hendak tutup...waktu selepas asar

ramainye manusia...umat Nabi Muhammad SAW yang hadir pada pagi itu untuk sama-sama bersolat jemaah. mcm2 ragam manusia aku jumpe hanya pada pagi itu sahaja, mcm mane la 11 hari akan datang?  habis solat, kami bertiga, ayah terpakse dipisahkan kerana lelaki...hehehehe...mengambil peluang untuk bersolat tahiyatul masjid di dalam masjid. kaki melangkah masuk memberi salam bermula dengan langkah kaki kanan. Masya-Allah....itu shj yang terungkap! sungguh aku tak menyangka akan dapat menjejak kaki ke dalam masjidmu ya Nabi Allah,Rasulullah SAW. AIR ZAM-ZAM! ingat ade di mekah shj, rupenye ade juga di sini. Alhamdulillah...sebelum solat aku menikmati dulu mukjizat Nabi Ismail yang masih lagi tak henti-henti mengalir sehingga ke hari ini.

Sejarah Masjid Nabawi ni memang sudah diketahui umat kebanyakan umat Islam secara amnya...masjid yang dibina oleh Rasulullah dan kaum madinah ketika baginda mula menetap di madinah. untuk lebih detail: Masjid-e-Nabawi or beautifulmosques (beserta gambar)

Menghabiskan masa sedikit di dalam masjid...0700 keluar untuk menikmati sarapan pagi di hotel. Ingatkan dapatla makan makanan arab...mcm mane la sarapan pagi di negera timur tengah ni...ngupe2nye, masih lagi kami dapat menikmati makanan Malaysia versi arab...Indonesian yang masak. boleh la...

So, that day, nothing much to do cause all the we all very tired of a long term of journey. yang pelik tu, aku tak mengantuk pun! so took that time untuk mengemas ape yang patut, segala passport, duit-duit, hp, camera...membersihkan diri dan rehat shj di dalam hotel sementara menunggu azan zohor pada 1230 tengah hari.

Baru cite tengah hari...actually takde ape sgt nak diceritakan melainkan keindahan masjid nabawi....sempat la tawaf keliling masjid before mengambil tempat didalam masjid untuk solat zuhur. penat beb! besar giler!...hari tu jugak sempat la aku nampak kubah hijau (dimana terletaknya makam Nabi Muhammad SAW di bawahnye) dan juga perkarangan perkuburan Baqi' (tampat perkuburan keluarga dan sahabat-sahabat Nabi...perempuan tidak dibenarkan masuk ke tanah perkuburan yea).

kubah hijau...dibawah kubah putih tu terletaknye makam sahabat nabi, saidina abu bakar

setelah zuhur, asar pada jam 1530...maghrib pada jam 1830 dan isya' pada jam 1730...

to be continued...

notakaki: tiada....hahahah

Saturday, April 9, 2011

Why?

kenapakah website chedet (mantan PM kite) tak boleh bukak?

this site contain malware. this site id www.chedet.co.cc


the other site www.chedet.com also not his site. how come?...

notakaki: beli je buku beliau yang baru je dipasarkan RM100...=)




Friday, April 8, 2011

Hari Pertama

22 Mac 2011

Penerbangan jam 1500 ditangguhkan ke jam 1600. Barang semua sudah siap dan sedia untuk bertolak dari rumah jam 1030. Awal giler! biasa la, nama pun naik kapal terbang dan bergerak dalam kumpulan. Jadinya, mahu atau tidak terpakse mengikut jadual yang ditetapkan iaitu daftar masuk (check in) awal, seawal jam 1400 walaupun hati berkobar2 tak mahu daftar masuk terlalu awal....lambatnye, mane ni? hmmmm, dlm hati ade rezeki ade la jumpunye tu klu takde, alamat balik nnt la 2 minggu lagi.......wahhhhhh lama lagi!

Ape-ape pun jumpe atau tidak itu dengan ketentuanNya. Kita hanya merancang Tuhan yang menentukan. jam 1400 tepat aku dan keluarga mula melangkah kaki menuju ke post imigresen untuk menunggu di balai pelepasan. Gate G4 terminal KLIA lengang petang itu. takde orgkah yang mahu ke sane? atau kami yang terlalu awal? awal kotttt....

Telefon berdering memaparkan nama kesayangan. Hati tersenyum riang menyambut panggilan. Suara aje la gamaknye kerana kami sudah pun melepasi pintu imigresen. Sedih juga kerana si dia berada di pintu masuk KLIA. alaaaaaa....tu je termampu. Panggilan dimatikan. Telefon berdering sekali lagi dengan arahan 'video call'...ade saje la. Terjerit-jerit aku menjawab panggilan. Orang keliling da pandang pelik...hahaha...akhirnye dpt juga berjumpe disebalik dinding kaca. masih bercakap melalui telefon. lawak pun ade...

ok ok...cukup sampai situ je...jam 1500 mula untuk memasuki pesawat MHXXXX (lupe number flight). pesawat penerbangan terus KUL-JED yang akan memakan masa lebih kurang 8-9 jam. Sampai dalm pesawat, masih lagi tidak begerak. Rupanya, pesawat ditangguhkan lagi selama 1 jam dan akhirnya penerbangan bermula pada jam 1700. Dapat la aku kacang dan oren free sementara menunggu berlepas. Kata kapten (juruterbang), penerbangan melalui Yemen telah ditolak dan sedang menunggu kelulusan untuk melalui ruang udara oman.

Masa di Jeddah adalah 5jam terkebelakang dari Malaysia. Jadinya sampai di Jeddah lebih kurang jam 2100 22 April 2011 masa di Malaysia adalah jam 0200 23 April 2011. Sampai di Jeddah kenalah pulak berangkat menaiki van menuju ke Madinah Al-Munawwarah yang akan mengambil masa lebih kurang 3 jam perjalanan sejauh lebih kurang 345km. Memang sah aku tidur lena dalam van instead dalam pesawat tadi. Sedar-sedar aku dikejutkan mama yang dikejutkan oleh mutawif iaitu Ustaz Fareq. Selawat dan salam keatas junjungan Nabi Muhammad SAW.

Sampai di hotel yang terletak berhadapan Masjid Nabawi hampir jam 0300 23 April 2011 bersamaan 0800 23 April 2011 waktu Malaysia...to be continued

notakaki: baru-baru ni buat satu application di fb mengenai nama dan sifat diri. comey...