nuffnang ad

WED

Daisypath Anniversary tickers

Friday, April 8, 2011

Hari Pertama

22 Mac 2011

Penerbangan jam 1500 ditangguhkan ke jam 1600. Barang semua sudah siap dan sedia untuk bertolak dari rumah jam 1030. Awal giler! biasa la, nama pun naik kapal terbang dan bergerak dalam kumpulan. Jadinya, mahu atau tidak terpakse mengikut jadual yang ditetapkan iaitu daftar masuk (check in) awal, seawal jam 1400 walaupun hati berkobar2 tak mahu daftar masuk terlalu awal....lambatnye, mane ni? hmmmm, dlm hati ade rezeki ade la jumpunye tu klu takde, alamat balik nnt la 2 minggu lagi.......wahhhhhh lama lagi!

Ape-ape pun jumpe atau tidak itu dengan ketentuanNya. Kita hanya merancang Tuhan yang menentukan. jam 1400 tepat aku dan keluarga mula melangkah kaki menuju ke post imigresen untuk menunggu di balai pelepasan. Gate G4 terminal KLIA lengang petang itu. takde orgkah yang mahu ke sane? atau kami yang terlalu awal? awal kotttt....

Telefon berdering memaparkan nama kesayangan. Hati tersenyum riang menyambut panggilan. Suara aje la gamaknye kerana kami sudah pun melepasi pintu imigresen. Sedih juga kerana si dia berada di pintu masuk KLIA. alaaaaaa....tu je termampu. Panggilan dimatikan. Telefon berdering sekali lagi dengan arahan 'video call'...ade saje la. Terjerit-jerit aku menjawab panggilan. Orang keliling da pandang pelik...hahaha...akhirnye dpt juga berjumpe disebalik dinding kaca. masih bercakap melalui telefon. lawak pun ade...

ok ok...cukup sampai situ je...jam 1500 mula untuk memasuki pesawat MHXXXX (lupe number flight). pesawat penerbangan terus KUL-JED yang akan memakan masa lebih kurang 8-9 jam. Sampai dalm pesawat, masih lagi tidak begerak. Rupanya, pesawat ditangguhkan lagi selama 1 jam dan akhirnya penerbangan bermula pada jam 1700. Dapat la aku kacang dan oren free sementara menunggu berlepas. Kata kapten (juruterbang), penerbangan melalui Yemen telah ditolak dan sedang menunggu kelulusan untuk melalui ruang udara oman.

Masa di Jeddah adalah 5jam terkebelakang dari Malaysia. Jadinya sampai di Jeddah lebih kurang jam 2100 22 April 2011 masa di Malaysia adalah jam 0200 23 April 2011. Sampai di Jeddah kenalah pulak berangkat menaiki van menuju ke Madinah Al-Munawwarah yang akan mengambil masa lebih kurang 3 jam perjalanan sejauh lebih kurang 345km. Memang sah aku tidur lena dalam van instead dalam pesawat tadi. Sedar-sedar aku dikejutkan mama yang dikejutkan oleh mutawif iaitu Ustaz Fareq. Selawat dan salam keatas junjungan Nabi Muhammad SAW.

Sampai di hotel yang terletak berhadapan Masjid Nabawi hampir jam 0300 23 April 2011 bersamaan 0800 23 April 2011 waktu Malaysia...to be continued

notakaki: baru-baru ni buat satu application di fb mengenai nama dan sifat diri. comey...




No comments:

Post a Comment