Disebabkan sampai di hotel Mawaddah hampir subuh (subuh di sana pada jam 0515) jadinya, check in hotel dan terus sahaja bersiap-siap untuk bersolat jemaah di masjid nabawi...depan hotel je kot...takkan miss this peluang. bergerak ke masjid pada jam lebih kurang 0415, iaitu sejam awal...sebabnye, nak cop tempat! hahahha...maklumla orang ramai walaupun ianya antara masjid paling besar di dunia jangan mimpi la dapat la solat didalam masjid jika lambat...klu tak, bersolat saja di perkarangan masjid....(dibawah bumbung yg boleh on off tu).
Ingatkan dpt la solat di dalam...hahahha...jauh panggang dari api! solat di tepi pintu masuk pun jadik la =)...sejadah jgn lupe beserta stoking! di sini, apa yg dipakai itulah yang dibuat sembahyang. Sebab itu salah satu sebab kenapa org2 arab berpakaian jubah ataupun abaya. Ambil wudhuk, terus solat tanpa tukar kepada pakaian solat. masuk kandang harimau mengaum, masuk kandang kambing mengembek! mcm tu la aku di sana...heheheh....(insaf la wahai kerul...wakakaka...serius aku ikhlas, senang nak solat!) walaupun pakai seluar, tetap pakai stoking dan baju tu ingat2 sikit la yea, bawah punggung (fadhilatnye, untuk rukuk dan sujud....bayangkan klu pakai t-shirt pendek then bile sujud! terus batal solat! hahahaha) nak lagi senang, pakaila jubah diluar (perkara biasa disini, luar jubah/abaya dalam pakai jeans). satu lagi, sarung tangan pun tak pernah tinggal...fadhilatnye, untuk mengangkat takbir mengelakkan diri dari batal solat juga. (dalam hati, harap2 boleh la mengamalkan perkara nie bile sampai Malaysia....amin)
Ketenangan yang dicari, ketengangan yang dapat! laungan azan sama seperti di Malaysia, tak jauh banyak berbeza....sejuk yang serba sejuk pagi itu, ditambah pula bersolat bersejadahkan tile marmar putih masjid nabawi dan berbumbungkan langit (bumbung on off tu hanya buka pada waktu bermula matahari naik hingga terbenam sahaja)...sejuk tak terkata, menggigil...
bumbung ni la dikala buka
ketika hendak tutup...waktu selepas asar
ramainye manusia...umat Nabi Muhammad SAW yang hadir pada pagi itu untuk sama-sama bersolat jemaah. mcm2 ragam manusia aku jumpe hanya pada pagi itu sahaja, mcm mane la 11 hari akan datang? habis solat, kami bertiga, ayah terpakse dipisahkan kerana lelaki...hehehehe...mengambil peluang untuk bersolat tahiyatul masjid di dalam masjid. kaki melangkah masuk memberi salam bermula dengan langkah kaki kanan. Masya-Allah....itu shj yang terungkap! sungguh aku tak menyangka akan dapat menjejak kaki ke dalam masjidmu ya Nabi Allah,Rasulullah SAW. AIR ZAM-ZAM! ingat ade di mekah shj, rupenye ade juga di sini. Alhamdulillah...sebelum solat aku menikmati dulu mukjizat Nabi Ismail yang masih lagi tak henti-henti mengalir sehingga ke hari ini.
Sejarah Masjid Nabawi ni memang sudah diketahui umat kebanyakan umat Islam secara amnya...masjid yang dibina oleh Rasulullah dan kaum madinah ketika baginda mula menetap di madinah. untuk lebih detail: Masjid-e-Nabawi or beautifulmosques (beserta gambar)
Menghabiskan masa sedikit di dalam masjid...0700 keluar untuk menikmati sarapan pagi di hotel. Ingatkan dapatla makan makanan arab...mcm mane la sarapan pagi di negera timur tengah ni...ngupe2nye, masih lagi kami dapat menikmati makanan Malaysia versi arab...Indonesian yang masak. boleh la...
So, that day, nothing much to do cause all the we all very tired of a long term of journey. yang pelik tu, aku tak mengantuk pun! so took that time untuk mengemas ape yang patut, segala passport, duit-duit, hp, camera...membersihkan diri dan rehat shj di dalam hotel sementara menunggu azan zohor pada 1230 tengah hari.
Baru cite tengah hari...actually takde ape sgt nak diceritakan melainkan keindahan masjid nabawi....sempat la tawaf keliling masjid before mengambil tempat didalam masjid untuk solat zuhur. penat beb! besar giler!...hari tu jugak sempat la aku nampak kubah hijau (dimana terletaknya makam Nabi Muhammad SAW di bawahnye) dan juga perkarangan perkuburan Baqi' (tampat perkuburan keluarga dan sahabat-sahabat Nabi...perempuan tidak dibenarkan masuk ke tanah perkuburan yea).
kubah hijau...dibawah kubah putih tu terletaknye makam sahabat nabi, saidina abu bakar
setelah zuhur, asar pada jam 1530...maghrib pada jam 1830 dan isya' pada jam 1730...
to be continued...
notakaki: tiada....hahahah
salam...
ReplyDeletecuba tegok betul2 ade ape kat atas kubah hijau tu cuba tegok betul-betul...