nuffnang ad

WED

Daisypath Anniversary tickers
Showing posts with label Umrah dan Ziarah. Show all posts
Showing posts with label Umrah dan Ziarah. Show all posts

Tuesday, July 17, 2012

Hari Bertolak ke Mekah

Masuk Hari ke empat ziarah kalau tak silap that day was Friday...kami dijangka bertolak menuju ke Mekah Al-Munawwarah pada sebelah petang selepas solat Asar berjemaah di Masjid Nabawi.

Al kisahnya...

kami bertiga (mama, saya dan ina) agak kelaparan menjelang tengah hari. Makan tengah hari pula hanya disediakan selepas solat Jumaat. Jadinya sebelum solat bermula, merayau-rayau la di shopping komplex untuk mencari makanan....selepas tiba dari melawat sekitar bandar Madinah.

Ayah telah pun ke masjid bersama 2 lagi groupmate kami (uncle Azman & abg Nizam). Dukacitanya, hampir semua kedai telah pun TUTUP buat sementara waktu untuk memberi laluan kepada solat Jumaat!...huhu, disebabkan lapar, kami cari jugak dan akhirnya terjumpe satu je lagi kiosk makanan yang dibuka tapi itupun da nak tutup....ap lagi cepat2 la kami membeli. sebiji burger daging + roti + air untuk kami bertiga....Alhamdulillah dpt jugak makanan, dan kami terus ke menuju ke hotel untuk berisitirehat dan solat Zohor.

mesti ad yg tanya kenapa tak solat Jumaat sekali? perempuan kan boleh bukannya wajib....hmmmm, nak senang cerita, penduduk bandar Madinah hampir kesemuanya akan menuju ke masjid nabawi untuk solat Jumaat. Biarla yg wajib diutamakan dan yang harus ni lebih baik kita solat zohor shj di rumah/bilik masing-masing. bayangkan, penduduk bumi yang mengerjakan ziarah + penduduk madinah sendiri....tak ke ramai tu? tak perlu bersesak-sesak untuk mengerjakan yg harus....kerana perempuan dilonggarkan daripada melakukan solat jumaat. kisahnya sama seperti mengucup hajarul-aswad semasa tawaf...nnt akan diceritakan.

ok, Truly speaking, sampai shj di hotel, tak tunggu da, terus makan dulu sebelum azan untuk solat zohor....tapi tak abis pun hahhahaha....cian mama jugak yg kene abskan. tapi mmg tak sedap la! yelah selera org sini tak sama ngan selera kita....ad cerita tak psl nasi arab depa? kat sini kat sini....gambar yg sangat menyelerakan MasyaAllah, tapi bile makan....huhu tak leh nak telan. sedap lagi nasi arab kat Malaysia kot heheheh....

selesai shj solat, sementara menunggu ayah pulang, sempat la kami tidur memandangkan tak ad ap nak dibuat...saya mengambil peluang menghantar msg kepada yg tersayang juga sambung membaca Al-Quran. masih ad beberapa jam sebelum bertolak ke Mekah selepas makan tengah hari...saya dan kakak berniat untuk berjalan2 disekitar shoping komplex berdepan dengan Masjid Nabawi. Tak banyak barang yang dibeli sebab telah pun dibeli sewaktu malam makan nasi arab....time tu lagi meriah org membeli belah...yelah malam minggu kan.

balik dari shopping sebentar, kami bergerak menuju ke Mekah dengan menaiki van....barang2 sume telah siap dikemas (sewaktu ayah ke solat jumaat)...lebih kurang jam 1700 sebaik shj selepas solat Asar.  Kene bertolak sebelum Maghrib sebab, niat untuk Jamak takdim sewaktu perjalanan. Perjalanan akan mengambil masa selama 3 jam dan kami diberitahu akan berhenti di Bir Ali @ Zuhulaifah untuk bermiqat (iaitu berniat umrah) dengan mengenakan pakaian umrah.

next entry saya akan menerangkan mengenai miqat pula....sehingga sampai ke Mekah untuk mengerjakan umrah sy pertama.

notakaki: teringin untuk ke sana sekali lagi...tapi keadaan tidak mengizinkan...


Thursday, June 2, 2011

Hari ke-3

ok, before this suda mention about masjib quba', bukit uhud dan bukit magnet...all these history places are happened on our 3rd day of ziarah.

selepas ke bukit magnet, kami terus ke bandar madinah menuju ke hotel. disebabkan tiada dlm tentatif ziarah oleh itu, kami hanya dibawa melalui masjid qiblatain dan masjid 7. 2 lagi masjid didalam sejarah Islam.

Masjid Qiblatain



peristiwa bersejarah dalam kitab Islam adalah perpindahan arah qiblat yang dialami oleh Rasulullah SAW dan para sahabat ketika sedang berjemaah solat zohor di Masjid Tersebut. itulah satu alasan dimana masjid tersebut dinamakan Qiblatain ataupun dua qiblat. 

Syahdan ketika Rasulullah SAW sedang melakukan salat dzuhur (riwayat lain menyebutkan salat ashar) berjamaah di Masjid Qiblatain, mendadak turun wahyu (Q.S. Al-Bagarah:114) yang memerintahkan mengubah arah kiblat dari Masjidil Aqsa di Palestina (utara) ke Ka’bah di Masjidil Haram di Mekkah (selatan).

“Sungguh Kami melihat mukamu, menengadah ke langit, maka sungguh Kami akan memalingkan kamu ke kiblat yang kamu sukai. Palingkanlah mukamu ke arah Masjidil Haram. Dan dimana saja kamu berada, palingkanlah mukamu ke arahnya. Dan sesungguhnya orang-orang yang diberi Al Kitab memang mengetahui, bahwu berpaling ke Masjidil Haram itu adalah benar dari Tuhannya dan Allah sekali-kali tidak lengah dari apa yang mereka kerjakan”

moral of the story: kita perlu memberitahu arah kiblat yang sebenarnya meskipun kepada orang yang sedang mengerjakan solat. dan org tersebut wajib mengubahnya kearah posisi kiblat yang betul tanpa perlu membatalkan solat.

Masjid Tujuh

hmmmm...this masjid tak byk sejarah yg sy boleh search di internet. yang pasti dan ingat sehingga ke hari blog ini didupdate adalah mengenai penempatan 7 buah masjid didalam satu kawasan dan ada kaitan dengan perang khandak. ingat lagi??...perang dimana zaman Rasulullah membina parit dikeliling satu kawasan (lupe plak dimana) bagi mengelakkan musuh dr memasuki. juga sejarah masjid ini ada kaitannya dengan sejarah salman al-farisi....siapa? hmmmmm cek sendiri tak kenal dengan tokoh ini tetapi, nama tersgt la familiar...

abs menziarah pada hari ke-3, balik ke hotel danbersiap untuk solat zohor di masjid nabawi. zohor disini pada jam 12:30 tgh hari yea....plus minus la. asar pada jam 3:30, magrib pada jam 5:30 dan isya' pada jam 7:30 malam...still plus minus la...

after isya' baru la berpeluang untuk menikmati susana malam di keliling masjid nabawi. kebetulan hari itu adalah hari minggu di arab. sama dengan hari minggu di kelantan dan terengganu dan kedah....iaitu jumaat dan sabtu. jadinye, mengikut asat kebiasaan orang disini, anak2 akan dibawa ke masjid nabawi bukan sahaja untuk solat berjemaah tetapi juga sebagai taman permainan mereka disini....tersgt la meriah dengan suara gelak tawa anak2 arab ni. salah satu cara juga untuk memeriahkan lagi masjid....of course la mereka bermain di luar kawasan masjid (more to di luar kawasan solat). masjid nabawi ni besar okkkkkk....

sekian untuk hari ke-3....ade lagi 11 hari lagi untuk bercerita. harap2 ingatan tu masih lagi melekat kat kepala otak ni...khususnya melakat di hati agar ingat untuk selama2nya....amin

notakaki: sgt tenang disana...tak perlu fikir mengenai kerja, kerja dan kerja...hanya solat, al-quran, ziarah, umrah, kakak dan org tersayang...cume sometimes, teringat rakan2 di Malaysia (terutama ketika berjalan dikedai2 berhampiran hahahha)


Monday, May 9, 2011

Jabal Maghnatis

Salah satu keajaiban kota madinah: Jabal Maghnatis aka Bukit Magnet

Jabal Maghnatis (bukit magnet) ini ialah satu tempat di mana kereta akan ditarik semula ke Madinah. Apabila sampai ke kawasan ini, kereta akan bergerak sendiri untuk balik ke Madinah. Kekuatan tarikan ini hingga, kelajuan bas atau kereta akan bergerak hingga melebihi 120 km/ jam!


Salah satu keajaiban yang Allah turunkan utk hambaNya berfikir dan menilai mengenai keEsaanNya.


Jabal Maghnatis

me and my mum =) sgt terik okeyyyy

berlatar belakangkan bukit magnet...tapi truly speaking, yang mane satu pun i dunno...hahahaha

notakaki: teringin nak daki bukit dimana gua hiraq ad....huuuu~



Thursday, April 28, 2011

Uhud

bile kata umrah dan ziarah, ziarah ke-3 adalah bukit uhud setelah Masjid Nabawi dan Masjid Quba'. siapa tahu psl sejarah bukit uhud? angkat tangan....hehehe sekali lagi http://abunuha.wordpress.com/2010/03/23/bukit-uhud/ tahu jawapannya =)

Bukit Uhud adalah saksi penting didalam kejadian perang kedua Islam bertempur kaum musyrikin selepas Perang Badar di Badar. Perang tersebut adalh Perang Uhud sempenan nama bukit uhud. iainya berlaku pada bulan Syawal tahun ke-3 Hijrah.


Setelah kekalahan musyrikin Makkah dalam Perang Badar, mereka merancang untuk membalas dendam dalam pertempuran berikutnya. Mereka menyediakan ketumbukan tentera yang besar. 3000 tentera, 3000 ekor unta, 200 ekor kuda dan 700 perisai pertahanan.
Pada asalnya, pasukan ketenteraan Islam bermula dengan 1000 tentera, 2 ekor unta dan 100 perisai pertahanan. Namun kemudiannya berkurangan kepada 700 orang sahaja apabila 300 orang yang terdiri daripada Yahudi dan munafik yang menjadi musuh dalam selimut menarik diri daripada kumpulan Islam.
Tentera Islam berkhemah di antara dua bukit. Bukit Uhud di belakang mereka, Bukit Rumah di sebelah kiri sementara Kota Madinah di hadapan mereka.
Rasullullah SAW keluar dari Kota Madinah selepas solat Jumaat di Masjid Nabawi.



PERTEMPURAN PERTAMA : KEMENANGAN
Pada hari sabtu, berlakunya pertempuran pertama di sebelah barat Bukit Uhud. Di sini tentera muslimin telah menunjukkan keberanian yang luar biasa sehingga mengalahkan tentera musyrikin yang lebih ramai jumlahnya.
Mereka berjaya mengawal keadaan dan mengejar tentera musyrikin keluar tidak jauh dari situ dan kembali semula ke kawasan perkhemahan mereka.

PERTEMPURAN KEDUA : KESILAPAN & KEKALAHAN
Apabila para pemanah melihat tentera musyrikin kalah dan lari meninggalkan medan, sebahagian tentera pemanah telah turun untuk mengumpul harta yang ditinggalkan musuh. Yang tinggal hanya Abdullah bin Jubair AS bersama 10 tentera yang lain.
Inilah kesilapan besar yang membawa kepada kekalahan mereka.
Dalam pada itu, Khalid bin al-Walid dan Ikrimah bin Abu Jahal yang merupakan pemimpin tentera berkuda Quraisy telah mengambil kesempatan untuk menyerang tentera pemanah Islam dari belakang. Mereka telah berjaya menggempur tentera Islam dengan membunuh kesemua baki pemanah di situ seorang demi seorang.
Mereka juga sempat memanggil semula tentera yang telah berundur dan mengepung tentera Islam dari segenap penjuru. Dalam keadaan genting, tentera musyrikin mengambil peluang menujukan serangan ke atas Rasulullah SAW.
Rasulullah SAW bertempur dengan berani dan memanah sehingga patah busur panahnya. Baginda mengalami kecederaan di kepala dan muka, di samping gigi depannya patah dan bibirnya luka. Darah membasahi wajah dan mengaburi pandangannya menyebabkan baginda terjatuh ke dalam lubang lalu rebah dan luka di lututnya.
Orang Ansar yang cuba melindungi dan membentengi baginda gugur satu demi satu. Seramai 11 orang telah gugur syahid, namun tidak menggoncangkan semangat dan fikiran baginda.
Baginda berteriak memanggil tentera Islam supaya datang kepadanya. Mereka baru  menyedari bahawa Rasulullah SAW masih hidup yang sebelum ini disangkakan sudah terbunuh. Mereka melingkungi baginda seperti tembok yang teguh yang kukuh.
Baginda mengarahkan mereka berundur sehingga sampai ke tenpat yang tinggi iaitu di atas Bukit Uhud. Di sini, tentera Islam bukan sahaja boleh mempertahankan diri daripada serangan musuh bahkan mampu memaksa mereka berundur.
Tentera musyrikin merasa marah dan kecewa kerana tidak dapat mengalahkan tentera Islam, dan mereka mula memotong dan merosakkan mayat para syuhada’ sambil berundur pulang ke Makkah.

Jabal Rumah (Bukit Pemanah).
Sebelum bermulanya pertempuran, Rasulullah SAW mengarahkan supaya 50 orang pemanah mengambil tempat di puncak bukit ini untuk melindungi bahagian belakang tentera Islam. Abdullah bin Jubair  al-Ansori dilantik sebagai ketua.
Rasulullah SAW mengeluarkan arahan : “Jika kamu melihat kami beroleh kemenangan jangan kamu sekali-kali turun kepada kami. Jika kamu melihat kami dibunuh sekalipun, jangan cuba turun untuk menolong kami. Jangan tinggalkan tempat kamu itu sekalipun kamu melihat tentera Islam dipatuk oleh burung-burung”.
Baginda juga mengarahkan mereka supaya memanah ke arah pasukan tentera berkuda musyrikin bagi menyekat kemaraan mereka.



perkuburan as-syuhadah

moral of the story is to obey ur leader and also, do not hope u r win when there are no sign of surrender from ur enemy! money can make we blind...so beware! Allah mmg menjadikan manusia itu lemah pada harta, duit, emas oleh itu berhati2 la ketika hidup di dunia ini....waaaahhhhhh, nasihat utk diri sendiri jugak =)


notakaki: next will be interesting, out of schedule, one of the miracle that Allah gave us...



Quba'

before continue my story pada hari ke-3, rase lebih elok jika sy masukkan sedikit pengetahuan sejarah Islam. samada yang da tau atau belum, ianya hanya untuk simpanan dan pengetahuan generasi akan datang samada drai pihak penulis sendiri atau orang lain...


Masjid Quba', Madinah




Sejarah
Pada hari isnin, 8 Rabiul Awwal bersamaan 23 Sept. 622M Rasulullah SAW tiba di perkampungan Quba’ dalam perjalanan hijrah dari Makkah. Baginda tinggal di kampung ini selama 4 hari bersama Bani Amru bin Auf di umah Kalthum bin al-Hadm.
Pada hari pertama itulah Rasulullah SAW terus membina Masjid Quba’, iaitu masjid yang pertama dibina dalam sejarah umat iniRasulullah SAW sendiri turut serta dalam pembinaan ini dengan mengangkut batu-bata dan pasir-pasir bersama para sahabatnya.
Setelah siap, Rasulullah SAW mengimami sendiri solat berjamaah secara terbuka bersama para sahabat di Masjid Quba’, berkiblatkan Masjid al-Aqsa pada waktu itu.
Kelebihan
Masjid ini adalah masjid pertama yang dibina dalam sejarah setelah baginda diangkat menjadi Rasulullah, dibina berasaskan taqwa dan iman. Allah SWT telah mengakuinya sebagaimana firmanNya :
“…sesungguhnya Masjid (Quba’ yang engkau bina wahai Muhammad), yang telah didirikan di atas dasar taqwa dari mula (wujudnya), sudah sepatutnya engkau sembahyang padanya. Di dalam masjid itu ada orang-orang lelaki yang suka (mengambil berat) membersihkan (mensucikan) dirinya; dan Allah Mengasihi orang-orang yang membersihkan diri mereka (zahir dan batin)”. (at-Taubah : 108)
Imam Bukhari meriwayatkan daripada Ibnu Umar bahawa Rasulullah SAW selalu datang ke Masjid Quba’ ini pada setiap hari sabtu sama ada menaiki unta atau berjalan kaki. Kadang-kadang Rasulullah SAW datang pada hari isnin dan khamis.
Tentang masjid ini, Rasulullah SAW ada bersabda :
“Sesiapa yang berwudhu’ di rumahnya kemudian pergi ke Masjid Quba’ untuk solat, akan diberi ganjaran pahala seperti pahla menunaikan umrah” (HR Ibnu Majah).
Selepas wafatnya Rasulullah SAW, para sahabat sentiasa menziarahi Masjid Quba’ dan bersolat di sana. Zaid bin Aslam berkata : “Segala puji bagi Allah yang telah mendekatkan kita dengan Masjid Quba’. Sekiranya ia berada jauh di hujung dunia, nescaya kami akan bermusafir kepadanya”.

sedikit mengenai sejarah masjid quba dan kelebihannya.

 bird's view

cantek kan? =)
oh ya, gambar2 diatas not from me yea...sumber dtg dr mr. google...


notakaki: kagum dengan bandar suci umat Islam ini....bersih je =) ziarah pertama selepas Masjid Nabawi adalah Masjid Quba'


Sunday, April 17, 2011

Hari ke 2.5...

hahahha, kenape 2.5? sebab last entry actually tak abs lagi =)

so, this entry will be writing about shopping and eating! hehehehe...maklum la 4 hari je kat madinah, hari pertama sampai (itupun dah nak masuk hari ke-2), hari ke dua pulak full day, hari ke-3 ziarah, hari ke-4 bertolak ke madinah...

hmmm...terdapat misscommunacation antara kami dengan mutawif...maklum la group kami 6 org je (1 van), no mobile masing2 pun tak bertukar2. jenuh la mencari masing2...hahahaha...tapi nasib baik on the 2nd day tu, full day ours...kononnye berehat la kan =) rehat la sgt...

so, after solat subuh, anbout 10am, seperti biasa aku ngan ina mane boleh dok diam...berjalan la kejap area masjid bersama kedua org tua (my mum and dad). sempat la tawaf satu masjid....perghhhh besar giler! so, my mum tunjuk where is raudhah, kubah hijau and also perkuburan baqi'...tourist guide bindan terjun...hahahha...ye la depa da p kan sebelum ni...cume untuk masuk ke raudhah rasenye belum mase lagi sebab org terlalu ramai dan pintu masuk bagi perempuan dan lelaki asing2...

sempat jugak kami menjenguk shopping complex berhadapan dengan masjid nabawi...berjalan sakan sehinggalah tiba waktu zohor. 

nak rase makanan arab?...singgah di abu zarr restaurant...hahahha...ayah mengajak kami untuk menikmati makanan arab. biasa la, die da pegi dulu la tuh...tu yang boleh bwk kami =) dinner pulak selepas selesai solat isya'...

makanan die?.......perghhhhhhhh, tak sedap! =) so, next time pergi, jangan lupe bawak sos cili dan kicap sendiri yea....hehehehehe...harga die pulak MasyaAllah! sepinggan nasi ala2 beriani RS25 (approx RM23)! kabbab sj SR15 dan air softdrink SR10 kot....mmg giler la depa nih! da la tak sedap, mahal pulak tuh!...ha ha ha...kutuk lagi! wakakakka...nak buat cmne, inilah makan org disana, tekak sana..kite nih, sekadar merasa je boleh la. nak makan hari2....sanggup makan roti cicah sambal tumis kot =))

 ala2 nasi beriani.....

kabbab

balik dari makan pulak kami singgah la menjenguk souvenir ape yg patut untuk warga di Malaysia...yang banyak dijual adalah tasbih...so, kepada kawan2 yang dpt tasbih tu, use it well! aku pulak dok kehulu kehilir mencari souvenir untuk si dia. ape nak bagi nih?....of course special then any other friends yg terima souvenir =))...brg special untuk org yg special tul tak? akhirnye dpt jugak, puas nego ngan tuan kedai ngeh3x....satu kepentingan org Malaysia di madinah adalah kite akan diberi harga special berbanding org negara lain...pasai ap? don't ask me....anggap je anugerah Tuhan =) sgt puas malam tu! dapat jugak ap yang dicari dan beli ap yang diidamkan...

hampir jam 11pm baru pulang ke bilik hotel untuk tido sebab jam 4am dah kene bangun untuk solat subuh...

to be continued...

Sunday, April 10, 2011

Hari Ke-2

23 Mac 2011

Disebabkan sampai di hotel Mawaddah hampir subuh (subuh di sana pada jam 0515) jadinya, check in hotel dan terus sahaja bersiap-siap untuk bersolat jemaah di masjid nabawi...depan hotel je kot...takkan miss this peluang. bergerak ke masjid pada jam lebih kurang 0415, iaitu sejam awal...sebabnye, nak cop tempat! hahahha...maklumla orang ramai walaupun ianya antara masjid paling besar di dunia jangan mimpi la dapat la solat didalam masjid jika lambat...klu tak, bersolat saja di perkarangan masjid....(dibawah bumbung yg boleh on off tu).

Ingatkan dpt la solat di dalam...hahahha...jauh panggang dari api! solat di tepi pintu masuk pun jadik la =)...sejadah jgn lupe beserta stoking! di sini, apa yg dipakai itulah yang dibuat sembahyang. Sebab itu salah satu sebab kenapa org2 arab berpakaian jubah ataupun abaya. Ambil wudhuk, terus solat tanpa tukar kepada pakaian solat. masuk kandang harimau mengaum, masuk kandang kambing mengembek! mcm tu la aku di sana...heheheh....(insaf la wahai kerul...wakakaka...serius aku ikhlas, senang nak solat!) walaupun pakai seluar, tetap pakai stoking dan baju tu ingat2 sikit la yea, bawah punggung (fadhilatnye, untuk rukuk dan sujud....bayangkan klu pakai t-shirt pendek then bile sujud! terus batal solat! hahahaha) nak lagi senang, pakaila jubah diluar (perkara biasa disini, luar jubah/abaya dalam pakai jeans). satu lagi, sarung tangan pun tak pernah tinggal...fadhilatnye, untuk mengangkat takbir mengelakkan diri dari batal solat juga. (dalam hati, harap2 boleh la mengamalkan perkara nie bile sampai Malaysia....amin)

Ketenangan yang dicari, ketengangan yang dapat! laungan azan sama seperti di Malaysia, tak jauh banyak berbeza....sejuk yang serba sejuk pagi itu, ditambah pula bersolat bersejadahkan tile marmar putih masjid nabawi dan berbumbungkan langit (bumbung on off tu hanya buka pada waktu bermula matahari naik hingga terbenam sahaja)...sejuk tak terkata, menggigil...

bumbung ni la dikala buka

ketika hendak tutup...waktu selepas asar

ramainye manusia...umat Nabi Muhammad SAW yang hadir pada pagi itu untuk sama-sama bersolat jemaah. mcm2 ragam manusia aku jumpe hanya pada pagi itu sahaja, mcm mane la 11 hari akan datang?  habis solat, kami bertiga, ayah terpakse dipisahkan kerana lelaki...hehehehe...mengambil peluang untuk bersolat tahiyatul masjid di dalam masjid. kaki melangkah masuk memberi salam bermula dengan langkah kaki kanan. Masya-Allah....itu shj yang terungkap! sungguh aku tak menyangka akan dapat menjejak kaki ke dalam masjidmu ya Nabi Allah,Rasulullah SAW. AIR ZAM-ZAM! ingat ade di mekah shj, rupenye ade juga di sini. Alhamdulillah...sebelum solat aku menikmati dulu mukjizat Nabi Ismail yang masih lagi tak henti-henti mengalir sehingga ke hari ini.

Sejarah Masjid Nabawi ni memang sudah diketahui umat kebanyakan umat Islam secara amnya...masjid yang dibina oleh Rasulullah dan kaum madinah ketika baginda mula menetap di madinah. untuk lebih detail: Masjid-e-Nabawi or beautifulmosques (beserta gambar)

Menghabiskan masa sedikit di dalam masjid...0700 keluar untuk menikmati sarapan pagi di hotel. Ingatkan dapatla makan makanan arab...mcm mane la sarapan pagi di negera timur tengah ni...ngupe2nye, masih lagi kami dapat menikmati makanan Malaysia versi arab...Indonesian yang masak. boleh la...

So, that day, nothing much to do cause all the we all very tired of a long term of journey. yang pelik tu, aku tak mengantuk pun! so took that time untuk mengemas ape yang patut, segala passport, duit-duit, hp, camera...membersihkan diri dan rehat shj di dalam hotel sementara menunggu azan zohor pada 1230 tengah hari.

Baru cite tengah hari...actually takde ape sgt nak diceritakan melainkan keindahan masjid nabawi....sempat la tawaf keliling masjid before mengambil tempat didalam masjid untuk solat zuhur. penat beb! besar giler!...hari tu jugak sempat la aku nampak kubah hijau (dimana terletaknya makam Nabi Muhammad SAW di bawahnye) dan juga perkarangan perkuburan Baqi' (tampat perkuburan keluarga dan sahabat-sahabat Nabi...perempuan tidak dibenarkan masuk ke tanah perkuburan yea).

kubah hijau...dibawah kubah putih tu terletaknye makam sahabat nabi, saidina abu bakar

setelah zuhur, asar pada jam 1530...maghrib pada jam 1830 dan isya' pada jam 1730...

to be continued...

notakaki: tiada....hahahah

Friday, April 8, 2011

Hari Pertama

22 Mac 2011

Penerbangan jam 1500 ditangguhkan ke jam 1600. Barang semua sudah siap dan sedia untuk bertolak dari rumah jam 1030. Awal giler! biasa la, nama pun naik kapal terbang dan bergerak dalam kumpulan. Jadinya, mahu atau tidak terpakse mengikut jadual yang ditetapkan iaitu daftar masuk (check in) awal, seawal jam 1400 walaupun hati berkobar2 tak mahu daftar masuk terlalu awal....lambatnye, mane ni? hmmmm, dlm hati ade rezeki ade la jumpunye tu klu takde, alamat balik nnt la 2 minggu lagi.......wahhhhhh lama lagi!

Ape-ape pun jumpe atau tidak itu dengan ketentuanNya. Kita hanya merancang Tuhan yang menentukan. jam 1400 tepat aku dan keluarga mula melangkah kaki menuju ke post imigresen untuk menunggu di balai pelepasan. Gate G4 terminal KLIA lengang petang itu. takde orgkah yang mahu ke sane? atau kami yang terlalu awal? awal kotttt....

Telefon berdering memaparkan nama kesayangan. Hati tersenyum riang menyambut panggilan. Suara aje la gamaknye kerana kami sudah pun melepasi pintu imigresen. Sedih juga kerana si dia berada di pintu masuk KLIA. alaaaaaa....tu je termampu. Panggilan dimatikan. Telefon berdering sekali lagi dengan arahan 'video call'...ade saje la. Terjerit-jerit aku menjawab panggilan. Orang keliling da pandang pelik...hahaha...akhirnye dpt juga berjumpe disebalik dinding kaca. masih bercakap melalui telefon. lawak pun ade...

ok ok...cukup sampai situ je...jam 1500 mula untuk memasuki pesawat MHXXXX (lupe number flight). pesawat penerbangan terus KUL-JED yang akan memakan masa lebih kurang 8-9 jam. Sampai dalm pesawat, masih lagi tidak begerak. Rupanya, pesawat ditangguhkan lagi selama 1 jam dan akhirnya penerbangan bermula pada jam 1700. Dapat la aku kacang dan oren free sementara menunggu berlepas. Kata kapten (juruterbang), penerbangan melalui Yemen telah ditolak dan sedang menunggu kelulusan untuk melalui ruang udara oman.

Masa di Jeddah adalah 5jam terkebelakang dari Malaysia. Jadinya sampai di Jeddah lebih kurang jam 2100 22 April 2011 masa di Malaysia adalah jam 0200 23 April 2011. Sampai di Jeddah kenalah pulak berangkat menaiki van menuju ke Madinah Al-Munawwarah yang akan mengambil masa lebih kurang 3 jam perjalanan sejauh lebih kurang 345km. Memang sah aku tidur lena dalam van instead dalam pesawat tadi. Sedar-sedar aku dikejutkan mama yang dikejutkan oleh mutawif iaitu Ustaz Fareq. Selawat dan salam keatas junjungan Nabi Muhammad SAW.

Sampai di hotel yang terletak berhadapan Masjid Nabawi hampir jam 0300 23 April 2011 bersamaan 0800 23 April 2011 waktu Malaysia...to be continued

notakaki: baru-baru ni buat satu application di fb mengenai nama dan sifat diri. comey...