nuffnang ad

WED

Daisypath Anniversary tickers

Friday, June 17, 2011

CILI boleh kurus???

petikan dari majalah RAPI bil 166 m/s 86:

cili, selain membangkitkan selera makan pasti ramai yg tak tahu akan kebaikkannya kan? =) i love this article since i love spicy food...hehehe


cili bersifat panas dan ia mempunyai kandungan kapsaisin, dihidrokapsaisin, vitamin A, vitamin C, zat warna kapsaisin dan karotena dan byk lagi.

kebaikkan cili:

1. meredakan kesakitan yang berkaitan dengan masalah kegemukan
2. baik untuk peredaran darah
3. dapat mengatasi masalah sakit tekak
4. cili merah dapat menghalang sel darah dari bergumpal dan sekaligus mengelakkan masalah darah beku yang dikenali sebagai trombosis
5. dapat meningkatkan kadar metabolisme badan dengan senaman
6. ianya juga adalah sebahagian daripada diet rendah lemak dan rendah gula tanpa dicampurkan dengan makanan berlemak!

CILI MERAH



Cili merah atau cili masak dengan nama sainstifiknya capsicum annuum  bersifat stimulan yang merangsang selera makan seseorang. Ianya juga berfungsi sebagai diaforetik atau peluruh keringat (makan pedas2 sure berpeluh kan?)

Cili merah juga sebagai perangsang kulit dan dimasukkan dalam ubat-ubatan teruatamanya ubat gosok. Mineralnya juga membantu sistem pengahdaman kita.

CILI PADI




Bagi cili padi atau capsicum frutescens, ianya adalah termasuk dalam keluarga solanaceae dan menjadi tanaman asli Amerika yang kaya dengan khasiat.

Cili padi mempunyai rangsangan yang kuat untuk fungsi jantung dan aliran darah. ianya juga membantu melancarkan sistem tubuh badan seperti pengeluaran air liur dan aktiviti perkumuhan secara tidak langsung dapat mengekalkan kecergasan tubuh.

Berita baik bagi mereka yang ingin menguruskan berat badan, cili padi mampu mengurangkan kadar kolestrol badan. Dan bagi wanita, cili padi juga mampu mengatasi masalah kesuburan, melambatkan penuaan dan kedutan di wajah! =) walaupun begitu jangan berlebihan mengambilnya.

LADA BENGGALA




Rasanya tidaklah sepedas cili merah dan cili padi. rasanya lebih kepada peads-pedas manis dan enak dimakan jika dibakar.

Lada ini mempunyai 3 jenis warna berlainan dan amat menarik untuk dimakan terutama bagi kanak2 yang tak makan pedas! =)

notakaki: lebih byk masakan pedas after this...hahahaha


No comments:

Post a Comment