nuffnang ad

WED

Daisypath Anniversary tickers

Friday, August 5, 2011

Rindu nak balik Kg

kg?...hahaha, rumah sendiri di KL telah pun secara rasminya menjadi kampungku. selama ni tak ngaku kampung kan...huhu

yea...saya rindu nak balik kampung! setelah 5 hari berpuasa tetibe terasa mahu pulang ke kampung. bersahur dan berbuka bersama-sama kedua mama dan ayah dan kedua-dua orang kakak.


tapi, kerja masih lagi menimbun di pejabat. lagi2 dengan kedatangan EAC, MQA, soalan final nak kene buat, paper untuk proceeding lagi...kawen..huhu

tapi alhamdulillah kerja kawen yang perlu diselesaikan pada minggu lepas telah pun selesai minggu lepas. terima kasih kepada en tunang kerana meluangkan masa walaupun si dia sibuk. moga niat kita untuk mendirikan masjid diterima olehNya.

penin kepala memikirkan kerja yang saban hari makin banyak. tetibe smalam dapat msg dari coordinator sem lepas mengenai sorang student yang memohon untuk recheck markah final die. aduiiiii....baru teringat hal tu padahal fail2 kat bilik fail tak settle lagi. penin-penin....hmmmm, tak pueh ati la tu saya bagi markah banyak tu....tapi takpe, atas permintaan, akan jugak disemak semula dan terpaksa pulak buat report berkenaan hal tersebut. kerja...kerja...dasyat la depa la ni, saya dulu tak berani nak apply untuk disemak semula. terima sahaja markah yang diberi seadanya....ini lah pelajar-pelajar zaman sekarang. pandai demand!

ok, tu je sebenarnye nak berceloteh...pagi2 buta yang sunyi senyap dan aman. housemate pulak pergi ke kampung maisng-masing meninggalkan diri ini keseorangan =( sampai hati angpa....hahahaha

notakaki: sebenarnye tak tau nak update pasal ap da....hehehe


1 comment:

  1. nak balik sabtu ni boleh tak?...flight dari penang ke Kl ade petang =) hehehe...

    ReplyDelete