nuffnang ad

WED

Daisypath Anniversary tickers

Friday, September 28, 2012

Pagi yg Western

HAPPY BIRTHDAY TO ME :) 

genap sudah umur saya 27 tahun. di kalan umur sebegini la saya bakal dikurniakan dengan seorang anak dipenghujung bulan oktober. sebulan je lagi....birthday dekat dengan mummynye boleh la sambut sekali ahaks! jimat duit bapaknye...hahahah

anyway, tetibe bangun pagi yg serba indah sempena menunggu kedatangan si suami, sy nak buat spegetti plak untuk breakfast pagi. walaupun tahu, ayah tak berapa minat...hehehhe...nak buat kat en suami, die 2x5 ngan ayah...baik buat nasi goreng untuk depa...tapi tak kira, sy buat jugak tapi tak byk...masih ad my 2nd sister dan husband die.

taraaaaaaaaaa! ini lah breakfast saya di pagi hari jadi :) bersama2 segelas fresh milk...hahahaha, mmg italian


ooopppss! sy tak pakai sos spegetti prego yea...homemade okeyyyyyy :p. nak tau resipi?...check it out

bahan-bahan:
1. mee spagetti
2. cili kering
3. bawang merah
4. bawang putih
5. halia
6. cendawan kering (direndam supaya kembang)
7. daging kisar
8. daun celeri (dipotong kecik2)
9. brokoli (dipotong kecik2)
10. cendawan butang (dipotong kecik2)
11. carrot (dipotong kecik2)
12. oregano
13 tomato puree (sy letak tomato sos sbb puree abis hehehhe)

cara-cara:
1. rebus spegetti bersama-sama sedikit garam dan serbuk kunyit (kalau takde pun takpe) sehingga kembang dan ditoskan
2. rendam cili kering dengan air panas
3. kisar cili kering bersama-sama bawang merah, bawang putih, sedikit halia dan cendawan kering
4. daging kisar dibersihkan (sehingga hampir hilang warna merah) dan digaul bersama oregano dan sedikit serbuk kunyit
5. panaskan minyak dan tumis cili kisar sehingga masak
6. masukkan tomato + garam + gula + pak aji dan kacau sehingga sebati
7. masukkan daging kisar dan carrot
8. last sekali masukkan cendawan butang, daun celeri dan brokoli
9. kacau dan rasa...jika minat masukkan sedikit cukup rasa :)
10. siap untuk dihidang bersama-sama spegetti.

notakaki: speechless...masih tiada ucapan dari en suami....


No comments:

Post a Comment