bile kata umrah dan ziarah, ziarah ke-3 adalah bukit uhud setelah Masjid Nabawi dan Masjid Quba'. siapa tahu psl sejarah bukit uhud? angkat tangan....hehehe sekali lagi
http://abunuha.wordpress.com/2010/03/23/bukit-uhud/ tahu jawapannya =)
Bukit Uhud adalah saksi penting didalam kejadian perang kedua Islam bertempur kaum musyrikin selepas Perang Badar di Badar. Perang tersebut adalh Perang Uhud sempenan nama bukit uhud. iainya berlaku pada bulan Syawal tahun ke-3 Hijrah.
Setelah kekalahan musyrikin Makkah dalam Perang Badar, mereka merancang untuk membalas dendam dalam pertempuran berikutnya. Mereka menyediakan ketumbukan tentera yang besar. 3000 tentera, 3000 ekor unta, 200 ekor kuda dan 700 perisai pertahanan.
Pada asalnya, pasukan ketenteraan Islam bermula dengan 1000 tentera, 2 ekor unta dan 100 perisai pertahanan. Namun kemudiannya berkurangan kepada 700 orang sahaja apabila 300 orang yang terdiri daripada Yahudi dan munafik yang menjadi musuh dalam selimut menarik diri daripada kumpulan Islam.
Tentera Islam berkhemah di antara dua bukit. Bukit Uhud di belakang mereka, Bukit Rumah di sebelah kiri sementara Kota Madinah di hadapan mereka.
Rasullullah SAW keluar dari Kota Madinah selepas solat Jumaat di Masjid Nabawi.
PERTEMPURAN PERTAMA : KEMENANGAN
Pada hari sabtu, berlakunya pertempuran pertama di sebelah barat Bukit Uhud. Di sini tentera muslimin telah menunjukkan keberanian yang luar biasa sehingga mengalahkan tentera musyrikin yang lebih ramai jumlahnya.
Mereka berjaya mengawal keadaan dan mengejar tentera musyrikin keluar tidak jauh dari situ dan kembali semula ke kawasan perkhemahan mereka.
PERTEMPURAN KEDUA : KESILAPAN & KEKALAHAN
Apabila para pemanah melihat tentera musyrikin kalah dan lari meninggalkan medan, sebahagian tentera pemanah telah turun untuk mengumpul harta yang ditinggalkan musuh. Yang tinggal hanya Abdullah bin Jubair AS bersama 10 tentera yang lain.
Inilah kesilapan besar yang membawa kepada kekalahan mereka.
Dalam pada itu, Khalid bin al-Walid dan Ikrimah bin Abu Jahal yang merupakan pemimpin tentera berkuda Quraisy telah mengambil kesempatan untuk menyerang tentera pemanah Islam dari belakang. Mereka telah berjaya menggempur tentera Islam dengan membunuh kesemua baki pemanah di situ seorang demi seorang.
Mereka juga sempat memanggil semula tentera yang telah berundur dan mengepung tentera Islam dari segenap penjuru. Dalam keadaan genting, tentera musyrikin mengambil peluang menujukan serangan ke atas Rasulullah SAW.
Rasulullah SAW bertempur dengan berani dan memanah sehingga patah busur panahnya. Baginda mengalami kecederaan di kepala dan muka, di samping gigi depannya patah dan bibirnya luka. Darah membasahi wajah dan mengaburi pandangannya menyebabkan baginda terjatuh ke dalam lubang lalu rebah dan luka di lututnya.
Orang Ansar yang cuba melindungi dan membentengi baginda gugur satu demi satu. Seramai 11 orang telah gugur syahid, namun tidak menggoncangkan semangat dan fikiran baginda.
Baginda berteriak memanggil tentera Islam supaya datang kepadanya. Mereka baru menyedari bahawa Rasulullah SAW masih hidup yang sebelum ini disangkakan sudah terbunuh. Mereka melingkungi baginda seperti tembok yang teguh yang kukuh.
Baginda mengarahkan mereka berundur sehingga sampai ke tenpat yang tinggi iaitu di atas Bukit Uhud. Di sini, tentera Islam bukan sahaja boleh mempertahankan diri daripada serangan musuh bahkan mampu memaksa mereka berundur.
Tentera musyrikin merasa marah dan kecewa kerana tidak dapat mengalahkan tentera Islam, dan mereka mula memotong dan merosakkan mayat para syuhada’ sambil berundur pulang ke Makkah.
Jabal Rumah (Bukit Pemanah).
Sebelum bermulanya pertempuran, Rasulullah SAW mengarahkan supaya 50 orang pemanah mengambil tempat di puncak bukit ini untuk melindungi bahagian belakang tentera Islam. Abdullah bin Jubair al-Ansori dilantik sebagai ketua.
Rasulullah SAW mengeluarkan arahan : “Jika kamu melihat kami beroleh kemenangan jangan kamu sekali-kali turun kepada kami. Jika kamu melihat kami dibunuh sekalipun, jangan cuba turun untuk menolong kami. Jangan tinggalkan tempat kamu itu sekalipun kamu melihat tentera Islam dipatuk oleh burung-burung”.
Baginda juga mengarahkan mereka supaya memanah ke arah pasukan tentera berkuda musyrikin bagi menyekat kemaraan mereka.
perkuburan as-syuhadah
moral of the story is to obey ur leader and also, do not hope u r win when there are no sign of surrender from ur enemy! money can make we blind...so beware! Allah mmg menjadikan manusia itu lemah pada harta, duit, emas oleh itu berhati2 la ketika hidup di dunia ini....waaaahhhhhh, nasihat utk diri sendiri jugak =)
notakaki: next will be interesting, out of schedule, one of the miracle that Allah gave us...