mengikut proses perkahwinan selengkapnya sedikit sebanyak menyedarkan aku mengenai erti sebuah perkahwinan. walaupun tidak 100% tapi bermula upacara khatam Al-Quran, akad nikah, upacara batal air sembahyang (sarung cincin), bersanding dan makan beradat...
kesedaran kemuncak apabila mendengar sendiri khutbah pendek yang diucapkan oleh penolong pandaftar nikah a.k.a tok kadi mengenai tanggungjawab seorang suami dan tanggungjawab seorang isteri juga akujanji si suami terhadap isteri dihadapan tok kadi, wali dan juga saksi serta si isteri....
antara yang sempat aku ingat , tanggungjawab suami:
1. Wajib menyediakan rumah kediaman, pakaian dan makan minum kepada isteri dan anak-anak.
2. Hendaklah mengasuh isteri dengan baik iaitu mampu untuk menjadi imam kepada keluarganya.
tanggungjawab isteri:
1. Berhias untuk suami
2. Hendaklah taat pada suami
3. Sentiasa menjaga kehormatan diri dan nama suami
4. Meguruskan rumahtangga dan mendidik anak-anak
setelah meluangkan masa untuk blogwalking, terjumpe fatwa ini:http://groups.yahoo.com/group/zaharuddin/message/6993
keputusan majlis fiqh sedunia mengenai nafkah isteri =) untuk full report bolehlah layari website diatas yea....aku hanya menyimpulkan ape yang telah dibaca
1. harta isteri adalah hartanya. suami tidak berhak keatas harta tersebut dan isteri juga tidak perlu meminta izin suami dalam pemilikan harta tersebut dan juga cara perbelanjaannya.
2. nafkah si isteri adalah mengikut kemampuan si suami
3. nafkah tetap diberi suami walaupun si isteri bekerja dengan keizinan suami. walaubagaimanapun tanggungjawab isteri (rujuk no.4 tanggungjawab isteri) perlu dilaksanakan.
4. isteri dibolehkan untuk sama2 menanggung pembiayaan atau nafkah yang diwajibkan ke atas suami dengan kerelaan isteri (balik pada 1)
5. isteri dibolehkan untuk menetapkan syarat akad untuk suami membenarkan isteri bekerja setelah berkahwin. tetapi suami tidak harus menetapkan syarat isteri bagi membantu dalam urusan perbelanjaan rumahtangga. (hmmmmm....this is new!)
6. Seorang suami tidak harus menyalahgunakan haknya sebagai suami untuk menghalang isteri bekerja atau memintanya meninggalkan kerjayanya sekiranya ia hanya bertujuan untuk memudaratkannya (isteri) atau diyakini tindakan itu hanya akan menyebabkan keburukan melebihi kepentingan yang diperolehi. Demikian juga halnya ke atas isteri (tidak harus menyalahgunakan keizinan dan hak yang diberikan), iaitu jika ia berterusan dengan kerjayanya hingga menyebabkan mudarat kepada suami dan keluarga atau melebihi maslahat yang diharapkan
so, to SHARTINA & KAPT AFROL:
SELAMAT PENGANTIN BARU SEMOGA BERKEKALAN HINGGA AKHIR HAYAT DAN HINGGA KE SYURGA....=)
No comments:
Post a Comment