nuffnang ad

WED

Daisypath Anniversary tickers

Monday, June 8, 2009

Riwayat Bidadari Syurga

Riwayat Bidadari Syurga......judul terbaru yang kubeli ketika "outing" bersama pegawai kadet. Aku kini berada di UTM Skudai menjadi salah seorang YO atau Young Officer kepada pasukan PALAPES UniMAP. Terasa lucu pula bila mengenangkan aku "dilahirkan di UTM" tetapi berkhidmat di UniMAP. Apa boleh buat jika pekerjaan aku sekarang ini sebagai salah seorang tenaga pengajar di UniMAP. PAsukan UniMAP telah ditempatkan di Kolej Rahman Putra. 4hb aku telah selamat melapor diri di sana, 5hb pagi jam 0800 ditugaskan menjadi DO atau Duty Officer menjaga bilik gerakan. bertugas dari jam 0800 sehingga 0800 6hb esoknya. Alhamdulillah, kerja beres sebelum jam 0200, akhirnya aku balik ke bilik untuk membuat persiapan pertandingan merentas halangan pada 6hb dan tido setelah seharian bertugas di bilik gerakan.

berbalik kepada buku Riwayat Bidadari Syurga.......petikan dari buku Riwayat Bidadari Syurga nukilan Munif Ahmad. Dalam kelembutan hati. ada tegas yang tak bisa digugah. Dalam kehalusan jemari, tergenggam utuh janji abdi pada Yang Esa. Dalam malu, suara tegar mereka mampu menggegarkan dunia. Siapakah yang mampu menandingi kehebatan mereka, para hamba yang akhirnya menjadi bidadari syurga. Hajar R.A, Maryam, Aminah Binti Wahab, Khadijah R.A, Saudah, Aisyah, Hafsah, Zainab binti Khuzaimah, Hindun, RAmlah, Zainab binti Rasulullah, Fatimah Az-Zahraa', Balqis, Zulaikha, Yukabid, Masyitah, Asiah, Halimah As-Sa'adiah, Sumayyah, Barakah, Nasubah, Al-Khansaa', Khaulah, Rumaisah, Asma' binti Abu Bakar, Na'ilah binti Al-Farafhishah, Zainab binti Ali, Rabi'ah Al-Adawiyah, Zubaidah, Zinnirah dan Ainul Mardhiah. Mandengar lagu dan kisah kalian membuatkan kami tertanya-tanya. Mampukah kami menjadi seperti kalian?
Layakkah kami berdiri di sisi kalian? Sedangkan sejarah kami tak setanding riwayat kalian, pengorbanan kami tak setanding riwayat kalian, pengorbanan kami tak tersaing perjuangan kalian dan kehambaan kami tak sehebat pengabdian kalian......

Monday, June 1, 2009

BBQ.....!!!!




BBQ pertama aku bersama warga school yang len. ramai jugak walaupun bukan sume org join. mentarang, udang, sotong, ikan, ketam....pergh, meleleh air liuq. tambah pulak cicah asam depa...waduh!!!!! mengancam. bukan banyak pun kene bayaq, RM10 sorang dpt 5 jenis seafood. kul 8++ sampai kul 12 baru balik. hahahahah...punye la lama. dok bakaq2 tak abs2.aku pun join skali bakaq, sampai baju, tudung flavour asap. hahahah........

Thursday, May 28, 2009

Hey Ladies!!!!.....Rossa

Sudah kubilang jangan terlalu yakin
Mulut lelaki banyak juga tak jujur
Bila sakit hati wanita bisanya nangis

Sudah ku bilang jangan terlalu cinta
Kalau patah hati siapa mau nolong
Seperti langit dan matahari tak bersatu lagi

Hey ladies jangan mau di bilang lemah
Kita juga bisa menipu dan menduakan
Bila wanita sudah beraksi dunia hancur

Hey ladies sekarang cinta pakai otak
Jangan mau rugi hati dan juga rugi waktu
Bila dia merayumu ingat semuanya bohong

Memanglah tak semua laki-laki busuk
Namun ladies tetaplah harus waspada
Semogalah kita semua akhirnya
Mendapatkan cinta yang tulus

Sudah kubilang jangan terlalu yakin
Mulut lelaki banyak juga tak jujur
Bila sakit hati wanita bisanya nangis

Penggunaan Perkataan....

Tuesday, May 26, 2009

Pokai....!!!!


Tanggal 25hb setiap bulan adalah tarikh keramat bagi semua kaum pekerja kerajaan.Seperti lajunya duit yang dimasukkan, laju juga duit yang bakal dikeluarkan. mama, ayah, kakak, sewa rumah, api, air, asb, ptptn, tabung haji, minyak, barang rumah.....makan. adui!!!!!! tapi betul kata orang, gaji 5k sebulan takkan cukup klu asyik dengan barang berjenama, spa sana sini, kulit la, barangan kereta la, macam2 lagi.nak buat part time? tak kot.....menyusahkan buat ape. gaji yang ade cukup2 makan, boleh la.

baru2 nie, camera hilang diragut orang yang aku sendiri tak sedar bilamasa diragut.dh nak jadi....dengan tak pasal2 kenelah mengganti semula camera yang sememangnya bukan milikku.duit lagi....tapi syukur alhamdulillah kerana tanggunganku hanya pada kedua ibu dan bapaku.tidak seperti rakan2ku yang lain punyai adik2 yang masih belajar yang masih meminta duit, yang lelaki pula dengan sejumlah wang untuk dibuat hantaran.pergh...mmg zaman semuanya duit.

hai-o......satu syarikat yang ku kira ianya MLM (multi-level-marketing).jenis perniagaan seperni mmg akan mendapat wang yang banyak dalam masa yang singkat TAPI kene rajin la.dan aku....tidak serajin setengah2 kawanku yang menyertai program ini.risiko2nya...tidak berani aku tanggung.yelah, dalam perniagaan mesti ade risiko. kalau tak berani ambil risiko, jangan cuba berniaga.lagipun keluargaku bukan dari golongan business.aku senang dengan pendapan sekarang.....gaji yang dapat cukup untuk simpanan di hari tua dan perbelanjaan harian.aku cuma tunggu bonus sahaja kalau kerajaan ada memberi.

aku akan berpuas hati jika punya rumah sendiri, kereta sendiri........cita2 ingin melancong ke merata-rata tempat telah dimusnahkan dengan penolakan pinjaman mara untuk aku sambung belajar ke UK jadi, cita2 itu biarlah kukuburkan buat sementara waktu sehingga duit mencukupi atau mungkin aku hanya melancong di sekitar ASEAN sahaja.anyway, ape2 hal yang penting rukun Islam wajib ditunaikan dahulu iaitu haji dan umrah.

Saturday, May 23, 2009

BANDUNG syurga membeli belah...


Betul kata orang, hobi rakyat Malaysia adalah membeli belah. Hobi ini juga memberi peluang rezeki kepada rakyat Indonesia yang rata-ratanya adalah dikalangan orang miskin. Yang kaya......terlampau kaya mengalahkan oarang kita. Yang miskin, kesian kita tengok. Nak menyekolahkan anak pun tidak mampu. seorang demi seorang meminta wang membeli barang mereka walaupun adakalanya mereka mengalami kerugian janji barang mereka laris dijual. Yang menariknya, mereka tidak meminta sedekah, hanya segelintar yang dijumpai di sekitar pasar baru, Bandung. sekali diberi, berduyun datang meminta wang. Yang menjadi kagumnya orang2 di sini, mereka berniaga tak kira tempat demi mendapatkan sesuap nasi. Kadang2 orang2 kita dirasakan menawar terlalu lampau. Ada yang lebih rendah daripada kos pembuat barangan tersebut. Setiba disana, ku rasakan kehidupan kita di Malaysia jauh lebih baik walaupun kita tidak ada kawasan gunung api (kata orang Indonesia) untuk dijadikan pusat perlancongan seperti Tangkuban Perahu, salah satu gunung berapi yang masih aktif. Nasib baik wang sudah tidak mencukupi setelah kehabisan membeli telekung dan kain kebaya di ntah di mana.....kawasan yang sangat popular dengan penjualan barangan kulit samada original atau imitation.

Makan.....selain membeli-belah, makan adalah sesuatu yang penting bagi rakyat Malaysia. Tak sah jika berjalan tidak makan. Nasi Padang dan makanan orang Sunda paling menarik perhatianku. Rakyat di Bandung mengamalkan ulam-ulaman kerana tanah yang subur akibat daripada kawasan gunung berapi yang masih aktif, dan juga ikan air tawar kerana kedudukannya yang jauh daripada laut menyukarkan menangkapan. kalau ada pun, harga tentunya lebih mahal.

Atas permintaan ketua delegasi kami ke kawasan jalan riau dimana disitu jual barangan kulit original dan branded. hadiah terakhir yang sempat kubeli untuk ayah adalah tali pinggang Lambordi Giovanni Rp129,000 ataupun hampir RM44. tak dapat harga sebegitu rendah di Malaysia untuk barangan kulit berjenama. Telekung sutera bandung boleh didapi dengan Rp150,000 besamaan RM40. Ya Allah.......kalaulah aku menetap di sana....

Kos living yang sangat rendah serta kos pembelajaran yang bersamaan setahun kos pengajian di Malaysia. Tapi bila difikirkna semula, mereka yang hidup mewah disini rata-rata dari golongan artis, usahawan atau pegawai-pegawai tinggi kerajaan. kalau aku hidup di sini, tak mungkin kehidupan mewah akan dimiliki. Syukur aku masih di Malaysia hidup aman damai.

3 perkara jika ingin melancong. Pertama, masa. Kedua, wang. Ketiga, minat. Tanpa ketiga-tiganya rugi perjalan cetek pandangan. Insya-Allah jika ada rezeki ingin ke sana lagi shopping untuk semua kaum famili dan membeli barang untuk kepuasan diri sendiri.