nuffnang ad

WED

Daisypath Anniversary tickers

Saturday, May 23, 2009

BANDUNG syurga membeli belah...


Betul kata orang, hobi rakyat Malaysia adalah membeli belah. Hobi ini juga memberi peluang rezeki kepada rakyat Indonesia yang rata-ratanya adalah dikalangan orang miskin. Yang kaya......terlampau kaya mengalahkan oarang kita. Yang miskin, kesian kita tengok. Nak menyekolahkan anak pun tidak mampu. seorang demi seorang meminta wang membeli barang mereka walaupun adakalanya mereka mengalami kerugian janji barang mereka laris dijual. Yang menariknya, mereka tidak meminta sedekah, hanya segelintar yang dijumpai di sekitar pasar baru, Bandung. sekali diberi, berduyun datang meminta wang. Yang menjadi kagumnya orang2 di sini, mereka berniaga tak kira tempat demi mendapatkan sesuap nasi. Kadang2 orang2 kita dirasakan menawar terlalu lampau. Ada yang lebih rendah daripada kos pembuat barangan tersebut. Setiba disana, ku rasakan kehidupan kita di Malaysia jauh lebih baik walaupun kita tidak ada kawasan gunung api (kata orang Indonesia) untuk dijadikan pusat perlancongan seperti Tangkuban Perahu, salah satu gunung berapi yang masih aktif. Nasib baik wang sudah tidak mencukupi setelah kehabisan membeli telekung dan kain kebaya di ntah di mana.....kawasan yang sangat popular dengan penjualan barangan kulit samada original atau imitation.

Makan.....selain membeli-belah, makan adalah sesuatu yang penting bagi rakyat Malaysia. Tak sah jika berjalan tidak makan. Nasi Padang dan makanan orang Sunda paling menarik perhatianku. Rakyat di Bandung mengamalkan ulam-ulaman kerana tanah yang subur akibat daripada kawasan gunung berapi yang masih aktif, dan juga ikan air tawar kerana kedudukannya yang jauh daripada laut menyukarkan menangkapan. kalau ada pun, harga tentunya lebih mahal.

Atas permintaan ketua delegasi kami ke kawasan jalan riau dimana disitu jual barangan kulit original dan branded. hadiah terakhir yang sempat kubeli untuk ayah adalah tali pinggang Lambordi Giovanni Rp129,000 ataupun hampir RM44. tak dapat harga sebegitu rendah di Malaysia untuk barangan kulit berjenama. Telekung sutera bandung boleh didapi dengan Rp150,000 besamaan RM40. Ya Allah.......kalaulah aku menetap di sana....

Kos living yang sangat rendah serta kos pembelajaran yang bersamaan setahun kos pengajian di Malaysia. Tapi bila difikirkna semula, mereka yang hidup mewah disini rata-rata dari golongan artis, usahawan atau pegawai-pegawai tinggi kerajaan. kalau aku hidup di sini, tak mungkin kehidupan mewah akan dimiliki. Syukur aku masih di Malaysia hidup aman damai.

3 perkara jika ingin melancong. Pertama, masa. Kedua, wang. Ketiga, minat. Tanpa ketiga-tiganya rugi perjalan cetek pandangan. Insya-Allah jika ada rezeki ingin ke sana lagi shopping untuk semua kaum famili dan membeli barang untuk kepuasan diri sendiri.

2 comments:

  1. Kalau ada souvenir utk aku, alhamdilillah....

    ReplyDelete
  2. dh sume org mintak souvenir dr aku....pokai la aku.natap blog aku je cukup la.....

    ReplyDelete