well...tak sedap rasenye panggilan asal iaitu coney d** hehehhe, so ditukarlah kepada frankfurter. daripada roti impit kan...ahahahah lagi lucu :D
lately, sume yg rase nak makan sume buat sendiri....hehehe alhamdulillah walaupun tak sesedap kedai mungkin, tapi sekurang-kurangnye dpt la melempiaskan keinginan ini
so resipi?....
bahan-bahan:
1. daging hancur
2. serbuk cili (saya pakai cili blend)
3. bawang merah dipotong kecik
4. bawang putih dipotong kecik
5. halia dipotong kecik
6. bawang banggali dipotong cube
7. serbuk kunyit
8. serbuk/daun oregano
9. garam
10. gula
11. sos cili (tomato puree pun boleh)
12. frankfurter (direbus/dibakar/digoreng) saya prefer rebus untuk hidangan ini.
13. roti frankfurter
14. sos cili
cara-cara:
1. tumis bawang merah+bawang putih+halia sehingga garing. better tumbuk
2. masukkan cili blend (jia serbuk cili, jadikan paste) dan tumis sehingga masak.
3. masukkan sos cili dan kacau sehingga sebati
4. daging hancur dibasuh sehingga hilang warna darah dan digaul bersama garam+oregano+serbuk kunyit
5. masukkan daging hancur ke dalam tumisan rempah cili tadi dan biar sehingga daging masak.
6. masukkan bawang banggali dan garam serta gula. gaul hingga sebati, pastikan tiada kuah. jika berkuah, masak sehingga kering. sedia untuk diangkat
7. potong di tengah-tengah roti dan masukkan frankfurter yg siap direbus. letakkan sos daging hancur tadi dan akhir sekali sos cili untuk perasa tambahan.
8. siap untuk dimakan :)
notakaki: hmmm....da taktau nak makan ap huhu
No comments:
Post a Comment