Jangan buat kat org nnt kene kat kita balik....erti kata lain, karma. Mari kita selidik, apa erti hukum. Setahu saya, hukum karma berasal dari agama buddha. Jadi, bolehkah digunapakai dalam Islam?
Karma dalam agama Buddha dinyatakan sebagai suatu tindakan moral sebab dan akibat. Suatu hukum alam yang menyebabkan sesuatu tindakan itu akan membuahkan hasil tindakan tertentu. Dalam agama buddha juga mempercayai adanya kehidupan lalu dan juga masa hadapan iaitu sebelum kelahiran dan juga selepas kematian. Maksudnya, segala apa yang berlaku atau apa kita pada kehidupan sekarang adalah akibat daripada kehidupan kita pada masa lalu sebelum kelahiran. Dan tindakan kita pada masa kini akan menyebabkan apa yang kita akan lalui pada masa kehidupan selepas kematian. Ada paham?...mesti u all ingat kebanyak cerita cina zaman kita kecik2 pasal dewa dewi yang dilahirkan semula ke bumi sebagai manusia...haaaaaaa, lebih kurang mcm tu la hukum karma. Dalam agama Buddha, mereka percaya akan kelahiran semula.
So, dalam agama Islam pulak mempunyai konsep yang berlainan dengan agama Buddha tapi masih asas yang sama iaitu buat baik dibalas baik, buat jahat dibalas tak baik. Bukan bermaksud saya untuk menyamakan kedua agama ini. Tidakkkkkkk! Tapi pemahaman asas tu tetap ade. Islam tidak mempercayai mengenai kelahiran semula tapi mempercayai bahawa Allah akan membalas segala tindak tanduk kita dengan setimpalnya semada di dunia atau akhirat. Jika balasan sudah diterima didunia, Allah akan melepaskan balasan kita di akhirat. Contoh: hukum hudud. Balasan atau hukuman yang diterima oleh pesalah insya-Allah Allah akan melepaskan hukuman di akhirat. Terlepas satu azab sebelum dimasukkan ke syurga Allah. Sebab itu Allah wujudkan syurga dan neraka...dan Allah sentiasa membuka pintu taubat kepada setiap hambanya sehigga nafas yang terakhir. Selagi kita taubat, selagi itu pintu syurga kan terbuka dan hukuman yang sepatutnya diterima tidak akan kita terima. Allah itu Maha Pengampun dan Penyanyang kepada setiap satu hambanya. Wallahualam...
Jadi persoalan bolehkah digunapakai hukum karma dalam Islam?...for me secara pemahamannya TIDAK BOLEH! tetapi dari segi perkataan tidak salah...Cuma tidak boleh disamakan dari segi PEMAHAMAN hukum itu sendiri.
Banyak lagi hujah yang boleh diperdebatkan lagi mengenai hukum karma ini tapi biala entry ini hanya pandangan dari seorang insan yang cetek ilmu pengetahuan...ini hanyalah pandangan saya. Sebarang kesalahan mohon kemaafan. Sebarang pembetulan boleh la diberitahu...
Peaceeeeee......=)
No comments:
Post a Comment