nuffnang ad

WED

Daisypath Anniversary tickers

Monday, August 24, 2009

Cinta vs. CINTA

Cinta kecil itu adalah kekeliruan perasaan yang terbit dari keinginan untuk diberi perhatian, mahu dikasihi dan mengasihi, emosi yang kosong dari asas, matlamat, dan kesedaran terhadap implikasi cinta jenis ini. CINTA pula harus terbit daripada emosi dan naluri fitrah manusia...namun is lahir juga dengan sandaran rasional dan sedar diri terhadap asas cinta itu, tanggungjawab yang mengiringi cinta tersebut serta kesan yang bakal lahir dari mematerialisasikan persaan cinta seperti ini. Cinta yang ada 'sense of begin with the end in mind' (Ustaz Hasrizal, 2008)

petikan diatas aku ambil dari sebuah buku karangan ustaz hasrizal "Aku terima Nikahnya". umur dh makin lanjut semakin hari memikirkan bilakah masa untuk menamatkan zaman bujang or at least mempunyai pasangan. mmmm.......takut memikirkan hal tersebut. aku masih berpegang kepada jodoh dan pertemuan ditangan Allah. ntah2 dh jmp pun cume aku yang tak perasan. anyway...tak perlu memanjangkan cerita ini. ikuti petikan2 dari buku tersebut:

Atas prinsip proaktif, fokuslah pada apa yang kita mampu mengawal dan mengubahnya. Maafkan percanggahan yang ada. Maafkanlah kebiasaan yang ada dan cubalah untuk meminumkan apa-apa yang agama tidak suka. Namun, kuatkan azam kukuhkan keyakinan agar generasi kita yang tersepit di atara adat dan agama ini, tidak mengulanginy. (Ustaz Hasrizal, 2008)

Pandanglah seseorang dengan pandangan mata yang kering, atau pandangan akal yang gersang, jauh sekali pendangan nafsu yang melulu. Pandanglah dia dengan pandangan hati, kerana ia pandangan hakiki.(Ustaz Hasrizal, 2008)


No comments:

Post a Comment