Masuk Hari ke empat ziarah kalau tak silap that day was Friday...kami dijangka bertolak menuju ke Mekah Al-Munawwarah pada sebelah petang selepas solat Asar berjemaah di Masjid Nabawi.
Al kisahnya...
kami bertiga (mama, saya dan ina) agak kelaparan menjelang tengah hari. Makan tengah hari pula hanya disediakan selepas solat Jumaat. Jadinya sebelum solat bermula, merayau-rayau la di shopping komplex untuk mencari makanan....selepas tiba dari melawat sekitar bandar Madinah.
Ayah telah pun ke masjid bersama 2 lagi groupmate kami (uncle Azman & abg Nizam). Dukacitanya, hampir semua kedai telah pun TUTUP buat sementara waktu untuk memberi laluan kepada solat Jumaat!...huhu, disebabkan lapar, kami cari jugak dan akhirnya terjumpe satu je lagi kiosk makanan yang dibuka tapi itupun da nak tutup....ap lagi cepat2 la kami membeli. sebiji burger daging + roti + air untuk kami bertiga....Alhamdulillah dpt jugak makanan, dan kami terus ke menuju ke hotel untuk berisitirehat dan solat Zohor.
mesti ad yg tanya kenapa tak solat Jumaat sekali? perempuan kan boleh bukannya wajib....hmmmm, nak senang cerita, penduduk bandar Madinah hampir kesemuanya akan menuju ke masjid nabawi untuk solat Jumaat. Biarla yg wajib diutamakan dan yang harus ni lebih baik kita solat zohor shj di rumah/bilik masing-masing. bayangkan, penduduk bumi yang mengerjakan ziarah + penduduk madinah sendiri....tak ke ramai tu? tak perlu bersesak-sesak untuk mengerjakan yg harus....kerana perempuan dilonggarkan daripada melakukan solat jumaat. kisahnya sama seperti mengucup hajarul-aswad semasa tawaf...nnt akan diceritakan.
ok, Truly speaking, sampai shj di hotel, tak tunggu da, terus makan dulu sebelum azan untuk solat zohor....tapi tak abis pun hahhahaha....cian mama jugak yg kene abskan. tapi mmg tak sedap la! yelah selera org sini tak sama ngan selera kita....ad cerita tak psl nasi arab depa?
kat sini kat sini....gambar yg sangat menyelerakan MasyaAllah, tapi bile makan....huhu tak leh nak telan. sedap lagi nasi arab kat Malaysia kot heheheh....
selesai shj solat, sementara menunggu ayah pulang, sempat la kami tidur memandangkan tak ad ap nak dibuat...saya mengambil peluang menghantar msg kepada yg tersayang juga sambung membaca Al-Quran. masih ad beberapa jam sebelum bertolak ke Mekah selepas makan tengah hari...saya dan kakak berniat untuk berjalan2 disekitar shoping komplex berdepan dengan Masjid Nabawi. Tak banyak barang yang dibeli sebab telah pun dibeli sewaktu malam makan nasi arab....time tu lagi meriah org membeli belah...yelah malam minggu kan.
balik dari shopping sebentar, kami bergerak menuju ke Mekah dengan menaiki van....barang2 sume telah siap dikemas (sewaktu ayah ke solat jumaat)...lebih kurang jam 1700 sebaik shj selepas solat Asar. Kene bertolak sebelum Maghrib sebab, niat untuk Jamak takdim sewaktu perjalanan. Perjalanan akan mengambil masa selama 3 jam dan kami diberitahu akan berhenti di Bir Ali @ Zuhulaifah untuk bermiqat (iaitu berniat umrah) dengan mengenakan pakaian umrah.
next entry saya akan menerangkan mengenai miqat pula....sehingga sampai ke Mekah untuk mengerjakan umrah sy pertama.
notakaki: teringin untuk ke sana sekali lagi...tapi keadaan tidak mengizinkan...